You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBINAAN ASTAKA
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM
SATU
24060 KEMAMAN
TERENGGANU DARUL IMAN

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD ZAID BIN ABU BAKAR


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SEK. KEB. FELDA NERAM SATU,
24060 KEMAMAN,
TERENGGANU DARUL IMAN

MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu merupakan sebuah sekolah di


kawasan pedalaman dan terletak di dalam rancangan felda. Jumlah
keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 13 kelas dan tidak termasuk makmal
sains, makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup.
Jumlah muridnya adalah seramai 420 orang. Oleh yang demikian, timbul
keperluan kepada sebuah astaka yang selesa untuk kegunaan murid-murid
ketika aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini selaras dengan kehendak
kerajaan yang menitiberatkan soal pembangunan kokurikulum untuk
melahirkan murid aktif dan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa setiap kali
acara sukan diadakan maka sewaan kanopi yang mahal terpaksa dilakukan.
Astaka yang akan dibina ini bersaiz 25 kaki x 10 kaki dan peruntukannya
adalah daripada sumbangan individu dan PIBG. Tugas bagi pembinaan
astaka ini diserahkan kepada pekerja swasta sekolah. Adalah diharapkan
pembinaan astaka ini menjadi kenyataan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan satu tempat pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan
yang berlangsung di padang.
2. Melahirkan murid-murid yang aktif
3. Menjimatkan kos apabila ada acara padang.
JAWATANKUASA MENAIK TARAF SURAU SEK. KEB. FELDA NERAM 1

Penasihat
En. Ismail bin Che Embong ( Guru Besar)

Pengerusi
En Shukri bin Ali (YDP PIBG)

Setiausaha
En. Mohd Zaid Bin Abu Bakar (Setiausaha Kokurikulum)

Bendahari
Cik Sh. Zaini bt. Tn. Chik ( Bendahari PIBG)

Ahli Jawatankuasa
Pn. Sabariah bt. Mohd Ali (PK. 1)
En. Kheiruddin bin Abdullah (PK HEM)
Pn. Zawiah bt. Ismail ( PK KOKU)
En. Mohd Suhardi bin Mamat (Setiausaha Sukan)

ITEM NAIK TARAF DAN KOS

Kapasiti Muatan
30 orang murid

Saiz
25 kaki x 10 kaki

Item Pembinaan
Tapak Astaka tidak termasuk tiang dan atap
KOS PEMBINAAN

BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI JUMLAH


1 Bata pasir RM 0.25 x 1850 biji RM 450.00
2 Simen RM 18.00 x 10 bag RM 180.00
3 Pasir RM 100.00 x 3 lori RM 300.00
4 Mozek RM 2.00 x 180 RM 360.00
keping
Jumlah RM
1320.00

PENUTUP

Pembinaan astaka ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan


oleh semua warga sekolah ini. Ini kerana, dengan adanya astaka ini aktiviti
padang akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Sumbangan dari pihak
penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini.
Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha agar
pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi
kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak
jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini.
Adalah diharapkan segala sumbangan yang disalurkan mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.
Sekian.

Disediakan oleh:
………………………………
(Mohd Zaid Bin Abu Bakar)
Setiausaha Kokurikulum
Sek. Keb. Felda Neram 1,
24060 Kemaman,

You might also like