You are on page 1of 21

MEMAHAMI MAKSUD LAGU NEGARAKU

Untuk menghayati lagu kebangsaan Negaraku, sebagai rakyat Malaysia Pandu Puteri Tunas
perlulah terlebih dahulu mengetahui maksud yang terkandungdalam setiap baris lagu tersebut.
Sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan/dimainkan, Pandu Puteri Tunas mestilah berdiri tegak dan
memandang ke arah bendera yang sedang dinaikkan sehingga lagu itu selesai. Sekiranya Pandu
Puteri Tunas sendiri yang menyanyikan lagu Negaraku, menyanyilah dengan penuh
bersemangat. Ini adalah sebagai tanda penghormatan kepada lagu kebangsaan Negara kita
Malaysia.

Maksud yang terkandung dalam setiap baris seperti berikut:-

Negaraku
Maksudnya : Tanah airku (Malaysia)

Tanah tumpahnya darahku


Maksudnya : Negara Malaysia tempat kita semua (rakyat) dilahirkan dan dibesarkan

Rakyat hidup bersatu dan maju


Maksudnya : Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan berlainan agama dan
kebudayaan, sentiasa hidup dalam keadaaan tenteram, muhibah, selalu bekerjasama, tolong menolong,
bersahabat dan bersatu padu demi mencapai kemajuan dari segi pendidikan, social, kebudayaan dan
ekonomi.

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan


Maksudnya : Setiap rakyat Malaysia sentiasa berdoa memohon kepada Tuhan supaya selalu dikurniakan
kesihatan dan kesejahteraan. Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa bersyukur ke hadrat Tuhan kerana
telah dikurniakan segala rahmat dan kebahagian, kesenangan serta kegembiraan, di samping menikmati
keindahan alam semula jadi di seluruh Negara Malaysia ini dan juga dapat bersama-sama menikmati
kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan rakyat jelata.
Raja kita selamat bertakhta
Maksudnya : Sebagai rakyat yng sentiasa taat setia dan mematuhi undang-undang Negara, maka
sewajarnyalah mendoakan supaya Tuhan mengurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Seri PAduka BAginda Yang di-Pertuan Agong dan semoga baginda
memerintah Negara ini dengan adil dan saksama, aman sentosa serta selamat di atas takhta.
MENYALAKAN API, MENJERANG AIR DAN
MENYEDIAKAN MINUMAN
Dalam pergerakan Kepanduan, Pandu Puteri Tunas akan dilatih cara menyalakan api untuk menjerang air,
memasak makanan dan sebagainya. Pandu Puteri Tunas akan dilatih menyalakan api di luar bangunan.
Ia bertujuan untuk membolehkan Pandu Puteri Tunas menyalakan api sewaktu perkhemahan ataupun
sewaktu perjumpaan pasukan.

Peraturan Menyalakan Api


1. Menyalakan api di tempat yang sesuai
2. Memastikan keadaan cuaca baik iaitu tidak hujan dan tiada rebut kencang.
3. Mendapatkan kebenaran atau membuat permohonan kepada tuan tanah untuk menggunakan
tanah atau kawasannya.
4. Jika tempat yang digunakan itu berumput, cangkullah rumput dengan ukuran 30-40cm lebar dan
panjangnya lebih kurang 45-50cm. Pindahkan rumput-rumput itu dengan cermat dan susun
dengan elok supaya dapat digunakan semula untuk menutup kawasan yang telah dicangkul tadi.
5. Ratakan tanah bekas rumput. Kemudian, letakkan batu tungku tempat menyalakn api supaya api
tidak merebak/kayu api tidak melimpah keluar.

Langkah-langkah Keselamatan
1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mestilah diawasi oleh pemimpin dari segi penyediaan bahan,
penyediaan tempat atau dapur untuk menyalakan api.
2. Menyediakan sebaldi air dan sebaldi pasir berhampiran dengan tempat menyalakan api supaya
mudah digunakan apabila diperlukan.
3. Api yang dinyalakan itu mesti dikawal supaya tidak merebak.
4. Pastikan bara api betul-betul padam atau tidak mengeluarkan asap lagi sebelum meninggalkan
tempat itu.
5. Jangan menjirus air di atas timbunan bara api yang masih berabu kerana percikan abu akan
mengotorkan kawasan sekitar.
Perkara-perkara yang Mesti Dielak
1. Menyalakan api di atas rumput
2. Menyalakan api berdekatan/di bawah pokok yang berdahan rendang/rendah.
3. Menyalakan api berdekatan dengan pokok-pokok renek.
4. Menyalakan api di tempat laluan orang ramai.
5. Menyalakan api berhampiran kawasan yang banyak lalang/rumput kering.

