You are on page 1of 8

ESPRIT DE CORPS DALAM KOR PERKHIDMATAN AM (PENDIDIKAN)

AM
1.

Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) merupakan salah satu komponen kor

dalam

Tentera

Darat

yang

bertanggungjawab

melaksanakan

dasar-dasar

Pendidikan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dalam melaksanakan dasar dan


perkhidmatan ini, beberapa pegawai dan LLP telah ditempatkan di semua formasi,
pangkalan, pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
TUJUAN
2.

Kertas kerja ini dibentangkan bertujuan mencari satu panduan ke arah hala

tuju Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) bagi menghadapi masa-masa akan


datang yang lebih mencabar demi untuk kecemerlangan dan kegemilangan kor .
SKOP
3.

Kertas kerja ini dibentangkan dengan beberapa skop seperti berikut:


a.

Definisi Esprit de Corps.

b.

Tahap Esprit de Corps Dalam Tentera Darat.

c.

Implikasi Dalam Merealisasikan Misi dan Visi Kor.

d.

Kebangkitan Semangat Esprit de Corps Di Kalangan Anggota.

e.

Rumusan.

f.

Penutup.
DEFINISI ESPRIT DE CORPS

4.
dunia.

Bidang ketenteraan merupakan satu pekerjaan yang unit

dan tertua di

Keunikan boleh dilihat melalui kesempurnaan disiplin yang tinggi di

kalangan anggota, malah terdapat pelbagai kemahiran, pengkhususan, nilai, adat

resam dan etika yang diwarisi.

Salah satu budaya yang unggul ialah esprit de

corps atau semangat setia kawan.


5.

Seperti mana yang diketahui esprit de corps dalam Angkatan Tentera

Malaysia merangkumi nilai-nilai hormat menghormati, mempertahankan panjipanji, kesanggupan dan tanggungjawab menjaga serta memelihara maruah
berasaskan nilai budaya, adat resam dan etika ketenteraan.

Ia juga ditakrifkan

sebagai semangat setia kawan yang lahir daripada ketaatsetiaan yang tinggi dan
perasaan cinta kepada pasukan serta rakan seperjuangan.
6.

Esprit de corps telah sebati dan menjadi sinonim dalam bidang ketenteraan.

Ianya diperlihatkan melalui semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi,


kebanggaan dan perasaan cinta terhadap organisasi. Tahap keutuhannya teruji
terutama dalam keadaan terdesak iaitu apabila melibatkan maruah, kepentingan,
keselamatan nyawa rakan atau organisasi yang didokong oleh seseorang itu
dirasakan terancam.
7.

Justeru itu, esprit de corps

merupakan tunggak yang menjadi tulang

belakang dalam sesebuah organisasi terutamanya bidang ketenteraan ini.


Semangat yang kental

menjadi benteng untuk memelihara intergriti sehingga

organisasi itu disegani oleh pihak musuh.


memperkasakan

sesebuah

organisasi

dan

Semangat ini juga berupaya


menjadi

pemangkin

ke

arah

menyatupadukan semua anggota.


TAHAP ESPRIT DE CORPS DALAM TENTERA DARAT
8.

Kajian menunjukkan bahawa tahap esprit de corps di kalangan anggota-

anggota dalam Tentera Darat masih utuh dan tinggi. Walau bagaimanapun, indeks
bagi pengukuran tahap ini bersifat subjektif dan pendekatan bagi menilai
semangat ini secara tidak langsung adalah melalui beberapa dimensi merangkumi
aktiviti-aktiviti berikut:

a.

Semangat Kebanggaan Terhadap Kor.

Seseorang yang

mempunyai esprit de corps merasa bangga apabila terlibat dalam sesuatu


pertandingan yang memerlukan cabaran kekuatan mental dan fizikal.
Selain itu juga, kita dapat lihat apabila sesuatu pertandingan diadakan,
ramai di kalangan anggota akan memberi sokongan moral bagi merebut
kejuaraan dan berbangga dengan kebolehan pasukan masing-masing.
Semangat berpantang maut sebelum ajal dan tidak kenal erti kalah yang
diterapkan semasa menjalani latihan asas dapat dilihat melalui pelbagai
pertandingan layak untuk merebut kejuaraan TD. Selain daripada bermain
secara mati-matian, sokongan padu para penyokong pastinya membuahkan
kejayaan untuk menang dalam sesuatu pertandingan.
b.

