You are on page 1of 8

JATA NEGARA

Jata Negara merupakan identiti negara Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-
raja Melayu.Lambang-lambang pada Jata Negara merupakan perlambangan Negeri-
negeri di Malaysia. Jata Negara menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab,kita perlu memahami dan menghayati


makna dan lambang-lambang pada Jata Negara.Kita juga mestilah menghormati Jata
Negara sebagai lambang permuafakatan
BUKU SKRAP SEJARAH

NAMA:HUSNA RADHIYAH
NAMA KELAS /TAHUN:5 BATUTTA
NAMA BUKU SKRAP:IDENTITI NEGARA
NAMA GURU SEJARA:CG.MAZIAH BT AZIZ

BENDERA MALAYSIA
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi
sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan
bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi
menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera
dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di
sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan
keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor,
Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci
murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang
melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru
melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah
Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Lagu Kebangsaan

Negaraku

Tanah tumpahnya darah ku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertakhta

Pengenalan

Sejarah Lagu Negaraku

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana
Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Etika

ETIKA MENYANYIKAN ‘NEGARAKU’

· Berdiri tegak

· Kedua-dua belah tangan diletakkan ke sisi dan diluruskan ke bawah

· Kedua-dua belah kaki dirapatkan

· Bagi Orang Kurang Upaya(OKU) yang berkerusi roda

o Kepala mesti tegak

o Mata memandang bendera

o Kedua-dua tangan di atas paha

o Kaki dirapatkan

maksud
Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya
hidup bersatu
bahasa

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu
bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan
undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang
menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa
rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum
digunakan rakyat negara tersebut.

Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut
adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan
politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada
keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud
kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

MENGAPA DIPILIH?

Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga-bunga yang dicadangkan adalah Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung
dan Bunga Raya.

Setelah satu proses pemilihan yang rapi, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan
pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iatu iaitu, TYM Al -Marhum Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj. Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk
dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga -bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga
melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana
yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Ja batan Penerangan
untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit -unit bergerak Jabatan
Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati
bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih
bunga melur.

Walaubagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan
kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama
yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan
menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai
Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan
lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan .
Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai
Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan
lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA

Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
dalam menempuh cabaran. Kesemua sifat i ni sememangnya telah menjadi faktor penyumbang yang
mendorong negara kita dalam mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi
simbol kemegahan negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana, bendera dan
setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

Bunga Raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat bunga raya
yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan dengan lima prinsip
Rukun Negara dimana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai perpaduan negara serta
masyarakat yang adil dan saksama. Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran
juga menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan rakyat Malaysia yang
dapat hidup aman damai dan berharmoni.

Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga Raya dalam
memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin. kerana
warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam
menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting
bagi sesebuah negara bertamadun.

You might also like