You are on page 1of 11

LOGO PANDU

PUTERI TUNAS
SEJARAH
PENUBUHAN
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan
pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada
tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas
dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie
kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30
November 1984, Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan
bersetuju untuk menukar nama Brownie
kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai
digunakan selaras dengan perkembangan
bahasa di negara kita.
MAKSUD TUNAS
PUTERI
Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua
perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud
pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang
pokok. Kemudian, pokok ini akan menghasilkan buah
yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak
tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis
bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI
mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi
sifat-sifat warganegara yang sempurna.
ERTI TUNAS
T
PUTERI
Tolong orang selalu.

U Untuk menunaikan kewajipan kepada


Tuhan, Raja dan Negara.

N Nilai hidup yang murni.

A Akhlak yang utuh.

S Selalu senyum tanda persahabatan.


ERTI TUNAS
Tunas.
PUTERI
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri

U Utamakan tanggungjawab sendiri.

T Tabah menghadapi cabaran.

E Erat dalam perpaduan.

R Rela berkhidmat untuk masyarakat.

I Indah budi bahasa.


AHLI PANDU
PUTERI TUNAS
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai PanduPuteri Tunas. Ia
dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7
hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan
berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai
Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-
Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu
Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya,
mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas,
Tangga Emas danTangan Emas di samping mengambil
ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh
kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini
menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu
sentiasa bersopan-santun dan mematuhi undang-undang
yang telah ditetapkan.
PERSETIAAN PANDU
PUTERI TUNAS
Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia akan
menjalankan kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja dan Negara
saya, Malaysia, menolong orang
setiap hari terutama mereka di
rumah dan mematuhi undang-
undang Pandu Puteri Tunas.
UNDANG-UNDANG PANDU
PUTERI TUNAS
Pandu Puteri Tunas selalu
menurut ajaran orang yang
tertua daripadanya.

Pandu Puteri Tunas tidak


menurut kehendak hati sahaja.
COGAN KATA PANDU
PUTERI TUNAS
'Tolong Orang Selalu' (TOS)
Cogan kata ini diucap setiap
kali Pandu Puteri Tunas selesai
membuat Istiadat Lingkungan
Pandu Puteri Tunas dan
Istiadat Hormat Besar.
KUMPULAN BERENAM
PANDU PUTERI TUNAS
Siantan Melur taat
datang dan setia.
berkawan. Berusaha
Berani setiap
macam
Kami masa.
Kami Teratai
pahlawan.
bernama nama diberi.
Kenanga. Buat baik
Berjasa setiap hari.
bertenaga.

Kami Cempaka
Kesidang bersuka
datang. ria.
Menolong Menolong
pagi petang. orang
duka.

You might also like