You are on page 1of 6

TERHAD

SIJIL SERAH TERIMA TUGAS


KOMPENI SARJAN MEJAR
PENYERAH
1.
Adalah saya 1099539 PEGAWAI WARAN DUA AJIS BIN BUJANG
dengan ini telah meyerahkan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Kompeni
Sarjan Mejar pasukan 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja kepada
pengganti sementara saya iaitu 1105276 SARJAN MUHAMMAD PADIR
HAKIMI BIN TAMAR bagi memangku tugas sebagai Kompeni Sarjan Mejar.
Penyerahan secara lisan telah dibuat serta tugas dan tanggungjawab saya
sepertimana yang terkandung di dalam nota serah menyerah tugas ini.

Tarikh:

Jan 2015

....
Tandatangan Penyerah
PENERIMA

2.
Dengan ini, saya 1105276 SARJAN MUHAMMAD PADIR HAKIMI BIN
TAMAR dengan ini telah menerima tugas dan tanggungjawab saya sebagai
Pemangku Kompeni Sarjan Mejar pasukan 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan
Diraja daripada 1099539 PEGAWAI WARAN DUA AJIS BIN BUJANG.
Penyerahan secara taklimat serta bertulis telah saya teliti dan fahami.

Tarikh:
.

Jan 2015

....
Tandatangan Penerima
SAKSI

3.
Saya KAPTEN AHMAD HARIS BIN AHMAD KAMAL (3007429) selaku
Pegawai Pemerintah pasukan 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja
berpuashati dengan penyerahan tugas dan jawatan Kompeni Sarjan Mejar
pasukan ini.

Tarikh:
Jan 2015

.......
Tandatangan Pegawai Pemerintah

TERHAD

TERHAD

KATA-KATA ALUAN
KOMPENI SARJAN MEJAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
1.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada saudara
kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak atasan untuk memikul tugas dan
tanggungjawab dengan memangku tugas sebagai Kompeni Sarjan Mejar
pasukan ini. Saya percaya dengan kebolehan, keyakinan serta pengalaman
sepanjang perkhidmatan suadara dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya
mahupun Kor Perkhidmatan Diraja khasnya sedikit sebanyak dapat membantu
saudara dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
oleh pihak atasan untuk membentuk sebuah organisasi sebagai pasukan
bantuan logistik dalam merancanakan visi Kor Perkhidmatan Diraja dari segi
aspek pentadbiran, latihan dan rejimental sesebuah pasukan.
2.
1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja adalah sebuah pasukan
logistik dibawah naungan 1 Briged yang bertanggungjawab untuk memberi
bantuan kenderaan barisan kedua, rangsum Angkatan Tentera Malaysia serta
penyediaan PMP semasa di pengkalan atau di medan kepada pasukan-pasukan
lain.
3.
Untuk pengetahuan saudara, sejarah awalnya pasukan ini ditubuhkan
pada 1 Julai 1966 di Kem Ampang, Kuala Lumpur dan dikenali sebagai
19 kompeni Angkut. Pada masa itu ianya berfungsi sebagai Kompeni Angkut
Pengkalan di bawah Pemerintahan Markas KP Pengkalan, Batu Kentomen. Pada
tahun 1981 pasukan ini telah berfungsi sebagai Kompeni Angkut Divisyen di
bawah Pemerintahan Markas 3 Divisyen dan diberi nama 932 Kompeni Angkut.
Pada 1 Oktober 1986, fungsinya telah bertukar kembali ke Kompeni Angkut
Pengkalan dan diletakkan di bawah Pemerintahan 93 Batalion Angkut di bawah
pentadbiran 1 Briged.
4.
Pada tahun 1988 apabila Markas Pemerintahan Logistik ditubuhkan ianya
ianya masih lagi kekal di bawah Pemerintahan Markas 93 Batalion Angkut
tetapi telah bertukar kawalan tadbir di bawah Markas Pemerintahan Logistik.
Perubahan tranformasi pasukan ini terus berubah dari tahun demi tahun
sehingga pada tanggal 1 Mei 1989, ianya mula dikenali sebagai 1 Kompeni
Angkut Kor Perkhidmatan Diraja dan ditempatkan di Kem Sirusa, Port Dickson
sehingga ke hari ini. Selaras dengan struktur Tentera Darat tahun 2000,
pasukan ini diletak di bawah naungan 1 Briged dan manakala dari aspek
teknikal ianya melalui Markas Kor Perkhidmatan 3 Divisyen dan Markas
Pemerintahan Logistik Tentera Darat Kumpulan KPD.
5.
Akhir kata, saya mendoakan agar saudara sentiasa dipermudahkan
segala urusan dan diberi kesejahteraan oleh Allah Subhanahu Wataala
hendakNya.
Wabillahitaufik Walhidayah Wasalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TERHAD

