You are on page 1of 96

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI

PENGAKAP

DISEDIAKAN OLEH:

CIK HAKIMAH BT NGAH (PT PENGAKAP)

PUAN NOOR HASMIZA BT HJ IBRAHIM (PT TKRS)

Modul Pengakap Page 1


ISI KANDUNGAN

Rancangan Pengajaran Skim Lencana Pengakap Muda 4-5

Lencana- Lencana Pengakap 6-8

Lencana Usaha 9-10

Persetiaan Pengakap dan Hormat 11

Penapakan Pergerakan Pengakap di Malaysia 12

Persekutuan Pengakap Malaysia 13

Lagu-lagu Pengakap 14-16

Protokol Pengakap Malaysia 17-18

Peraturan Kawad 19-22

Contoh Aktiviti-aktiviti Pengakap 23-26

Kompas 27-29

Pertolongan Cemas 30-75

Ikhtiar Hidup 76-91

LAMPIRAN 92

Modul Pengakap Page 2


CARTA ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA

Modul Pengakap Page 3


Rancangan Pengajaran Skim Lencana Pengakap Muda

Tarikh : 20 Mei 2010

Masa : 3.30 pm – 5.30 pm

Nama Pemimpin : 1. Cik Hakimah

Bil Ahli : 36 (4 patrol )

Tajuk : Skim Lencana Usaha / Maju

Objektif :

Di akhir aktiviti semua ahli akan dapat :-

1. Melakukan dan memberi arahan kawad statik

2. Membuat ikatan anduh dan beberapa ikatan dalam

pertolongan cemas.

3. Bermain permainan kecil yang diajar oleh guru.

Nilai Murni : Berdisiplin/ kerjasama

Alatan : Tali, kain anduh

Langkah/masa Aktiviti catatan

1 Istiadat naik bendera Pemimpin /

-menaikkan bendera dan menyanyikan Kumpulan bertugas

15 minit lagu kebangsaan

-Pemeriksaan kebersihan diri/pakaian

-Pemeriksaan kehadiran

2 Kawad kaki Dipecahkan mengikut


patrol untuk
- bentuk tiga barisan memudahkan
pemantauan
30 minit - pusing kebelakang ketika berjalan

- Hormat kekanan ketika berjalan

- Formasi

Modul Pengakap Page 4


3 Pertolongan Cemas : Mengikut patrol

45 minit - ikatan kecemasan

- ikatan anduh

- ikatan patah kaki

- ikatan patah bahu

4 Permainan kecil Dalam bentuk ladam


kuda. Permainan
20 minit - Apa saja permainan kecil yang ada secara patrol.
dalam sukatan pengakap

5 Penutup

10 minit - Istiadat menurunkan bendera

- pemeriksaan barisan

- keluar baris

LENCANA PENGAKAP

Modul Pengakap Page 5


Berpandukan satu unit keahlian, seseorang itu haruslah lulus ujian keahlian sebelum layak
memakai lencana lain. Ujian tersebut adalah salah satu kelayakan untuk menjadi seprang ahli
pengakap. Ujian terhadap pemakaian uniform, mengetahui perseriaan pengakap, undang-
undang pengakap, hormat pengakap, sejarah pengakap dan asan ikatan iaitu ikatan Buku Sila.

Untuk pengkap kanak-kanak, seseorang itu boleh menerima lencana Keris Gangsa (Bronze
Dagger), lencana Keris Perak (Silver Dagger) dan lencana Keris Emas (Gold Dagger). Keris
adalah senjata tradisional orang melayu. Seseorang ahli pengakap kanak-kanak haruslah lulus
ujian setiap peringkat lencana tersebut untuk melayakkan diri memakai lencana seterusnya.

Untuk Pengakap Muda, seseorang itu boleh menerima lencana Usaha (perngkat ketiga),
lencana Maju (peringkat kedua) dan lencana Jaya(peringkat utama). Seseorang ahli pengakap
muda haruslah lulus ujian setiap peringkat lencana tersebut untuk melayakkan diri memakai
lencana seterusnya. Juga boleh memakai lapan lencana merit; dua untuk hobi, tiga untuk
pengetahuan , dan tiga lagi untuk perkhidmatan. Setelah menepati syarat-syarat berkenaan ahli
pengakap muda tersebut layak untuk menerima Rambu Pengakap Muda (Junior Scout
Lanyard) yang
berwarna hijau.

