You are on page 1of 3

SK TAMAN BUKIT DAHLIA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/ 2022

Tarikh : 20 JANUARI 2021

Masa : 10:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI

Tempat : BILIK MESYUARAT KECIL SKTBD

Pengerusi : EN. MOHD SENIN BIN KASSIM

Kehadiran (Bilangan) : 14 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir untuk kerjasama
yang diberikan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pn.Prama Latha mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan. Pn. Amiza
menyokong minit mesyuarat tersebut dan turut dipersetujui oleh semua ahli
mesyuarat.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Semua perkara yang dibicangkan di mesyuarat yang lalu dipersetujui oleh semua ahli
panitia. Tiada perkara yang berbangkit

Makluman

4 FOKUS MESYUARAT

4. 1 PENYEDIAAN MODUL PDPR BAHASA INGGERIS

Pn.Prama Latha meminta guru mengagihkan tugas menyediakan modul PdPR yang
akan di edarkan pada awal Februari. Tarikh akhir penghantaran Modul ialah pada 23 Januari
2021. Berikut ialah senarai nama guru ditugaskan menyediakan modul PdPR Bahasa Inggeris:
● Tahun 1: Tiada Modul disediakan kerana murid masih menyertai Program Transisi
● Tahun 2: Cikgu Wi Lai, Cikgu Nazlin, dan Cikgu Amiza
● Tahun 3: Cikgu Fathen dan Cikgu Maimunah
● Tahun 4: Cikgu Lalitha dan Cikgu Bavani
● Tahun 5: Cikgu Fatihah, Cikgu Khairunisa, dan Cikgu Shareenjit
● Tahun 6: Cikgu Prama Latha dan Cikgu Losini.

Makluman
4.2 SISIPAN TOPIK UNTUK PDPR DAN PENJAJARAN KURIKULUM/RPT.

Pn. Prama Latha mengingatkan guru-guru merancang Pengajaran Harian mengikut DSKP.
Sisipan topik untuk PdPR perlu disusun mengikut kesesuaian murid. Kepada Guru-guru
Bahasa Inggeris Tahun 5, di ingatkan untuk menggunakan DSKP dan RPT semakan yang
terbaharu.

Makluman

4.3 CIPTAAN VIDEO/PEMBENTANGAN POWERPOINT PDPR

Setiap guru digalakkan mencipta video pembelajaran dan pembentangan powerpoint yang
ringkas sepanjang PdPR. Guru-guru amat digalakkan mempelajari penggunaan Microsoft
Teams.

Makluman

4.4 FORMAT PENULISAN RPH

Semua guru mendapat salinan dokumen format penulisan Rancangan Pengajaran


Harian. Guru-guru harus menggunakan format RPH yang betul. Penulisan objektif
pembelajaran harus ditulis dengan baik dan mempunyai faktor boleh diukur. Guru perlu
menyediakan fail RPH seperti diminta oleh guru besar.
Makluman

4.5 BUKU TULIS DAN BUKU LATIHAN 2021

Untuk sesi pembelajaran 2021, berikut adalah penggunaan buku tulis dan buku kerja murid
tahun 2021;
TAHAP 1 - Buku Modul Instrumen Bahasa Inggeris
- Buku Superminds Workbook/ Get Smart Workbook (ikut keperluan guru)
- Buku Tulis (2 buah buku tulis garis satu)
TAHAP 2 - Buku Aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6
- Buku Tulis (3 buah buku tulis garis satu)
Buku kerja untuk guru sudah tersedia di sekolah untuk pegangan guru-guru.
Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 CEFR READINESS TEST


Pn. Prama Latha memaklumkan bahawa kepada semua guru yang terlibat dengan
CEFR Readiness Test perlu mencetak slip peperiksaan sebelum ini untuk rekod
sekolah.
Makluman

5.2 AKTIVITI KOKURIKULUM BAHASA INGGERIS


Menurut pihak sekolah, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan berlanjutan, aktiviti
karnival Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan dijalankan secara atas talian.
Makluman
5.3 PENGAJARAN CEFR.
Peringatan kepada semua guru Bahasa Inggeris oleh Cik Fatihah,
Pengajaran fonik Bahasa Inggeris diajar;
● 1 Bulan Pertama untuk tahun 1
● 2 Minggu pertama untuk tahun 2
Untuk Tahap 2, aliran tahun 5 harus menggunakan rancangan pengajaran harian
diberi BPK. Standard pembelajaran harus ikut susunan dalam RPT diberi.
Pembentangan CEFR Tahun 5 akan dijalankan selepas tamat Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Makluman

6. PENUTUP

a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris


di atas kerja sama sepanjang mesyuarat dijalankan.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari.

Disediakan oleh,

URUS SETIA
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris 1/2021
Tarikh : 30 Januari 2021

You might also like