You are on page 1of 18

SJKT LADANG SUNGAI WANGI II

சுங்கை வாங்கி தோட்டத்


தமிழ்ப்பள்ளி
“If a child can’t learn the way we teach,
maybe we should teach the way they
learn”
PENGENALAN
• Semasa mengadakan mesyuarat panitia Matematik, didapati
bahawa segelintir murid dari tahun 2 hingga Tahun 6 tidak
menguasai kemahiran sifir.
• Ini merupakan salah satu faktor utama mereka gagal dalam
ujian Matematik.
• Oleh sebab itu, peratusan kelulusan matematik makin menurun.
OBJEKTIF

 Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Sifir dalam
kalangan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 melalui kaedah permainan.

i ) Permainan Tarsia dan kad sifir dapat meningkatkan kemahiran sifir 2 hingga 9
dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran melalui kaedah permainan.
ii) Mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan Tarsia dan kad sifir dalam
meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid sekolah rendah.
PERNYATAAN MASALAH
Jadual dibawah menunjukkan keputusan pra ujian bagi murid Tahun 2 hingga
Tahun 6.

Tahun Jumlah Murid Bilangan Menguasai Bilangan Tidak


Menguasai
2 17 9 8
3 19 10 9
4 13 9 4
5 23 10 13
6 21 15 6
Terdapat beberapa aspek dalam pemilihan amalan ini. Aspek ini melibatkan kepentingan,
kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kolaborasi , kawalan, dan kerelevanan kepada sekolah.
1. Kepentingan
 Amalan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menguasai sifir dalam kalangan murid
sekolah rendah.
2. Kebolehtadbiran
 Kaedah permaianan yang dipilih dapat dilaksanakan dengan berkesan disekolah kerana
pengaplikasian kaedah tersebut tidak melanggar mana-mana kod etika sebagai seorang guru di
sekolah. Penggunaan kaedah ini mudah ditadbir kerana hanya menggunkan kad permainan.
Kaedah ini sesuai diaplikasikan di mana-mana kawasa sekolah sama ada di dalam kelas atau di
luar kelas.
3. Kebolehgunaan.
 Menggunakan teknik bermain dalam pengajaran akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada kanak-kanak dalam sesuatu pembelajaran yang hendak disampaikan ketika di
dalam kelas.
4. Kolaborasi.
 Bagi merialisasikan amalan ini, Panitia matematik telah menjalankan kolaborasi dan kerjasama
dengan rakan-rakan guru di sekolah yang terlibat bagi mengajar kesemua responden.
5. Kerelevenan kepada sekolah.
 Permainan tarsia dan kad sifir ini juga boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang lain dalam
pengajaran mereka. Guru-guru boleh mengubahsuai permainan ini mengikut mata pelajaran
yang diajar serta kemahiran yang ingin disampaikan.
METHADALOGI
 Bagi mengatasi masalah ini ahli-ahli panitia Matematik, merancang dan
mengamalkan permainan Tarsia dan permainan kad sifir dikalangan murid-murid
yang tidak menguasai sifir.
 Seramai 40 orang murid yang tidak menguasai sifir dikenalpasti daripada ujian pra.
Ujian Pra terdiri daripada 30 soalan berbentuk 1 digit darab 1 digit.
 Kemudian guru-guru matematik mengaplikasikan kaedah permainan tarsia dalam
kalangan murid-murid yang tidak menguasai.
 Selepas 1 bulan mengaplikasikan kaedah permainan Tarsia dan kad permainan sifir,
guru-guru memberikan ujian pasca.
 Ujian pasca ini terdiri daripada 30 soalan berbentuk 1 digit darab 1 digit.
KAEDAH PELAKSANAAN
Merancang