Modul Pengakap Page 6


Untuk Pengakap Remaja, boleh menerima lencana Jaya Diri (Independence), lencana
Kemahiran (Skills), lencana Kegiatan (Activities), lencana Ekspedisi (Expedition) dan lencana
Perkhidmatan (Service). Sekali lagi, setelah menepati syarat-syarat berkenaan ahli pengakap
remaja tersebut layak untuk menerima Rambu Pengakap Remaja (Senior Scout Lanyard) yang
berwarna kuning keemasan.

Setelah mendapat Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, ahli pengakap
tersebut layak untuk menjadi Pengakap raja (King Scout). Calon yang layak perlu menghantar
borang pemohonan kepada Pesuruhjaya Daerah bersama buku log dan sijil-sijil lencana. Calon
tersebut akan disenaraikan untuk menjalani Ujian Sikap Pengkap Raja (King Scout Code of
Conduct Examination) yang terdiri dari 5 komponen iaitu Tanggungjawab (Responsibility),
Pengembaraan (Expedition), Perkhidmatan Masyarakat (Community Service), Kegiatan
(Activity), dan Berdikari (Independence). Ujian ini diadakan semasa perkhemahan (3 hari 2

Modul Pengakap Page 7


malam) dianjurkan oleh daerah atau negeri atau sebahagian daripada pengembaraan (5 hari 4
malam). Oleh itu, kesemua 5 komponen yang dikehendaki akan selesai.
Setelah calon lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, calon tersebut layak untuk ke Pentarafan
Pengakap Raja (King Scout Standardization Camp), selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan
oleh Lembaga Pentarafan Pengakap Raja(State King Scout Standardizers).

Modul Pengakap Page 8


Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani


1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
    -  Simpul Himpit
    -  Simpul Pulih
    -  Bunga Geti Ganda
    -  Lilit Balak
    -  Lilit Taut-line
    -  Ikat Seraya
    -  Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat


1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Bendera Malaysia Dan Negeri

Modul Pengakap Page 9


 Bendera Malaysia 

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang
dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan
kerajaan persekutuan.

1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur
merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini
mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu.

                                             

 Bendera Negeri

Menyatakan Maksud Bendera Negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

Modul Pengakap Page 10


Persertiaan Pengakap dan Hormat (salute)

Persetiaan Pengakap adalah

1. Pengakap ialah seorang yang boleh dipercayai.


2. Pengakap ialah seorang yang taat kepada tuhan, raja dan negara.
3. Pengakap hendaklah menjadikan dirinya berguna pada setiap masa.
4. Pengakap ialah saudara kepada semua pegakap lain tidak kira negara, bangsa dan agama.
5. Pengakap ialah seorang baik budi pekertinya.
6. Pengakap hendaklah kasih kepada binatang.
7. Pengakap hendaklah menurut perintah ibubapa, ketua dan pemimpin tanpa banyak soal
selagi ianya tidak menyalahi etika dan undang-undang.
8. Pengakap ialah sorang yang tabah hatinya dalam memenpuhi cabaran hidup..
9. Pengakap ialah seorang yang berjimat-cermat.
10. Pengakap hendaklah suci fikirannya, suci perkataannya dan suci perbuatannya.

Persetiaan Pengakap

Untuk melakukan hormat pengakap, tiga jari ditengah tangan kanan dinaikkan, dan diselindung
oleh ibu jari dan jari kelenking. Dengan tangan kanan menegak dan dalam posisi mendada
(berdiri tegak). Tiga jari mewakili Persetiaan pengakap manakala jari kelenking dan ibu jari
membawa maksud yang kuat membantu yang lemah, pemimpin memimpin anggotanya. Tanda
pengakap digunakan untuk upacara persetiaan pengakap.
(untuk melakukan hormat pengakap, tanda pengakap dipindahkan ke kening muka)

Modul Pengakap Page 11


Penapakan Pergerakan Pengakap Di malaysia

Pengakap pertama kalinya diperkenalkan di Singapura pada tahun 1908, tetapi secara
rasminya ditubuhkan pada 2 Julai 1910, semasa Frank Cooper Sands tiba di Singapura dari
Nottingham dan menubuhkan dua kumpulan pengakap kanak-kanak di Singapura untuk anak-
anak pegawai British disana. Bermula disini, pergerakan pengakap diperluaskan ke seluruh
pelusuk Tanah melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Sands meluangkan masa selama
40 tahun mambantu menubuhkan pegerakan pengakap di wilayah ini, dan dikenali sebagai
"Bapa Pengakap Malaya".