Kebanggaan Mengamalkan Budaya Terhadap Sejarah Kor. Amalan

seperti ini pada zahirnya dapat dilihat melalui aktiviti Kor seperti meraikan
Hari Ulangtahun yang dimeriahkan dengan perbarisan, majlis makan malam
regimental dan sebagainya.
c.

Kesediaan Saling Bantu Membantu. Sifat anggota yang prihatin dan

saling Bantu membantu kepada rakan mereka merupakan petanda amalan


esprit de corps yang tinggi. Sikap ini dapat dilihat melalui tindakan positif
seperti melaksanakan gotong-royong, menziarahi mereka yang sakit,
kenduri dan lain-lain budaya.
IMPLIKASI DALAM MEREALISASIKAN MISI DAN VISI KOR
9.

Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) memerlukan anggota yang dinamik

untuk merealisasikan misi dan visi yang telah digariskan.

Sehubungan itu,

kemorosotan esprit de corps di kalangan anggota mungkin menjadi penghalang ke


arah usaha untuk menjana kecemerlangan Kor pada masa hadapan.
implikasi adalah seperti berikut:

Antara

a.

Persepsi Kor Lain Terhadap Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan).

Secara umumnya Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) masih belum


menonjol pada tahap kecemerlangan dan keunggulan yang boleh
dibanggakan oleh lain-lain Kor.

Penghormatan yang diberikan ke atas

pencapaian anggota masakini masih belum menyerlah berbanding Kor lain


dalam Tentera Darat.
b.

Kebanggaan Mengamalkan Budaya dan Sejarah.

Kebanyakan

usaha yang dilakukan oleh Kor bagi mengekalkan budaya menerusi amalan
sistem pemerintahan regimental (SPR) adalah dilakukan secara kolektif
bersama komponen dalam Kor Perkhidmatan Am (KPA),

Justeru, hanya

sebahagian anggota yang berada di Lembah Klang dan kawasan


berhampiran terlibat secara langsung dalam aktiviti ini.

Misalnya aktiviti

sambutan Hari Ulangtahun KPA seperti perbarisan, tahlil dan majlis makan
malam regimental.

Tidak dinafikan ada sesetengah formasi meraikan

sambutan ini bersama-sama komponen KPA yang lain kecuali di pasukanpasukan kecil.
KEBANGKITAN SEMANGAT ESPRIT DE CORPS DI KALANGAN ANGGOTA
10.

Bagi memenuhi keperluan yang diutarakan, satu plan tindakan telah

dirancang ke arah menjana kebangkitan semula semangat esprit de corps di


kalangan anggota khususnya warga Pendidikan antaranya:
a.

Penerapan Nilai dan Kefahaman Anggota.

Plan tindakan yang

dicadangkan bagi melaksanakan penerapan nilai dan kefahaman adalah:


(1)

Peringkat Kemasukan.

Dalam konteks ini, Jabatan Arah

Pendidikan adalah bertindak sebagai platform bagi memenuhi


keperluan

Pendidikan

di

ketiga-tiga

cabang

perkhidmatan.

Penekanan terhadap pemahaman sebenar konsep esprit de corps


kepada

anggota

pada

peringkat

awal

mereka

menyertai

perkhidmatan perlu ditanamkan melalui kursus asas, latihan dan


sebagainya.

Kelalaian memberi penekanan terhadapnya mungkin

menjadi penyumbang besar ke arah kemerosotan esprit de corps


dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan). Justeru itu, pembinaan
mental dan kerohanian pada peringkat awal adalah perlu untuk
mewujudkan daya tahan, semangat dan kesetiaan terhadap Kor.
(2)

Peringkat Pengukuhan.

Dalam organisasi seperti ATM,

kedudukan dan pangkat menggambarkan status, pencapaian atau


tahap peningkatan dalam kerjaya serta menjadi satu kepuasan
peribadi seseorang. Pada peringkat ini, semua anggota sepatutnya
lebih memahami dan berupaya menyerlahkan esprit de corps.
Justeru itu,

kerjaya mereka harus dirancang oleh Jabatan Arah

Pendidikan dengan lebih teliti supaya ia bukan sahaja bertujuan


untuk kenaikan pangkat, tetapi untuk menentukan setiap jawatan
yang disandang dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab
dan berkesan.
(3)

Peringkat Penyelenggaraan.

