You are on page 1of 5

KAJIAN 

GEOGRAFI TEMPATAN
TINGKATAN 2
2012
NAMA PENUH: MOHD NUR FIKRI BIN ABU DZAR ALBERT
SEKOLAH: SMK SUNGAI TAPANG
TINGKATAN: 2A1
NAMA GURU PENILAI: PN. COROLINE JENNY
TANDATANGAN GURU:
TANDATANGAN MURID:

KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 1
2 PENDAHULUAN 2
3 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 KAWASAN KAJIAN 4
5 KAEDAH KAJIAN 5
6 HASIL KAJIAN
7 RUMUSAN
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN

PENGHARGAAN
Saya berbangga dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi Tempatan  ini dalam jangka masa 
yang telah ditetapkan walaupun pada mulanya menghadapi beberapa halangan .Tetapi 
dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak maka tugasan ini berjaya disiapkan.
Sekalung budi dan ribuan terima kasih saya rakamkan kepada Tuan Pengetua SMK Sungai 
Tapang ,Encik  Bekon Jenet yang telah memberikan kebenaran kepada saya  untuk menjalan
kan kajian ini selepas waktu persekolahan.
Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Guru Geografi saya ,Pn. Caroline 
Jenny. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sehingga 
kajian ini selesai.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa 
saya iaitu Siti Norma Binti Abd Rashid dan Abu Dzar Albert Bin Abdullah yang telah memberi 
dorongan dan bantuan sama ada dari segi moral ataupun duit dan sebagainya.
Akhir sekali,saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada rakan-rakan sekelas seper
ti Mc Arthur,Nathenial,Christ,Shawn dan Asyraf. Kami bersama-sama mencari maklumat dan 
berkongsi maklumat yang diperolehi.

PENDAHULUAN
Saya, Mohd Nur Fikri Bin Abu Dzar Albet pelajar Tingkatan 2A1 telah memilih tajuk
 “Kesesakan lalu lintas di Simpang Tiga jalan masuk ke SMK Sungai Tapang,Jalan Penrissen. 
Menyenaraikan kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah mengurangkan kesesakan lal
u lintas di jalan tersebut.”
Saya memilih lokasi tersebut kerana berhampiran dengan sekolah dan memudahkan saya,
guru dan pihak sekolah menjamin keselamatan kami. Selain itu, tugasan ini juga mempunyai 
ruang dan tempat untuk kami berbincang bersama guru dan rakan-rakan lain.
Kawasan ini juga berhampiran  dengan rumah saya dan memudahkan saya berulang-alik jika 
keadaan memerlukan.
Masa yang diperuntukan untuk menjalankan kajian ini selama 1 bulan(4 minggu)Dari bulan 
September hingga Oktober.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti jenis-jenis kenderaan yang melalui jalan di hadapan sekolah SMK Sungai Tapa
ng pada waktu 
puncak dan berbangga dengan kemajuan negara yang dinikmati.
2. Menyenaraikan kesan-kesan kesesakan lalu lintas ini kepada pihak sekolah dan pengguna.
3. Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi maslah kesesakan lalu lintas di 
Simpang Tiga jalan 
masuk ke SMK Sungai Tapang dan bersyukur dengan keselesaan yang dianugerahkan Tuhan.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Simpang Tiga jalan masuk ke SMK Sungai Tapang. 
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1981. Sekolah ini terletak di KM13, 
Jalan Penrissen,Kuching.Sekolah ini terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta 
dari Bandaraya Kuching dan terletak di sebelah timur Bandaraya Kuching.
Kawasan kajian ini terletak di kawasan tanah pamah yang beralun. Kawasan ini semakin pesat 
membangun terutamanya disepanjangan jalan By-Pass ke Serian. Terdapat banyak bangunan-
bangunan baru dibina.Selain itu juga terdapat Kolej Kesihatan Awam, Hospital Psychiatic, Kem 
Tentera dan Klinik Umum Kota Sentosa di kawasan kajian. Jarak dari rumah saya ke kawasan 
kajian ialah kira-kira 4 kilometer.
Kebanyakan kenderaan yang menggunakan jalan ini datangnya daripada penduduk yang 
tinggal di kawasan persekitaran sekolah iaitu sekitar Muara Tuang, Setakan, Batu 10, Batu 9 ,
Kampung Haji Baki dan sekitar Pekan Kota Sentosa.
Bagi memudahkan dan menjamin keselamatan,saya melakukan kajian ini dari atas beranda 
di sekolah saya. Semasa menjalankan kajian ini, kami membuat tinjauan dan bancian jumlah 
kenderaan yang melalui jalan tersebut. Guru Geografi saya sentiasa mengingatkan kami
 tentang kepentingan menjaga keselamatan diri ketika menjalankan kajian  kerana nyawa 
tidak boleh dijual ataupun di beli.
Saya memilih kawasan ini kerana terletak berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal 
saya. Selain itu, tajuk ini juga dapat membantu saya untuk lebih memahami dan perihatin 
semasa menggunakan jalan raya tersebut. Saya juga merasa bangga dapat mengetengahkan 
kawasan sekolah saya kepada orang ramai .