Pada 1974, Datuk Syed Hashim bin Abdullah telah dianugerahkan Bronze Wolf (Serigala), satu-
satunya anugerah Organisasi Pegerakan Pengakap Dunia (WOSM), dianugerahkan oleh
Kumpulan Pengakap Dunia(World Scout Committee) untuk penerimaan perkhidmatan dalam
dunia pengakap. Penerima lain termasuk Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohd Yassin pada 1983.

Pengasas Pengakap Di Malaysia


Tarikh, Negeri dan Pengasas Pergerakan Pengakap Di Malaysia

1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.


1915 - Penang, oleh H.R. Cheeseman di Penang Free School·
1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif sejak tahun
1930)
1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.
1926 - Perak, oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar.·
1926 - Melaka, oleh R. Brunstone di Melaka.·
1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith.
1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar.
1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle.
1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong.
1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman in the English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
Pahang - G.M. Laidlow di Pekan, restored in 1927 by H.P. Hertslet.
Dicatat oleh shutDRUM di 21:32 0 ulasan
Label: Penapakan Pergerakan Pengakap Di malaysia

Modul Pengakap Page 12


Persekutuan Pengakap Malaysia

Adalah sebuah organisasi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur diantara 10-17
tahun di Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah sebahagian daripada
pergerakan pengakap global merupakan ahli Organisasi Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM).
Hanyalah satu-satunya badan beruniform yang telah ditubuhkan dan secara rasminya diperakui
dibawah Akta Palimen menerusi Persekutuan Pengakap Malaysia (Bukan Korporat) Akta 1968.

Modul Pengakap Page 13


LAGU-LAGU PENGAKAP

Lagu Rasmi Pengakap

Kami Pengakap Malaysia


Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda


Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa


Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita


Pengakap, Pengakap Malaysia

ANGKAT GELEK

ANGKAT TANGAN KANAN GELEK,GELEK,GELEK


JATUH TANGAN KANAN DUDUK DIAM-DIAM
ANGKAT TANGAN KIRI GELEK,GELEK,GELEK
JATUH TANGAN KIRI DUDUK DIAM-DIAM
 
ANGKAT BAHU KANAN GELEK,GELEK,GELEK
JATUH BAHU KANAN DUDUK DIAM-DIAM
ANGKAT BAHU KIRI GELEK,GELEK,GELEK
JATUH BAHU KIRI DUDUK DIAM-DIAM
 
ANGKAT PUNGGUNG KANAN GELEK,GELEK,GELEK
JATUH PUNGGUNG KANAN DUDUK DIAM-DIAM
ANGKAT PUNGGUNG KIRI GELEK,GELEK,GELEK
JATUH PUNGGUNG KIRI DUDUK DIAM-DIAM
 
ANGKAT KAKI KANAN GELEK,GELEK,GELEK
JATUH KAKI KANAN DUDUK DIAM-DIAM
ANGKAT KAKI KIRI GELEK,GELEK,GELEK
JATUH KAKI KIRI DUDUK DIAM-DIAM

Modul Pengakap Page 14


AIR PASANG DALAM

AIR PASANG MALAM


SURUT PUKUL LIMA
NYONYA BANGUN PAGI
 SIRAM POKOK BUNGA
 
POKOK BUNGA MELUR
TANAM TEPI KOLAM
ITIK BERTELUR
AYAM MENGERAM
 
(ulang sekali lagi)
 