Bahan-bahan untuk Menyalakan Api


1. Mancis.
2. Umpan daripada ranting kering, kayu-kayu kecil, daun kering dan kertas surat khabar.
3. Batu bata untuk dijadikan tungku dapur.
4. Sebatang cangkul jika terpaksa mencangkul rumput.
5. Parang untuk membelah kayu/arang.

Bagaimana Menyalakan Api


1. Menggunakan kayu
(a) Susun kayu di dalam/di tengah tungku berselang seli suaya dapat dimasuki udara.
(b) Gunakan umpan daripada ranting kecil/kayu kering yang dipotong kecil dan letakkan di
tengah susunan kayu tadi. Kemudian, nyalakan api.
(c) Tambahkan kayu yang besar dan tentukan keadaan kayu itu cukup kering dan mencukupi.
(d) Apabila api telah marak, gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.
(e) Kawal api dan tambah kayu jika kurang supaya apinya tidak padam.
2. Menggunakan arang
(a) Susun arang dalam tungku dan buatkan lubang di tengahnya.
(b) Pastikan arang itu cukup kering dan susun dengan teratur iaitu arang besar di bahagian
bawah.
(c) Bubuhkan umpan daripada kepingan arang yang telah direndam dengan minyak tanah atau
minyak menggoreng ikan atau gunakan kepingan tempurung kelapa kering.
(d) Nyalakan api pada umpan tersebut.
(e) Apabila arang telah mula dimakan api, kipas perlahan-lahan sehingga apinya marak
menyala.
(f) Tambah arang lagi dan betulkan susunannya supaya api tidak padam.
(g) Setelah api sudah cukup marak, gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.

Langkah-langkah Keselamatan
3. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mestilah diawasi oleh pemimpin dari segi penyediaan bahan,
penyediaan tempat atau dapur untuk menyalakan api.
4. Menyediakan sebaldi air dan sebaldi pasir berhampiran dengan tempat menyalakan api supaya
mudah digunakan apabila diperlukan.
5. Api yang dinyalakan itu mesti dikawal supaya tidak merebak.
6. Pastikan bara api betul-betul padam atau tidak mengeluarkan asap lagi sebelum meninggalkan
tempat itu.
7. Jangan menjirus air di atas timbunan bara api yang masih berabu kerana percikan abu akan
mengotorkan kawasan sekitar.
BENDERA SEMAFOR

Kod Semafor merupakan salah satu cara untuk menghantar perutusan. Ia digunakan untuk menghantar
perutusan kepada orang jarak agak jauh dan dapat dilihat, tetapi tidak dapat didengar suaranya.

Ia amat mencabar tetapi menyeronokkan kerana berupaya melatih daya ingatan dan pemerhatian serta
mendisiplinkan Pandu Puteri Tunas.

CARA BETUL UNTUK BERDIRI SERTA MEMEGANG BENDERA.

1. Pegang batang bendera semafor di bahagian bawah.


2. Jari telunjuk diletak selari dengan batang bendera.
3. Pastikan batang bendera dan lengan adalah sebaris.
4. Berdiri dengan kaki terbuka sedikit.
5. Beri isyarat dengan perlahan dan sekata.
6. Jangan bergerak sehingga anda pasti dengan isyarat yang berikutnya
7. Turunkan lengan di hadapan anda selepas setiap perkataan.
8. Sekiranya kesilapan berlaku, gunakan isyarat huruf ‘E’ lapan kali.
Bolehkah anda baca perutusan ini?
Lengkapkan maksud simbol Kod Semafor ini dalam bentuk silang kata. Tuliskan huruf-huruf disisi simbol,
kemudian lukiskan jawapannya.
MEMBASUH DAN MENYETERIKA PAKAIAN
MENCUCI KAIN

1. Buat larutan sabun dengan mencampurkan sedikit serbuk sabun ke


dalam air.
2. Rendam kain ke dalam air sabun tersebut selama beberapa minit. Hal
ini akan menyenangkan kita membasuh kerana ia melembutkan kain
serta menanggalkan kotoran.
3. Gosok kain dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau berus
kain di atas papan pembasuh.
4. Bilas kain dengan air sehingga bersih.
5. Perah basuhan selepas dibilas, kemudian sidaikan di bawah panas
matahari.
6. Pakaian yang berwarna mesti dijemur di tempat yang terlindung.
7. Bersihkan besen, berus, papan pembasuh dan keringkan kemudin
simpan.
MENYETERIKA BAJU

1. Lembapkan baju dengan cara merenjisnya


dengan air.
2. Sediakan alas untuk menyeterika. Pasang dan
panaskan seterika mengikut suhu yang sesuai.
3. Betulkan bentuk baju, kemudian seterika dengan
tekanan yang sekata hingga satu bahagian kering.
Kemudian seterika bahagian yang lain.
4. Terbalikkan baju dan seterika pula di sebelah
belakangnya.
5. Padamkan seterika dan lipat baju atau gantung
pada penyangkut baju.
6. Simpan seterika dan alas apabila telah sejuk.
MENJERANG AIR DI ATAS API

1. Isi Air paip ke dalam cerek, buka api dapur gas sehingga api
menyala
2. Apabila air mendidih cerek akan berbunyi dan keluar asap
dari corong cerek.
3. Angkat air yang telah mendidih dari atas dapur.

