You are on page 1of 2

ATCA 19 4,Jln Alor Tok Chik KG Temalang, Mukim Putat, 06100, Kodiang, Kedah DA.

Email: tahfizpermatahati@gmail.com FB: www.facebook.com/TahfizPermata


Call / SMS / Whatsapp: +60 11-5631 5075 (Ustaz Anas)

Tarikh: 26 DISEMBER 2022


Kepada,

Pengerusi
Masjid Al Muttaqin, Tmn Mahsuri
06100, Bandar Darul Aman Jitra

Ybhg Tuan/Pihak Masjid

MEMOHON SUMBANGAN KARPET TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN MAAHAD TAHFIZ PERMATA HATI (MTPH)

Merujuk perkara diatas,

1. Sebagai makluman pihak Tuan/Pihak masjid, Maahad Tahfiz Permata Hati merupakan Pusat
Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab yang disediakan secara percuma untuk anak-anak yatim dan
asnaf zakat yang sangat memerlukan pembelaan dan bantuan bagi memenuhi keperluan dan
menyelesaikan masalah kebajikan mereka disudut pendidikan insaniah dan agama. Mereka terdiri
daripada 30 orang pelajar lelaki yang berumur dari 14 - 17 tahun.

2. Kami dahului segala sumbangan dan keprihatinan serta kasih sayang dari pihak Tuan kepada anak-
anak ini dengan jutaan terima kasih dan doa-doa berpanjangan. Semoga Allah terus memberkati dan
meredhai kita semua sebagai hamba-hambaNya yang sangat mengharap keredhaan Allah jua dalam
seluruh kehidupan kita.

3. Kami mendapat maklumat bahawa pihak masjid telah menukar karpet lama di ruangan masjid
kepada karpet yang baru. Sehubungan dengan itu kami amat berbesar hati jika pihak Tuan sudi
menyumbangkan karpet terpakai tersebut kepada pihak kami untuk kegunaan beberapa ruangan
di sekolah.

“ Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat pada manusia yang lain”
(HR At Thabrani dan Imam Ahmad)

Sekian terima kasih.

saya yang diamanahkan.

___________________________
MUHAMMAD ANAS BIN PAIJAN
PENGURUS (MTPH)
HP: 60 11-5631 5075.

“ GEMBIRAKANLAH HAMBA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA ”


“ GEMBIRAKANLAH HAMBA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA ”

You might also like