API SUDAH NYALA

API SUDAH NYALA


KITA SUKA HATI
MARILAH RAMAI - RAMAI
MENYANYI (MENYANYI)
MENARI(MENARI)
* ULANG 2X SEMUA
 

 APUSE 

APUSE KO KUN DAO


YARABE SORON DOVEVEI
OF LENSO,BENI NEMO, BENI FASE 
OF LENSO,BENI NEMO, BENI FASE
ARAFABEI
AUSWA RAK WA
ARAFABEI
AUSWA RAK WA 
 
SELAMAT TINGGAL KAWAN
KITAKAN BERJUMPA LAGI
SELAMAT  KU DOAKAN ENGKAU PERGI
SELAMAT  KU DOAKAN ENGKAU PERGI
SELAMAT JALAN
JUMPA LAGI
SELAMAT JALAN
JUMPA LAGI
 

Modul Pengakap Page 15


APA GUNA KELUH KESAH

APA GUNA KELUH KESAH


APA GUNA KELUH KESAH
KITA SEMUA TAK PERNAH BERSUSAH
APA GUNA KELUH KESAH
 
THERE IS NO REASON TO BE SAD
THERE IS NO REASON TO BE SAD
WE ARE ALWAYS HAPPY TOGETHER
THERE IS NO REASON TO BE SAD
 

 Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Modul Pengakap Page 16


Protokol Menaikkan Bendera

2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:

1) menaikkan bendera sambil menyanyi

2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.

Antara peraturan-peraturannya ialah:

a)      Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,

b)      Satu bendera seorang pengakap.

c)      Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.

d)      Mengikut kedudukan bendera.

e)      Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang
pada tali.

f)        Pengakap berbaris dalam patrol.

g)      Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.

h)      Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu
kebangsaan secara serentak.

Kedudukan Bendera

1)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)

2)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)

3)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.

(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)

4)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.

(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)

Modul Pengakap Page 17


Orang Kenamaan

1) DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni
AlMarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

2) DYMM raja permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah

3) Menghafal dan menyatakan nama ketua negeri sendiri kepada penguji untuk lulus.

4) Menghafal dan menyatakan nama penuh menteri besar/ketua menteri negeri sendiri untuk
lulus.

Modul Pengakap Page 18


PERATURAN KAWAD

Asas Perbarisan

1)      Masuk Baris

-         Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.

-         Semua ahli pengakap masuk baris.

2)      Sedia

-         Berdiri tegak.

-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3)      Senang Diri

-         Bukakan kaki kiri ke kiri.

-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.

-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

4)      Rehatkan Diri

-         Seperti senang diri.

-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.

-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.

-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan


kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh
kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.

-         Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap


di kanan dan memandang ke muka pengakap di kanan.

-         Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang
berada di belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari
dengan pengakap lain.

-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.

6)      Ke kanan/ kiri Pusing

-         Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.

Modul Pengakap Page 19


-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam
kedudukan sedia.

7)      Kebelakang pusing

-         Seperti dengan ke kanan pusing.

-         Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

8)      Buka Barisan

-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.

-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9)      Tutp barisan

-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.

-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10)  Langkah Ke Sebelah

-         Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.

-         Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke


kanan/ kiri.

11)  Paras

-         a) Paras ahli tinggi di tengah

-         b) Paras ahli rendah di tengah

-         c) Paras ahli tinggi di kiri

-         d) paras ahli tinggi di kanan

-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :

# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras

# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )

# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)

                        # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)

                        # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)

                        # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke

Modul Pengakap Page 20


kiri, barisan genap dan ganjil… paras.

                        # Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

12)  keluar Baris

-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.

-         Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan


kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.

13)  Bersurai

-         Sama seperti keluar baris.

-         Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya
pada hari itu.

Kawat Tongkat

1)      Rehatkan Diri

          -     Seperti dengan sedia.

          -     Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.

                 *Kedudukan tangan rendah daripada bahu.

2)      Senang Diri

          -     Seperti dengan rehatkan diri.

          -     Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3)      Sedia

-     Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. -        
Tongkat dipegang menggunakan tangan kanan dengan keadaan ibu jari  supaya
mencengkam tongkat dan luruskan siku.

-     Tapak tongkat berada di atas tanah.

4)      Baring tongkat

-         Pengakap turunkan tubuh secara menegak.

-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.

-         lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

Modul Pengakap Page 21


-         Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.

5)      Angkat Tongkat

-         turunkan tubuh secara menegak.

