You are on page 1of 5

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI,

32000 SITIAWAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT GURU 7/2021

Tarikh : 15.11.2021
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik TS25

Kehadiran : 1. Puan N.Kamalaselvi (Guru Besar)


2. Puan M.Rajamani (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan M.Kalpakanally (Penolong Kanan HEM)
4. Puan M.Saraswathy (Penolong Kanan KoKu)
5. Encik N.Raveendiran
6. Puan K.Komala
7. Puan T.Teepah
8. Encik S.Elavarasan
9. Puan M.Mageswary
10. Puan A. Jayanthy
12. Puan S.Kalpana
13. Puan A.Rajeswary
14. Puan T.Muveena
15. Puan M.Nalini ( Prasekolah)

Tidak Hadir : 1. Pn A.Venkata Lachmy (CRK)


2. Pn. D.Devamalar (Cuti bersalin)
1. Ucapan Guru Besar.

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali ketujuh bagi tahun 2021.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru kerana telah memberi
kerjasama dan komitmen guru-guru amat penting untuk kejayaan sekolah. Perlu sentiasa
terap budaya berkerjasama sebagai satu pasukan demi menaikkan imej sekolah dalam
semua aktiviti sekolah.

1.3 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli Lioness Club kerana memberi
sumbangan khemah -1, kerusi bersandar -2, spray gun - 4 dan santizer.

1.4 Beliau juga mengingatkan semua guru Panitia Bahasa Inggeris menghabiskan TS 25 modul
9 manakala guru Panitia Sains dan Matematik modul 10.
Tindakan: Semua Guru

2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu.

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibaca dan dicadang oleh Puan K.Komala dan
disokong oleh Encik Elavarasan.
Tindakan. Setiausaha.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit.

3.1 Guru Besar memberitahu pihak sekolah sentiasa perlu mematuhi arahan, hebahan dan
langkah-langkah pencegahan Covid-19.

3.2 Guru besar memberitahu semua sekolah akan ada kunjungan pemantauan pengoperasian
sekolah yang melibatkan pegawai PPD, JPN, KPM dan Nazir.
3.3 Guru besar juga memberitahu semua guru-guru bahawa disebabkan sekolah kita
mempunyai bilangan murid yang tidak melebihi 150 orang, sekolah kita tiada penggiliran.
semua murid dari Tahun 1 – Tahun 6 akan hadir mulai 22/11/2021.

3.1.4 Beliau juga memberitahu semua guru supaya jaga diri sendiri dan mengamalkan penjarakan
fizikal sesama murid.

3.1.5 Beliau juga memberitahu semua guru bahawa semua guru dan murid wajib memakai
pelitup muka di dalam kawasan sekolah dan pemakaian pelitup muka berganda digalakkan.

3.1.6 Beliau juga meminta semua guru kelas untuk menyusun atur kelas mengikut sistem
penggiliran.

3.1.7 Guru besar juga memberitahu semua murid mesti makan dalam kelas semasa waktu rehat
dengan seliaan guru manakala semua guru boleh makan di kantin di ruang terbuka dengan
syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN.

3.1.8 Sekiranya ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran
tersebut tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Ibu bapa perlu memaklumkan
kepada pihak sekolah secara bertulis bagi tujuan rekod.

3.1.9 Guru-guru digalakkan ke sekolah sepanjang minggu ini untuk menyempurnakan kerja
masing-masing dan dokumentasi bidang mereka.

Tindakan: Semua Guru

3.2 Ucapan PK Pentadbiran

3.2.1 PK Pentadbiran membentangkan PBD dan Penjaminan Kualiti harus dijalankan supaya
pemberian TP murid adalah relevant dan adil.

3.2.2 Beliau juga memberitahu semua guru bahawa jadual pengajaran PdP Pn..Deva Malar akan
diberikan secara ganti kepada guru-guru yang belum menyelesaikan kemahiran kurikulum.
3.2.3 Beliau juga membentangkan cara-cara dan eviden untuk mengisi skor SkPmg2. Semua
program harus diminitkan dan mempunyai evident.

3.2.4 Beliau juga memberitahu semua guru untuk kemaskini maklumat dalam HRMIS.

3.2.5 Beliau juga memberitahu semua guru untuk menghantar semua minit-minit dalam 5 hari
waktu bekerja serta 7 hari waktu bekerja untuk laporan program.

3.2.6 Beliau juga memberitahu bahawa Pegawai PPD memberi cadangan untuk membuka satu
group khas telegram bagi menghantar laporan-laporan program sekolah.

3.2.7 Beliau juga meminta semua guru untuk mengemaskinikan DSKP, RPT dan CIDS sebelum
22/11/2021.

3.3.0 Beliau juga mengingatkan semua guru untuk mengemaskinikan fail-fail panitia dan minit-
minit mesyuarat sebelum atau pada 22 November 2021.

Tindakan: Semua Guru

4.0 Ucapan Penangguhan:

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap akan mematuhi apa
yang telah disarankan oleh Guru Besar dan berharap semua guru memainkan peranan
masing-masing dengan lebih dedikasi dalam meningkatkan prestasi anak murid dan
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ……..........................
(PUAN T.MUVEENA) (PUAN M.RAJAMANI)
Setiausaha Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbitan
SJKT Ladang Sungai Wangi II SJKT Ladang Sungai Wangi II

Disah oleh:

………………………………..
(PUAN N.KAMALASELVI)
Guru Besar
SJKT Ladang Sungai Wangi II

You might also like