You are on page 1of 5

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI,

32000 SITIAWAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT GURU 3/2020

Tarikh : 24.06.2020
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Puan N.Kamalaselvi (Guru Besar)


2. Puan V.Tolachinma (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan M.Rajamani (Penolong Kanan HEM)
4. Puan M.Kalpakanally (Penolong Kanan KoKu)
5. Encik N.Raveendiran
6. PuanK.Komala
7. Puan M.Saraswathy
8. Encik S.Elavarasan
9. Puan N.Kumutha
10.Puan A.Venkata Lachmy
11. Puan A. Jayanthy
12.Puan S.Kalpana
13.Puan A.Rajes
14.Puan T.Muveena
15 Puan D.Deva Malar
16 Puan M.Nalini

1. Ucapan Guru Besar.

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali ketiga bagi tahun 2020.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan
oleh semua guru. Beliau meminta semua guru bekerja sebagai satu pasukan dalam semua
aktiviti sekolah.
Tindakan: Semua Guru

2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu .

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibaca dan dicadang oleh Puan K.Komala dan
disokong oleh Encik Raveendiran
Tindakan. Setiausaha.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit.

3.1 Ucapan Guru Besar

3.1.1 Guru Besar memberitahu pihak sekolah harus memastikan tentang hebahan dan langkah-
langkah pencegahan Covid-19.

3.1.2 Guru besar meminta guru-guru untuk memakai pakaian rasmi mulai hari ini.

3.1.3 Beliau juga meminta guru wajib hadir ke sekolah dan waktu hadir ke sekolah adalah
sebelum 7.15 pagi serta waktu balik adalah 1.00 petang.

3.1.4 Beliau juga meminta semua guru untuk menulis RPH dan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran serta menjalankan PBD.

3.1.5 Beliau juga memperkenalkan program ‘MyLap’ di mana murid-murid akan mengelap meja
murid masing-masing.

3.1.6 Guru-guru diminta untuk membawa bekalan masing-masing kerana kantin tidak beroperasi
dan tidak boleh keluar pada waktu sekolah untuk membeli makanan. Sisa makanan
hendaklah dibuang dalam tong sampah bertutup.
3.1.7 Guru-guru yang ingin memohon bekerja dari rumah boleh mengisi borang BDR Lampiran
1&2 dan sertakan dokumen sokongan. Link bagi BDR boleh diperoleh dalam E-Operasi.

3.1.8 Guru Besar memberitahu pihak sekolah harus memastikan penjarakan social di bilik guru
dan tandas.

3.1.9 Pra sekolah akan mula beroperasi mulai 1/7/2020 dan semua guru diminta untuk membantu
persediaan prasekolah.

3.1.10 Takwim baru persekolah diterang.


o Cuti Pertengahan Penggal 2
o Cuti Akhir Tahun
o Cuti Deepavali
Tindakan: Semua Guru

3.2 Ucapan PK Pentadbiran

3.2.1 PK Pentadbiran memberitahu satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu JKPS di mana guru-
guru akan dibahagikan kerja.

3.2.2 Beliau juga memberitahu terdapat dua jadual dalam JKPS iaitu Jadual Struktur Tadbir dan
Jadual Kluster Teknikal.

3.2.3 Beliau juga memberitahu terdapat 7 kluster dalam JK Kluster Teknikal.

3.2.4 Beliau memastikan semua guru kelas untuk menyediakan pelan laluan pergerakan terarah,
melaksanakan kepatuhan penjarakan sosial dan menyediakan tanda penjarakan sosial dalam
bilik darjah masing-masing.

3.2.5 Beliau juga menetapkan Pn.Rajes untuk mempamerkan bahan bercetak dan peringatan
mengenai langkah kebersihan.

3.2.6 Beliau juga meminta Pn.Venkata Letchumi untuk menyediakan satu Bilik Isolasi.
Tindakan: Semua Guru

4. 0 Hal-hal Lain.

4.1 Guru –guru juga diminta untuk menyediakan satu fail bagi setiap murid di mana dalam fail
itu, bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti murid akan diletakkan dalam fail.

4.2 Beliau juga meminta guru-guru untuk mengemaskini fail Panitia.

4.3 PK Hem meminta guru-guru untuk menyemak dan mengemaskini semua fail HEM.

Tindakan: Semua Guru

5.0 Ucapan Penangguhan:

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap akan mematuhi apa
yang telah disarankan oleh Guru Besar dan berharap semua guru memainkan peranan
masing-masing dengan lebih dedikasi dalam meningkatkan prestasi anak murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ……..........................
(Puan T.Muveena) (PUAN V.TOLACHINMA)
Setiausaha Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbitan
SJKT Ladang Sungai Wangi SJKT Ladang Sungai Wangi
Disah oleh:

………………………………..
(PUAN N.KAMALASELVI)
Guru Besar
SJKT Ladang Sungai Wangi

You might also like