-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.

-         lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.

-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.

-         Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan
sedia.

6)      Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat

-         Dlam keadaan sedia.

-         Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan
kiri.

-         Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90° tanpa
mengangkat pangkal tongkat.

-         Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.

7)      Hormat dengan Tongkat

-         Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan mencecah tongkat untuk
memberi hormat.

Modul Pengakap Page 22


CONTOH AKTIVITI PENGAKAP

Halangan Komando

crawl

3)      Melalui tali goyang

4)      Malalui titi komando

5)      Memanjat tembok

6)      Memanjat pokok

7)      Memanjat Tali

8)      Bergayut tali

9)      Memanjat tangga

10)  Menyusupi halangan tayar di atas tanah

11)  Menyusupi halangan tayar yang di gantung

12)  Berjalan di atas benteng kayu

13)  Memanjat jaring

Melipat Dan Mengibar Bendera

1)    Ketua & penolong ketua patrol


bertugas perlu melipat bendera Malaysia
pada pagi semasa perkhemahan.

2)    Hanya 2 orang sahaja yang perlu


melipat bendera.

3)    Ikat bendera pada tali tiang bendera


dan memastikan bendera kemas dan
tidak terbalik.

4)   “Merujuk gambar.”

     

Memilih Tapak Perkhemahan

1)      Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak mempunyai batu-
batan, lubang-lubang, dll.

Modul Pengakap Page 23


2)      Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang semut/ lain-lain serangga.

3)      Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. ( Pintu )

4)      Tentukan arah angin. Mendirikan khemah ke arah angin.

5)      Tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua.

6)      Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya
seluas dua orang berjalan bersaingan.

7)      Tidak mendirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renik kerana
tempat tersebut mungkin terdapat binatang berbisa atau ular.

     

Keperluan Peribadi Berkhemah

1)      Pakaian Seragam Pengakap

2)      Pakaian Lain ( T-shirt, seluar, seluar dalam, dll. )

3)      Tikar

4)      Peralatan ibadat

5)      Pisau kecil, parang, dll.

6)      lampu picit

7)      Alat kegunaan makan ( pinggan, sudu, dll. )

8)      Minyak rambut, cermin bedak, dll.

9)      Bekalan Makanan yang cukup.

10)  Bantal, Kain selimut

11)  Duit yang cukup ( tidak membawa duit yang terlalu banyak )

12)  Alat tulis

13)  Lain-lain keperlyuan jika perlu.

Alat Pertolongan Cemas Peribadi

1)      Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)

2)      Kapas, penyepit, gunting, dll.

3)      Minyak angin ( sakit perut )

Modul Pengakap Page 24


4)      Denttol ( Pembasuh Luka )

5)      Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )

6)      Krim antisan ( gigitan serangga )

7)      Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )

8)      Optone ( sakit mata )

9)      Burnol ( terbakar )

10)  Vicks ( sakit tengkuk selesema )

Menghidupkan Api

     Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda
(OXFORD FAJAR)

Modul Pengakap Page 25


Isyarat Tangan Pengakap

Modul Pengakap Page 26


KOMPAS

Arah Mata Angin Dan Menggunakan Kompas

 Arah Mata Angin    

N : Utara NNE : Utara Utara  SSW : Selatan


Timur Selatan 
E : Timur ooooooBarat
NE  : Timur Laut
S : Selatan   SW  : Barat Daya
ENE : Timur Utara
W : Barat Timur   WSW : Barat
Selatan 
ESE : Timur Selatan opooooBarat
oooooTimur
  WNW : Barat Utara
SE  : Tenggara oooooooBarat

SSE : Selatan Selatan   NW  : Barat Laut


ooooo ooooTimur
  NNW : Utara Utara
ooooooBarat

 Cara Menggunakan Kompas

 Kompas Silva

Perkara yang mesti diperhatikan semasa menggunakan :

1) Sentiasa memeriksa bearing kompas ( arah yang hendak dituju )

Modul Pengakap Page 27


2) Jika boleh, bawalah alat altimeter untuk mengukur ketinggian dari aras laut.

3) Tentukan sesuatu objek (pokok besar, batu besar, dll ) di hadapan sebagai tanda.