Pada peringkat ini, semangat

esprit de corps mungkin bertambah tinggi atau lebih baik sehingga


merasakan tidak memerlukan pertolongan daripada rakan-rakan dari
kor lain. Oleh itu usaha berterusan adalah perlu bagi pemantauan
perkara berikut:
(a)

Menentukan

supaya

semua

anggota

mempunyai

ketrampilan untuk mengendalikan tugas dengan cekap dan


berkesan
disandang.

seiring

dengan

pangkat

dan

jawatan

yang

(b)

Melengkapkan semua anggota dengan pengetahuan

dan kemahiran supaya kelayakan kenaikan pangkat adalah


setimpal.
(c )

Menentukan semua anggota mempunyai kebolehan

untuk mengendalikan tugas professional di pasukan masingmasing dalam apa jua keadaan.
(d)

Memastikan semua anggota merasai bahawa mereka

berkebolehan menonjolkan diri di kalangan anggota lain-lain


kor dalam melaksanakan tugas-tugas yang lebih mencabar.
b.

Mengoptimumkan Kekuaran Kor.

Perubahan pesat Angkatan

Tentera Malaysia, perkhidmatan yang diberikan kepada Kor Perkhidmatan


Am (Pendidikan) juga turut bertambah.

Dalam konteks ini, Kor

Perkhidmatan Am (Pendidikan) mempunyai kelebihan dan sumber yang


boleh dibanggakan antaranya:
(1)

Sumber Tenaga Manusia.

Kor Perkhidmatan Am

(Pendidikan) boleh berbangga kerana mempunyai anggota yang


berkelayakan dan berkelulusan tinggi dalam pelbagai bidang ilmu.
Antaranya, syarat pemilihan ke dalam Kor yang telah menetapkan
semua anggota mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Pertama
bagi Pegawai dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi LLP. Ini
merupakan sebahagian daripada kekuatan Kor bagi menjadikannya
lebih dihormati dan disegani.
(2)

Bidang Perkhidmatan Yang Relevan.

Banyak potensi

Pendidikan yang belum dibangunkan turut menyumbang kepada


usaha

memperkasakan

Kor

Perkhidmatan

Am

(Pendidikan).

Sehubungan itu, semua anggota yang mempunyai potensi dan esprit

de corps yang tinggi akan menjadi asset kepada bidang yang


diperlukan oleh perkhidmatan seperti bahasa asing, tenaga pakar
akademik dan sebagainya.
RUMUSAN
11.

Sebagai rumusan, usaha untuk meningkatkan imej Kor melalui pelaksanaan

system pemerintahan regimental perlu diadakan. Di samping itu, peraturan dan


arahan sedia ada pula perlu dikemaskini bagi memudahkan pelaksanaannya
kepada semua peringkat anggota.
12.

Usaha yang berterusan bagi menanamkan semangat esprit de corps bagi

setiap anggota hendaklah diserasikan agar hubungan erat dapat dijalinkan.


Walaupun setiap kor mempunyai tugas yang berbeda tetapi perbedaan ini tidak
seharusnya menjadi fakor ke arah kerenggangan semangat esprit de corps.
13.

Usaha bagi menampilkan keunggulan kor ke arah yang lebih relevan

mengikut peredaran masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai.
Pelbagai halangan dan cabaran perlu diredah dan memerlukan pengorbanan serta
semangat esprit de corps yang tinggi daripada semua peringkat anggota.
14.

Dengan pengurusan sumber manusia yang lebih terancang dan efisyen,

maka kekuatan dan kepakaran anggota dapat dioptimumkan dan kita menyedari
bahawa setiap individu masing-masing mempunyai potensi dan ketrampilan diri
untuk menyerlahkan Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) ke arah yang lebih
cemerlang dan gemilang.
PENUTUP
15.

Usaha dan perancangan bagi memupuk semangat esprit de corps di

kalangan anggota dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) perlu dilakukan


secara konsisten serta lebih terancang. Pemupukan semangat yang sedia ada

hendaklah diteruskan dan membuat penambahbaikkan bagi tujuan menarik minat


anggota-anggota untuk menceburi serta menghayatinya dengan lebih berkesan.
16.

Semua

peringkat

kepimpinan

dalam

Kor

perlu

merasa

lebih

bertanggungjawab untuk menerapkan kesedaran dan memberi bimbingan ke arah


mewujudkan esprit de corps yang positif dan pemantauan yang lebih teliti perlu
dilakukan bagi menilai tahap kecapaian semangat ini agar kepincangan hubungan
antara warga Kor dapat diperbaiki dengan segera.

You might also like