MENYEDIAKAN MINUMAN
Membuat Air Teh dalam Teko

1. Kocak kan teko terlebih dahulu untuk membuang


kekotoran dalam teko sebelum kita bubuh air panas.
2. Masukkan serbuk teh atau teh uncang anggaran untuk
tiga orang ( tiga camca teh serbuk atau tiga uncang teh)
ke dalam tin air. Biarkan teh kembang selama tiga atau
empat minit.
3. Setelah cukup kembang, tapis dan hidangkan. Cara
menghidang adalah mengikut keadaan dan arahan yang
diterangkan oleh pemimpin iaitu :
(a) Teh yang telah siap dibancuh dengan gula/susu.
(b) Teh yang berasingan dengan susu dan gula. Apabila
diarahkan barulah Puteri Tunas membancuhnya.

(c) Sewaktu menghidangkan teh kepada tiga orang yang


telah ditentukan oleh pemimpin. Puteri Tunas harus
melayan tiap-tiap seorang daripada mereka dengan
bertanya sama ada mereka hendakkan gula/susu serta
berapa banyak. Setelah itu, barulah Puteri Tunas boleh
beredar.
(d) Air minuman panas siap di hidang pada tetamu yang
datang
Membancuh Teh di Dalam Teko.

1. Panaskan teko dengan mencurahkan sedikit air


panas ke dalamnya dan kocak-kocakkan. Kemudian
buang air itu.
2. Jika untuk secawan/seorang, bubuh satu camca daun
teh. Tambah dua camca lagi jika untuk dua orang.
3. Tuangkan air mendidih tadi ke dalam teko yang telah
dibubuh serbuk teh dan biarkan tiga atau empat minit
sepaya teh kembang.
4. Setelah itu, tapis dan hidangkan dengan segera.
5. Susu dan gula disediakan dalam bekas yang
berasingan dan diatur dalam dulang.
6. Sewaktu menghidangkan teh kepada tiga orang yang
telah ditentukan oleh pemimpin. Puteri Tunas harus
melayan tiap-tiap seorang daripada mereka dengan
bertanya sama ada mereka hendakkan gula/susu
serta berapa banyak. Setelah itu, barulah Puteri
Tunas boleh beredar.

PERATURAN SELEPAS MENYALAKAN API


Sebelum Puteri Tunas meninggalkan tempat latihan menyalakn api itu, Puteri Tunas mestilah mengikut
peraturan-peraturan tertentu seperti di bawah:

1. Apabila api tidak dikehendaki lagi (selesai membuat latihan atau setelah diuji), Puteri Tunas
mestilah membersihkan tempat yang telah digunakan itu.
2. Segala bahan yang telah digunakan hendaklah dikemaskan. Peralatan yang kotor dicuci dan
dikeringkan. Yang belum digunakan mesti dikumpulkan dan disimpan di tempat asalnya dengan
kemas. Sementara yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dikumpul dan dimasukkan ke dalam
tong sampah/dibakar/ditanam supaya tidak bersepah dan mencemarkan tempat berkenaan.
3. Padamkan api dengan mengeluarkan kayu atau arang yang separuh terbakar dan renjiskan air
supaya apinya padam.
4. Jangan menyiram air pada api yang sedang marak menyala kerana kemungkinan percikan bara
api akan mengenai orang yang menyiramkan air itu. Bunga api yang berterbangan pula mungkin
melarat ke tempat lain dan menyebabkan kebakaran.
5. Alihkan dapur atau tungku yang telah sejuk. Angkat arang dan masukkan ke dalam tong sampah
atau ditanam. Kemudian, bersihkan abunya.
6. Siramkan air pada tempat dinyalakan api sehingga sejuk dan selepas itu tutup semula dengan
rumput yang dicangkul tadi. Ratakan tempat itu sehingga padat.
7. Bersihkan kawasan sekeliling yang digunakan supaya kelihatan seperti keadaan asal.
8. Tinggalkan tempat itu dalam keadaan bersih dan kemas.