Isyarat Sulit Pengakap

Modul Pengakap Page 28


               Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap
Muda

Modul Pengakap Page 29


PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN

Modul Latihan Pertolongan Cemas dan Pemulihan Kardio Pulmonari (CPR) ini adalah sebuah
manual mengenai panduan asas pertolongan cemas yang boleh digunakan oleh Pegawai dan
anggota Kadet Remaja Sekolah bagi memenuhi keperluan sukatan latihan Kadet Remaja
Sekolah.

KANDUNGAN SUKATAN
Tahap 1
A. Prinsip dan asas pertolongan cemas
i. Antara prinsip dan asas pertolongan cemas ialah
a. Kesaksamaan
Tiada diskriminasi melibatkan bangsa , agama dan jantina
semasa memberi bantuan
b. Berkecuali
Tidak menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik
dan ideologi dan sebagainya
c. Sukarela
Bantuan diberi secara sukarela
d. Berkeyakinan
Sentiasa tenang dan yakin semasa memberi bantuan
e. Cepat dan tangkas
Sentiasa bersedia dan pantas bertindak
iii Matlamat pertolongan cemas
a. Untuk menyelamatkan nyawa
b. Meminimumkan kesan-kesan kecederaan
c. Menggalakkan pemulihan

Modul Pengakap Page 30


iv. Peralatan asas pertolongan cemas

Modul Pengakap Page 31


v. Panduan tindakan pada kecemasan
a. Menilai situasi kecemasan
i. menilai dengan pantas dan tenang
ii. Lihat bahaya lain terhadap diri dan
mangsa kecederaan
iii. jangan letakkan diri anda dalam sebarang risiko
b. Mempastikan kawasan kecemasan selamat
i. Lindungi mangsa daripada bahaya
ii. Jangan bertindak melebihi kemampuan
anda
c. Menentukan semua kecedaraaan dan memberi
pertolongan cemas
i. menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan
keutamaan rawatan
d. Meminta bantuan
i. Segera meminta bantuan pakar seperti Hospital,
Bomba dan Penyalemat , JPA 3 ,Polis dan
sebagainya.

A. Pembebatan dan pembalutan

Fungsi pembebatan
i. mengawal dan mencegah pendarahan
ii. melindungi luka dan mencegah jangkitan

Fungsi pembalut
i. mengekalkan tekanan tepat keatas pembebat
ii. Memegang pembebat dan penganduh pada tempatnya
iii. Menghadkan bengkak
iv. Membekalkan sokongan keatas anggotau sendi
v. Menyekat pergerakkan

Modul Pengakap Page 32


Cara membebat luka

i. Menggunakan pembebat bergulung

Langkah 1

Letakkan ekor pembalut di


bawah tempat kecederaan.
Mulakan lilitan dari bahagian
bawah anggota. Buat dua
lilitan lurus dengan kepala
pembalut

Langkah 2

Buat beberapa lilitan pada


anggota. Setiap lilitan
hendaklah menutup antara
1/2 dan 2/3 lapisan di bawah.

Langkah 3

Selesaikan pembalutan
dengan satu lilitan lurus dan
semat pada hujungnya.

Langkah 4

Periksa peredaran darah


pada anggota yang tercedera.
Jika terlalu ketat longgarkan

Modul Pengakap Page 33


ii. Pembebatan siku dan lutut

Langkah 1 & 2

Sokong lengan yang


tercedera dalam posisi
separuh bengkok.

Bawa kepala pembalut pada


atas siku ke bahagian atas
lengan dan buat satu lilitan
dengan menutup1/2 lapisan
pertama pembalut

Langkah 3 & 4

Bawa kepala pembalut ke


bawah siku pada sendi dan
lilit satu kali di sekeliling
bahagian bawah lengan
dengan menutup ½ daripada
lilitan lurus yang pertama.

Langkah 5

Teruskan lilitan pembalut


yang berselang -seli dengan
penutup hanya ½ dan 2/3
lapisan lilitan yang dibawah

(Jangan balut terlalu ketat


kerana ini akan menghalang
peredaran darah)

Modul Pengakap Page 34


Langkah 6 & 7

Buat dua lilitan lurus untuk


menyudahkan pembalutan
dan kemaskan hujungnya

Periksa peredaran darah

iii. Pembebatan Tangan dan Kaki

Langkah 1

Sokong lengan mangsa.


