You are on page 1of 1

Kegunaan Pokok Kelapa Malaysia ialah salah sebuah negara yang istimewa.

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Malaysia ialah pokok kelapa. Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagian daripada pokok kelapa ada kegunaannya. Pokok kelapa banyak kegunaannya. Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar .Kelapa mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Pokok kelapa hidup subur di negara yang bercuaca panas dan berangin contohnya seperti di negara Malaysia, Hawaii dan India. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan.Antara kegunaanya adalah batang pokok kelapa boleh dibuat titi. Isi buah kelapa yang putih boleh dimakan begitu saja. Ia juga boleh diproses dan ditinkan sebagai makan sampingan. Isinya yang kering dikenali sebagai Copra. Copra diproses untuk mendapatkan minyak. Saki-baki daripada isi kelapa yang kering boleh dijadikan sumber makanan untuk binatang ternakan seperti lembu. Air kelapa yang manis dan menyejukkan boleh diminum begitu saja pada waktu cuaca panas. Tempurung kelapa boleh dibuat sebagai penyedok. Ia juga boleh diukir dan diwarnakan sebagai barang perhiasan manakala tempurung buah kelapa boleh dibuat tabung untuk menabung wang. Sabut dari tempurung kelapa boleh dijadikan pencuci pinggan-mangkuk. Daun kelapa boleh dijadikan atap untuk rumah dan pondok .Lidinya pula boleh dibuat penyapu lidi dan cucuk satey. Pokok kelapa yang banyak kegunaanya dan tidak memerlukan penjagaan rapi ini baruslah digalakkan penanamannya.

You might also like