Jenis Bahan dan Cara Memasaknya


1. Telur - direbus, digoreng atau dibakar dalam ubi kentang atau kulit limau
2. Ubi kayu, kentang, keledek, keladi - direbus, digoreng, dibakar
3. Kacang tanah, jagung - direbus, digoreng, dibakar
4. Ikan, udang - digoreng, direbus, dibakar

MENGIKAT BUNGKUSAN

Selain membalut bungkusan, Pandu Puteri Tunas juga harus mengetahui cara mengikat bungkusan. Ini
kerana bungkusan yang hendak dihantar ke sesuatu tempat terutamanya tempat yang jauh, ia mestilah
diikat supaya bungkusan itu tidak pecah ataupun pembalutnya terbuka.
1. Rentangkan tali di bawah bungkusan dan keluarkan hujung tali A dan B lurus di sisi bungkusan,
hujung tali A melilit tali B sepeti (i).
2. Selitkan tali A melalui bahagian bawah dan naikkan ke atas tali A itu juga seperti (ii).
3. Daripada lilitan itu hujung tali A dimasukkan melalui gelung di sisi tali B seperti (iii).
4. Tarik keluar tali A yang kelihatan telah menjadi seperti simpul angka lapan di tengah-tengah
bungkusan itu. Simpul angka lapan itu berguna untuk menahan tali daripada terlucut dan mudah
dibuka jika tidak diperlukan.
5. Terbalikan bungkusan dan tarik tali B merentasi tali yang di tengah bungkusan. Kemudian, lilitkan
seperti (iv).
6. Terbalikkan semula bungkusan itu seperti (v) dan tarik tali B tadi merentasi tali bertanda X,
lalukan di bawahnya dan naikkan ke atas tali yang bertanda Y dan masukkan bawahnya. Setelah
itu, matikan dengan lilit dua simpul atau simpul belit. (Ini merupakan bahagian belakang
bungkusan).
7. Setelah siap, tuliskan nama dan alamat ke mana bungkusan itu hendak dihantar di bahagian
hadapan bungkusan. Pandu Puteri Tunas juga mestilah menulis nama dan alamat orang yang
menghantar bungkusan itu. Lihat (vi).

Catatan : Tulis nama dan alamat itu dengan terang dengan menggunakan pen. Setelah itu, bawa ke
pejabat pos untuk ditimbang bagi menentukan harga setem yang perlu ditampalkan di atas bungkusan
tersebut.
PENUTUP

Setelah Pandu Puteri Tunas selesai menjalani semua ujian yang terkandung dalam program
Tangan Emas, bererti segala usaha dan titik peluh Pandu Puteri Tunas telah berhasil. Pandu Puteri Tunas
pasti berasa seronok dan berpeluang menerima lencana Sayap Pandu Puteri Tunas dalam upacara
Terbang Naik ke pasukan Pandu Puteri Remaja.

Walau bagaimanapun, sebelum upacara itu, Pandu Puteri Tunas akan diberi Sijil dan Lencana
Tangan Emas seperti di bawah.
Program Pandu Puteri Tunas bersama keluarga.
Adalah saya Kakak Setia PPTunas, SK Jenderam Hilir Satu ingin memohon kejasama kedua ibu bapa
bagi memerhati, membantu anak tuan/puan dalam melayakkan mereka mendapatkan lencana. Sila
lengkapkan pernyataan setelah pemerhatian dijalankan.

Terima kasih.
Saya yang benar,

( )

Akuan ibu bapa.

A. Program Tangan Emas.


1. Adalah dengan ini saya telah memerhati serta membimbing anak saya dalam melakukan
tugasan seperti berikut :-
a. Mencuci dan membasuh sehelai pakaian dengan cara yang betul.
b. Menjemur pakaian tersebut dengan gaya yang betul sehingga kering.
c. Menyeterika pakaian tersebut mengikut peraturan yang betul. (Rujuk nota).

B. Lencana Kecekapan Individu


Ahli Rumah Tangga
Bil Perkara Catatan ibu/bapa
(menguasai/belum menguasai)
1 Membasuh sepasang sarung kaki
2 Menyapu dan mengibas habuk di bilik
3 Mengemas bilik dan tempat tidur
4 Mencuci pinggan mangkuk
5 Mencuci dan mengilap peralatan tembaga atau
perak. (jika tidak ada, gilaplah sudu-sudu dan
garpu-garpu).
(Bukti gambar boleh juga diterima. Sila tampalkan dalam buku log)

Tarikh Pemerhatian : ______________________________

Yang Benar,

………………….

( )

CATATAN HARIAN PERJUMPAAN TAHUN ___________


Tarikh : Tarikh : Tarikh :
Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :
Tarikh : Tarikh : Tarikh :
Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Jenis aktiviti : Jenis aktiviti : Jenis aktiviti :

Perasaan pada Perasaan pada Perasaan pada


hari ini : hari ini : hari ini :

You might also like