Refleksi Bertindak

Memerhati
1.MERANCANG
 Kaedah permainan Tarsia dan kad permainan sifir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik untuk menguasai sifir 2 hingga 9. Amalan ini membantu meningkatkan penguasaan
sifir dalam kalangan responden.
 Guru-guru telah memberi penerangan kepada setiap responden tentang cara bermain dan
peraturannya untuk menggunakan Tarsia dan kad permainan sifir . Permainan tarsia ini boleh
dimainkan secara individu. Permaianan kad sifir pula dimain dalam kumpulan berempat.
 Aktiviti ini diamalkan terhadap setiap responden selama 1 bulan. Guru-guru Matematik
membantu bagi menjalankan pemerhatian terhadap responden semasa mereka bermain.
 Kumpulan PLC membantu menambahbaikan amalan ini, sambil memerhatikan keberkesanan
kaedah permainan ini.
2.BERTINDAK
 Melaksanakan permainan Tarsia dan kad permaianan sifir semasa waktu rehat
dan waktu balik.
 Pertama memberikan menerangkan tentang permainan Tarsia dan kad
permaianan sifir kepada guru-guru matematik.
 Kemudian guru-guru matematik akan melaksanakan didalam kelas masing-
masing. Setiap murid diberikan kad Tarsia dan memberikan 5minit untuk
menyelesaikan.
 Setelah dapat kad Tarsia murid akan menyusun jawapan yang bertul
berdasarkan soalan.
 Kad permainan sifir pula, guru mengubahsuai “donkey card” kepada kad permainan sifir.
Dimana setiap set ada 36 kad (18 soalan dan 18 jawapan). Kad dibahagi sama kepada semua
murid. Selepas menerima kad, murid akan memeriksa kad mereka. Sekiranya terdapat soalan
dan jawapan yang betul, murid akan letak diatas meja. Kemudian permaianan mula dari ketua,
dimana murid akan mengambil satu kad dari kawan sebelah ikut arah jam. Jika terdapat
jawapan betul permainan diteruskan, kalau tiada pasangan permainan diteruskan oleh kawan
sebelah ikut arah jam. Permainan diteruskan sehingga semua kad habis dipadankan dengan
jawapan yang betul.
 Tujuan permainan ini adalah untuk menggalakkan murid berasa seronok belajar di dalam kelas.
Apabila seronok, murid akan cuba belajar apa yang di sampaikan oleh guru.
3.PEMERHATIAN
 Selepas melaksankan permainan Tarsia dan kad permainan sifir , guru
matematik bagi setiap kelas akan menjalankan ujian pasca bagi mengetahui
penguasaan sifir murid.
4.REFLEKSI
 Setelah melaksanakan kaedah permainan dalam pembelajaran dengan
menggunakan permainan Tarsia dan kad permainan sifir, didapati ada
peningkatan dalam penguasaan sifir dikalangan responden.
KESAN PELAKSANAAN

Tahun BILANGAN UJIAN PRA UJIAN PASCA


SAMPEL MENGUASAI MENGUASAI
2 8 0 6
3 9 0 9
4 4 0 4
5 13 0 11
6 6 0 6
JUMLAH 40 0 36
 Selepas ujian pos dijalankan, data yang diperoleh daripada 40 sampel kajian,
didapati 36 daripada 40 soalan dapat dengan betul.
 Menguasai bermaksud murid menjawab semua soalan dengan betul dalam masa
5 minit .
 Setelah intervensi dijalankan, data dianalisis dan dari carta palang di atas jelas
menunjukkan bahawa peningkatan dalam menguasai sifir.
 Ini menunjukkan bahawa pengaplikasian pendekatan bermain dalam mengenal
sifir memberi input yang positif.
 Selepas permainan ini dijalankan terdapat peningkatan daripada tiada
menguasai kemahiran sifir secara keseluruhan kepada tahap sedang menguasai
dan menguasai.
 Sehubungan dengan itu, strategi yang ditekankan dalam kajian ini ialah belajar melalui bermain.
 Berdasarkan teori dan kajian lepas, pembinaan pengetahuan pada peringkat sekolah rendah
perlu disokong dengan persekitaran yang mengambil kira keperluan dan tahap perkembangan
kanak-kanak.
 Penggunaan aktiviti bermain dalam pembelajaran kanak-kanak sangat ditekankan oleh ahli
psikologi yang berkaitan dengan kajian terhadap kanak-kanak seperti Piaget (1951), Vygotsky
(1978) dan Bruner (1966).
 Hasil daripada kajian-kajian lepas, dapatlah disimpulkan bahawa bermain memberikan banyak
faedah kepada tahap perkembangan dan proses PdPc kanak-kanak.
 Sehubungan dengan itu, kekerapan penggunaan pendekatan bermain sebagai strategi PdPc
kanak-kanak sekolah rendah amatlah penting untuk dititikberatkan.
“IF A CHILD CAN’T LEARN THE WAY WE TEACH, MAYBE
WE SHOULD TEACH THE WAY THEY LEARN”
THANK YOU

You might also like