TERHAD
NOTA SERAH MENYERAH TUGAS KOMPENI SARJAN MEJAR
1 KOMPENI ANGKUT KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
PENDAHULUAN
1.
Kompeni Sarjan Mejar merupakan individu yang terpenting di dalam
pasukan. Kenyataan ini tidak dinafikan terutama apabila saudara diibaratkan
sebagai nadi pasukan bagi menjayakan segala arahan, dasar dan polisi yang
dikeluarkan oleh pihak atasan.
TUJUAN
2.
Menerangkan dan memberi gambaran keadaan sebenar dengan jelas
kepada saudara tentang peranan dan tugas sebagai Kompeni Sarjan Mejar.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
3.
Tugas sebagai Kompeni Sarjan Mejar adalah merupakan satu
tanggungjawab yang mencabar dan memerlukan inisiatif yang tinggi. Perkara
yang lebih penting adalah memahami kehendak Pegawai Pemerintah serta
mengimplimentasikan segala arahan, dasar dan polisi serta mempertingkatkan
nilai-nilai murni anggota bawahan. Senarai tugas dan tanggungjawab mengikut
Perintah Tetap Kompeni Sarjan Mejar pasukan adalah seperti di Kembaran A.
4.
Secara khususnya suadara telah dipertanggungjawabkan oleh Pegawai
Pemerintah untuk melaksanakan tugas-tugas mengikut keutamaan seperti
berikut:
a.
Menentukan keselamatan kem.
b.
Menentukan tahap disiplin anggota pasukan.
c.
Menentukan kekuatan anggota dalam pasukan.
d.
Mengetahui keluar masuk anggota pasukan.
e.
Mengkoordinasi serta menguruskan aspek pentadbiran dan
latihan
pasukan.
f.
Menentukan kebajikan anggota.
5.
Menentukan
Keselamatan
Kem.
Keselamatan
kem
adalah
tanggungjawab yang harus dititikberatkan oleh saudara, memandangkan
struktur dan penempatan kemini adalah di tepi jalan raya utama. Ianya banyak
terdedah kepada bahaya yang mendatang. Hal ini disebabkan oleh faktor
kedudukan pejabat, stor-dtor peralatan dan juga stor senjata terbuka kepada
pandangan orang awam atau orang yang tidak dikenali yang sentiasa lalu
lalang di hadapan kem. Saudara hendaklah memantau keadaan semasa untuk
mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Saudara juga
perlu menentukan pengawal yang bertugas sentiasa berada di tempat
bertugas, tahu akan tugas yang dilaksanakan, berpakaian kemas serta
membuat pemeriksaan keluar/masuk anggota atau kenderaan tentera dan
awam ke dalam kem ini.

