You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH DAN KECERIAAN BILIK SUKAN SKBL

SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS


JALAN DATO ISMAIL HASHIM, 11900 BAYAN LEPAS.

KERTAS KERJA PROJEK


MEMBAIKPULIH DAN KECERIAAN
BILIK SUKAN SKBL

1. MEMBINA SEBUAH RAK UNTUK SIMPANAN ALATAN.


2. MEMBINA ALMARI UNTUK MENGGANTUNG JERSEY
PASUKAN SEKOLAH.
3. MENGECAT KESELURUHAN DINDING BILIK SUKAN.
4. MEMASANG TIKAR GETAH DI SEBAHAGIAN LANTAI
BILIK SUKAN.

1
KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH DAN KECERIAAN BILIK SUKAN SKBL

KERTAS KERJA
PROJEK MEMBAIK PULIH DAN KECERIAAN BILIK SUKAN

1.0 PENDAHULUAN

Bilik Sukan adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah.  Bilik ini
menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah
mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Disamping menyimpan alatan sukan, bilik sukan
digunakan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPc) hampir setiap
hari oleh guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

2.0 MATLAMAT

Menjadikan Bilik sukan SKBL sebuah bilik yang kondusif dan memenuhi keperluan
semasa.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Supaya murid lebih memberi tumpuan semasa belajar subjek Pendidikan Jasmani
dengan suasana yang lebih ceria dan selesa.
3.2 Memudahkan guru dan murid menyimpan alatan dengan kemas dan teratur.
3.3 Mengelakkan binatang perosak daripada memasuki bilik sukan melalui cermin-
cermin dan pintu yang telah rosak.

4.0 PERANCANGAN PROJEK MEMBAIKPULIH BILIK SUKAN

2
KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH DAN KECERIAAN BILIK SUKAN SKBL

1. Membuat 1 rak panjang yang boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai alatan
seperti bola sepak, bola jaring, bola takraw dan pelbagai jenis alatan supaya susunan
lebih kemas dan teratur.

2. Memasang almari untuk menggantung baju pasukan sekolah supaya lebih kemas.

3. Mengecat rak dan dinding bilik sukan untuk menambah keceriaan bilik sukan.

4. Memasang tikar getah di sebahagian bilik sukan supaya dapat memberi keselesaan
kepada murid.

5.0 PELAKSANAAN BAIKPULIH BILIK SUKAN


Tarikh : 01 Jun 2022 – 01 Julai 2022

6.0 SENARAI PERALATAN


Bi Peralatan Kuantiti Harga Jumlah
l
1 Cat
- Merah 1 Tong RM110.00 RM110.00
- Biru 1 Tong RM110.00 RM110.00
- Hijau 1 Tong RM110.00 RM110.00
- Cat Kayu & Besi 1 Tong RM50.00 RM50.00

2 Bahan Untuk Membuat Rak &


Almari
- Besi gantung 2 Batang RM30.00 RM60.00
- Besi L 6 Batang RM5.00 RM30.00
- Kayu Rak 2 Batang RM30.00 RM60.00

3 Skru 1 Kotak RM20.00 RM20.00


4 Tikar Lantai 1 Gulung RM200.00 RM200.00
5 Kipas Lantai 1 Buah RM180.00 RM180.00
6 Pemegang Pintu 1 Buah RM70.00 RM70.00
JUMLAH RM1000.00

3
KERTAS KERJA PROJEK MEMBAIK PULIH DAN KECERIAAN BILIK SUKAN SKBL

RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU SAHAJA

8.0 PERUNTUKAN

UNIT KOKURIKULUM SK BAYAN LEPAS (INTEL).

9.0 PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan bilik sukan supaya lebih
teratur dan lebih ceria. Diharap juga semoga peralatan di dalam bilik sukan juga selamat
dari dirosak oleh binatang-binatang perosak. Semoga bilik sukan yang bersih dan ceria
dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dengan
suasana yang selesa.

Disediakan & Disemak oleh,

…………………............................
(ASYRAF BIN ZULKAFLI)
KETUA PANITIA PJPK,
SK BAYAN LEPAS.

Disahkan oleh,

........................................................
(EN. SHAHHIR BIN SHAHARANI)
GURU BESAR,
SK BAYAN LEPAS.

You might also like