You are on page 1of 29

Sejarah Jalur Gemilang

Bendera Malaysia

Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.

Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.

Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud

bercahaya,

terang

benderang

dan

cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna

Merah pada

jalur

melambangkan

kesanggupan,

keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Maksud Lambang dan Warna pada Bendera malaysia

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang

berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih.

Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian

dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab,

berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang, mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Ukuran Bendera Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.

Bendera Biasa (Standard) Lebar 91.5 sm (3 kaki)

Panjang 183 sm (6 kaki) Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.

Bendera Rumah Lebar 61 sm (2 kaki)

Panjang 122 sm (4 kaki) Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.

Bendera Sedang Lebar 122 sm (4 kaki)

Panjang 244 sm (8 kaki) Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.

Bendera Besar Lebar 183 sm (6 kaki)

Panjang 366 sm (12 kaki) Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.

Bendera Meja

Lebar

15.25 sm (0.5 kaki)

Panjang 30.50 sm (1 kaki) Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

Bendera Kereta Lebar 15.25 sm (0.5 kaki)

Panjang 30.50 sm (1 kaki) Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengahtengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja.

Ukuran Tiang Bendera Ketinggian dan garis pusat tiang bendera adalah seperti berikut:

Pemasangan Dua Tiang Bendera

Pemasangan Tiga Tiang Bendera

Ukuran Jalur Gemilang

Adat Dan Tertib Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga

menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu

menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara

Pemakaman/ Pemgkebumian Negara. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Susunan Kedudukan Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut berada: (i) Di Luar dan Di Dalam Bangunan

(ii) Semasa Perarakan (iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik a) Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan

Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

b) Hari-Hari Kebesaran Negeri Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan.

Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan

c) Mengibarkan Jalur Gemilang Dengan Bendera Negeri-Negeri Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari kiri ke kanan.

Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari tengahtengah.

Dikibarkan secara sebaris dengan dibahagi dua belah dan keutamaannya bermula dari dalam.

e) Kedai / Rumah Bila bendera dikibarkan di deretan kedai atau rumah, ia hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Jika 2 bendera dikibarkan, Jalur Gemilang dikibarkan di sebelah kiri.

f) Kedudukan Bersilang Dalam keadaan dikibarkan bersilang, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan disebelah kiri dan di atas bendera yang lain.

Jika Jalur Gemilang diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, Jalur Gemilang hedndaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera dan tiangnya lebih tinggi sedikit dari tiang-tiang yang lain. Bendera Negeri dikibarkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.

g) Semasa Lawatan Negara/Rasmi Menjadi amalan biasa negara kita memberi penghormatan kepada pelawat, bendera negara pelawat akan diberikan keutamaan. Contoh di bawah menunjukkan lawatan Presiden Indonesia ke Malaysia.

h) Acara Dalam Dewan / Bangunan / Stadium Susunan bendera semasa seminar.

Susunan bendera semasa mesyuarat.

Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan.

Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan antara dua negara.

Susunan bendera semasa acara sukan.

(ii) Semasa Perarakan a) Bendera Berkibar Jika bendera diarak secara sebaris, Jalur Gemialng hendaklah mendahului bendera-bendera lain. Susunan Bendera Sebaris

Jika bendera diarak secara sederet, Jalur Gemilang hendaklah diletakkan di tengah-tengah dan kehadapan sedikit daripada bendera-bendera lain. Susunan Bendera Sederet

b) Bendera Terbentang Jika bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan.

Jalur Gemilang Diarak Secara Terbentang

(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik Kedudukan Bendera Pada Dinding

Kedudukan Bendera Pada Tempat Orang Berucap

Apabila dua atau lebih bendera dipamerkan di dinding, keutamaan diberikan kepada Jalur Gemilang, Susunannya sama seperti susunan Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri mengikut keutamaan. Di majlis sempena lawatan negara / rasmi, kedudukan bendera negara pelawat di sebelah kiri. Kedudukan Dua Bendera Pada Dinding

JALUR GEMILANG Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang... di bawah naunganmu Jalur gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang... megah kami terasa Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah Jalur gemilang

You might also like