6.
Menentukan Tahap Disiplin Anggota Pasukan. Kompeni Sarjan Mejar
adalah merupakan Role Model kepada semua peringkat anggota pasukan.
4

TERHAD

TERHAD
Kompeni Sarjan Mejar mestilah berkebolehan menjadikan dirinya sebagai
contoh dantauladan yang terbaik kepada anggota dalam segala bidang sama
ada disiplin diri, kepimpinan, agama, sukan dan sebagainya. Saudara perlu
yakin dan berani menegur kesalahan anggota secara terus serta bertindak adil
dalam sesuatu tindakan agar keyakinan kepada kita tidak hilang dan
meningkatkan moral anggota tersebut.
a.
Latihan Kawad. Saudara hendaklah melaksanakan latihan kawad
dan melatih anggota sebagai satu kumpulan yang bekerjasama bagi
melahirkan anggota bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas
mengikut arahan yang diberi. Latihan kawad pasukan selalunya
dilaksanakan pada tiap-tiap hari isnin dan diselangselikan dengan
Perbarisan Pegawai Tadbir dan Perbarisan Pegawai Pemerintahmengikut
Kesesuaian.
7.
Menentukan Kekuatan Anggota Dalam Pasukan. Sepertimana
saudara sedia maklum, perjawatan dan kekuatan anggota sesebuah organisasi
pasukan adalah penting bagi menjana sesebuah pasukan. Tanpa perjawatan
dan kekuatan anggota maka tidak wujudlah paukan ini. Saudara mestilah
mengetahui perjawatan sebenar dan kekuatan pegangan anggota dalam
pasukan mengikut keadaan semasa. Saudara hendaklah selalu berdamping
dengan Kerani Dokumen pasukan kerana mereka adalah individu yang lebih
mengetahui kedudukan anggota pasukan samada anggota pasukan
tumpangan ataupun pasukan lain dan sebaliknya. Nombor perjawatan adalah
seperti berikut:
a.
b.
c.
Bahagian
d.
e.

FED (M) 3180/2/71


FED (M) 3183/2/71
FED (M) 3058/72/2

FED (M) 3124/2/71 (Pindaan 1/2003)


FED (M) 3058/1/11

Markas Kompeni
3 x Platun Angkut
Platun
Serba
-

224 DBK
UPPK Port Dickson

8.
Penyata perjawatan dan pegangan Pegawai serta LLP semua tred juga
dinayakan adlah seperti di KEMBARAN B.
9.
Mengetahui Kedudukan Keluar Masuk Anggota Pasukan. Saudara
mestilah mengetahui kedudukan anggota yang keluar dan masuk dalam
pasukan. Saudara juga mestilah berdamping dengan Kerani Dokumen untuk
memastikan anggota-anggota yang terlibat tidak diabaikan. Saudara juga
hendaklah mengaturkan temuduga dengan Pegawai Pemerintah, menguruskan
dan menentukan perkara-perkara seperti di bawah bagi anggota yang masuk
kekuatan pasukan sebelum ditemuduga.
a.
b.
c.
d.

Kuasa pertukaran.
Tarikh kuatkuasa pertukaran.
Menentukan butir-butir peribadi anggota dengan betul dan tepat.
Insuran kelompok mestilah tidak kurang daripada 5 unit. Jika
kurang
perkara ini hendaklah diuruskan melalui Kerani Dokumen.
e.
Pemakaian anggota yang hendak dibawa temuduga.
f.
Lain-lain hal jika difikirkan perlu.
10. Saudara juga mestilah mengetahui kedudukan anggota pasukan yang
keluar membuat tugas, berkursus, bercuti dan sebagainya. Saudara hendaklah
4

TERHAD

TERHAD
mengaradkan Kerani KSM untuk menyiapkan dan mengemaskini Penyata Baris
yang dihantar oleh Paltun dan Cawangan untuk dibuat Penyata Baris Kompeni.
Penyata tersebut hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
a.

Salinan Pertama

b.

Salinan Kedua

c.
d.

Salinan Ketiga
Salinan Keempat

Fail Penyata Baris di Pejabat Pegawai


Pemerintah.
Fail Penyata Baris di Pejabat Pegawai
Tadbir.
Fail Penyata Baris KSM.
Dimajukan ke MK 1 Bgd.