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:
(a) Kaedah pemerhatian
(b) Kaedah temu bual
(c) Rujukan

Kaedah pemerhatian- Saya telah memerhatikan jenis kenderaan dan bilangan kenderaan ya
ng melaui jalan raya 
tersebut dari pukul 12.45 hingga 1.30 petang. Setiap kenderaan yang melalui jalan raya 
tersebut, saya catatkan di dalam buku nota saya yang saya gunakan untuk menjalankan 
kajian ini.
Guru Geografi telah mengarahkan kami menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diperhati
kan semasa menjalankan kajian iaitu:
1. Jenis kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut.
2. Bilangan setiap kenderaan yang menggunkan jalan raya tersebut pada waktu puncak dari 
pukul 12.45 hingga pukul 1.30 petang.
Kaedah temu bual- Saya telan menemu bual Pn Siti Norma Binti Abd Rashid iaitu seorang gur
u yang mengajar di sekolah SMK Sungai Tapang untuk mendapatkan maklumat tentang pura
ta jumlah 
kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut dalam sehari. Selain itu, temu bual ini juga 
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang waktu dan hari paling sesak di jalan ini. 

Sebelum menjalankan kajian, guru Geografi sentiasa mengingatkan kami tentang langkah-
langkah keselamatan yang mesti dipatuhi semasa menjalankan kajian. Kami juga telah 
dibimbing oleh guru untuk menyediakan borang soal selidik bagi menemu bual orang ramai.
Rujukan- Saya juga telah membuat  rujukan dengan merujuk buku atau melalui internet. Ruj
ukan 
yang telah saya buat semasa menjalankan kajian iaitu:
1. Buku teks Geografi Tingkatan 2

HASIL KAJIAN
Berikut adalah dapatan hasil daripada kajian tentang jenis dan bilangan kenderaan yang
 melalui Simpang Tiga Jalan masuk ke sekolah pada hari Isnin minggu kedua bulan 
September dari jam 12.45 hingga jam 1.30 iaitu pada waktu puncak .
Jadual menunjukkan jenis kenderaan yang paling banyak melalui jalan tersebut iaitu kereta 
sebanyak 102 buah diikuti motosikal sebanyak 24 buah, pacuan empat roda sebanyak 16 
buah, van sebanyak 12 buah, lori sebanyak 7 buah dan bas sebanyak 8 buah.
Menerusi temu bual saya dengan salah seorang pekerja di kawasan tersebut, saya telah 
dimaklumkan bahawa jumlah kenderaan yang paling banyak yang menggunakan jalan 
tersebut ialah pada waktu puncak pagi dari jam 6.30 pagi hingga jam 7.30 pagi dan pada 
waktu puncak petang dari jam 12.45 tengah hari hingga 1.30 petang. Ini disebabkan pada 
waktu tersebut orang ramai pergi ke tempat kerja dan pulang dari bekerja. Pada waktu-
waktu lain keadaan kesesakannya agak kurang.
Saya juga difahamkan kadang kala berlaku kesesakan luar biasa terutamanya pada hari-hari t
ertentu , misalnya hari cuti bagi negeri Sarawak.Jumlah kenderaan yang melalui jalan 
tersebut akan meningkat berkali ganda berbanding pada hari-hari biasa.Kesesakan juga berla
ku sekiranya ada kenderaan yang rosak dan kejadian 
kemalangan yang sangat teruk. Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali sekala sahaja.
Kebanyakan kenderaan yang menggunakan jalan ini datangnya dari persekitaran kawasan 
Samarahan iaitu Batu 9,Batu 10 dan Batu 7 kerana banyak taman perumahan terdapat 
berhampiran dengan kawasan tersebut. Mereka terpaksa melalui jalan ini untuk ke tempat 
kerja dan  tempat membeli belah di Kota Sentosa.
Kawasan perumahan yang penduduknya menggunakan jalan ini ialah Taman Greenwood 
Park,Taman Indah Jaya dan banyak lagi.

RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditet
apkan.Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian i
ni, saya berbangga 
kerana dapat membantu  mengurangkan kesesakan lalu lintas di simpang tiga jalan masuk ke 
SMK Sungai Tapang.
Selain itu, saya dapat mengenal pasti jenis-jenis kenderaan yang melalui jalan di hadapan sek
olah SMK Sungai Tapang pada waktu puncak dan berbangga dengan kemajuan negara yang d
inikmati.
Dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang  selalu 
berlaku di Simpang Tiga jalan masuk ke SMK Sungai Tapang tersebut dengan 
menyenaraikan kesan-kesan kesesakan lalu lintas ini kepada pihak sekolah dan pengguna.
Seterusnya,  saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kesesakan lalu lintas 
 dan  dapat menanam rasa bertanggungjawab serta  bangga dengan identiti seorang pelajar 
yang terus menyedari bahawa  membantu mengurangkan kesesakan lau lintas adalah 
tanggungjawab  semua orang .
Akhir sekali, kerja kursus ini telah mengajar saya pelbagai perkara yang patut dilakukan iaitu 
menghuraikan langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas 
di Simpang Tiga jalan 
masuk ke SMK Sungai Tapang dan bersyukur dengan keselesaan yang dianugerahkan Tuhan 
serta memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Saya juga bersyukur  
kerana  kedudukan tempat  tinggal saya yang  strategik  dan  sentiasa  aman  damai  telah  memboleh
kan  pelbagai aktiviti  dijalankan  dengan baik  dan  lancar.

You might also like