11. Mengkoordinasikan, Menguruskan Aspek Pentadbiran dan


Latihan Pasukan. Kompeni Sarjan Mejar berperanan sebagai orang kanan
kepada Pegawai Pemerintah dan juga ketua bagi Sistem Pemerintahan
Rejimental pasukan. Kompeni Sarjan Mejar juga adalah individu yang
bertanggungjawab dalam menguatkuasakan segala peraturan dan arahan yang
dikeluarkan oleh pemerintah atasan.
a.
Tahap Kekuatan Anggota. Pasukan ini adalah nadi pengerak
kepada
ketumbukan MK 1 Bgd untuk beroperasi dan mestilah mengetahui
anggota
yang
sihat
tubuh
badan(FE)
bagi
membantu
pasukan
melaksanakan tugas
dan arahan dari pihak atasan untuk menjalankan
operasi seperti RANKON,
POPO
atau
operasi-operasi
yang
perlu
dilaksanakan dengan segera.
b.
Mengamalkan Konsep Kecantikan dan Kebersihan Kem. Pada
setiap
hari jumaat adalah diisytiharkan sebagai hari senggaraan kem.
Saudara
juga hendaklah membuat rondaan pada waktu pagi untuk melihat
kawasan samada bersih atau sebaliknyadan mengambil tindakan dengan
segera bagi meningkatkan kecantikan dan kebersihankawasan kem.
c.
Membantu Pegawai Latih Pasukan. Sebagai Kompeni Sarjan
Mejar,
saudara juga mestilah membantu Pegawai Latih pasukan
melaksanakan
latihan yang dijadualkan oleh pasukan untuk memastikan
latihan berjalan dengan lancer mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Saudara
haruslah berbincang dan berganding dengan Pegawai Latih bagi
merancang latihan serta menyediakan latihan yang diprogramkan.
d.
Menguruskan Sumber Manusia. Kompeni Sarjan Mejar mestilah
merancang, mengatur, menyelaras, mengarahkan serta mengawal
sumber-sumber yang ada seperti keanggotaan, peralatan dan masa bagi
melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai matlamat pasukan.
Memandangkan sumber-sumber semakin terhad dalam pasukan ini yang
disebabkan oelh kekurangan anggota dan kemasukan saldadu baru
selepas rekrut, maka saudara harus menerajui pasukan dan terpaksa
mengharungi cabaran.
12. Menentukan Kebajikan Anggota. Sebagai pemimpin peringkat
rendah, Kompeni Sarjan Mejar berperanan sebagai orang kanan kepada
Pegawai Pemerintah dan juga ketua bagi Sistem Pemerintahan Rejimental
pasukan. Kompeni Sarjan Mejar juga adalah individu yang bertanggungjawab
4

TERHAD

TERHAD
dalam menguatkuasakan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh
pemerintahan atasan.
HAL-HAL LAIN
13. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Kompeni Sarjan Mejar
pasukan, secara keseluruhan kesemua anggota, PTT Rendah dan PTT Kanan
dapat menunjukkan tahap disiplin dan tatatertib yang baik. Walau bagaimana
pun, saudara perlu memantau dari masa ke semasa agar perkara yang sama
dapat dikekalkan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang sewajarnya perlu
diberikan.
PENUTUP
14. Segala penerangan ringkas dalam nota taklimat dan kembaran yang
disertakan ini diharapkan dapat membantu saudara menjalankan tugas
sebagai Kompeni Sarjan Mejar di pasukan ini. Saya berharap saudara sentaisa
jujur dengan tugas yang diamanahkan oleh pasukan. Dengan mempunyai sikap
disiplin diri, amanah, jujur dan ikhlas serta tidak berkompromi antara satu
sama lain. Saya yakin, saudara dapat melaksanakan tugas dengan baik, teratur
dan berwawasan sejajar dengan cogan kata Kor Perkhidmatan Diraja khasnya.
15. Akhir kata, saya mendoakan semoga saudara dapat mengemudi
pentadbiran sebagai Kompeni Sarjan Mejar, 1 Kompeni Angkut Kor
Perkhidmatan Diraja dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
BERKHIDMAT KEPADA SEMUA

AJIS BIN BUJANG


PW II
Kompeni Sarjan Mejar
Kembaran:
A.
B.

Perintah Tetap Kompeni Sarjan Mejar.


Senarai Pegangan Pegawai dan LLP semua Tred.

TERHAD

You might also like