Letakkan ekor pembalut pada
bahagian bawah pergelangan
tangan dan buat dua lilitan
lurus.

Langkah 2 & 3

Bawa pembalut melintang pada


belakang tangan mangsa supaya
bahagian tepi bertemu pada pangkal
kuku jari kelingking

Bawa pembalut ke bawah dan lilit


disekeliling jari telunjuk supaya
bahagian tepi berada pada pangkal
kuku jari telunjuk

Modul Pengakap Page 35


Langkah 4 & 5
Bawa pembalut melintang
belakang tangan ke arah
pergelangan tangan dan dan
lilit di sekeliling tangan

Lilit pembalut secara berulang


dengan menutup ¾ daripada
lapisan lilitan yang dibawah.
Lilit dariparah pergelangan
tangan dengan membiarkan
ibu jari terdedah

Langkah 6 & 7

Apabila keseluruhan taangan


sudah dibalut, buat dua lilitan
lurus pada pergelangan
tangan dan kemaskan
pembalutan.

Periksa peredaran darah


pada tangan jangan terlalu

Modul Pengakap Page 36


Cara membalut

i. Pembalutan segitiga

i. Pembalut jenis ini dijual satu-satu dalam bungkusan steril.


ii. Pembalut ini juga boleh dibuat sendiri dengan memotong dan melipat satu meter
persegi kain jenis linen atau clico.

puncak

hujung
hujung

tapak

Modul Pengakap Page 37


puncak

hujung
Lipat sekali

Lipat kedua (Pembalut Lebar)

Lipat ketiga (Pembalut lipatan panjang /tirus)

ii. Pelapik cincin (ring pad)

Gulung kain pembalut tiga segi di keliling jari kita anggaran tiga lilitan /gulungan
.Kemudian ambillah hujung yang satu lagi dan mulalah lilitan pada gulungan tersebut

Modul Pengakap Page 38


Apabila telah tamat selitkan hujung pembalut tadi kepada lilitan yang telah dibuat.

iii. Pembalut kepala

Langkah 1

Letakkan asas pembalut di


tengah-tengah dahi mangsa
supaya ia terletak di atas
kening. Biarkan hujung
pembalut terjuntai di belakang
bahu.

Langkah 2

Bawa kedua-dua hujung


pembalut di sekeliling kepala
pada belakang telinga.
Silangkan kedua-dua hujung
pada titik pertemuanpembalut
pada tengkuk

Modul Pengakap Page 39


Langkah 3

Bawa kedua-dua hujung


pembalut ke depan dan ikat di
tengah-tengah dahi dengan
simpulan buku sila

Langkah 4

Teguhkan kepala mangsa dan


tarik titik pembalut untuk
mengetatkan lilitan dan
memperkemaskan pembalutan
atas kepala kemudian di semat
dengan pin

iv. Simpulan buku sila

Anda hendaklah sentiasa menggunakan simpulan buku sila apabila mengikat pembalut.
Simpulan ini akan dirasakan selesa oleh mangsa dan ia tidak mudah ”melorot” serta ikatan
senang dibuka

Langkah 1 , 2 & 3

Lalukan hujung tali kiri di Bawa kedua-dua hujung tali Lalukan kedua-dua hujung tali
atas tali kanan dan keatas kanan ke atas tali kiri dan
kebawah kebawah

Modul Pengakap Page 40


Langkah 4 , 5 & 6

Tarik hujung tali dengan Untuk membuka simpulan Dengan memegang


teguh. Ini akan buku sila. Tarik salah satu simpulan, tarik lurus
mengetatkan ikatan dan hujung talidan satu hujung tali menerusi
membentuk simpulan bahagian pembalut simpulan dan keluarkan

v. Pembalut tangan dan kaki

1.Lipatkan satu kelepet pada 2.Balutkan kedua hujung pembalut di


asas pembalut. Letakkan sekeliling pergelangan tangan. Silangkan
tangan mangsa itu dengan hujung pembalut dan ikat. Tarik titik
pembebat pada atas pembalut pembalut untuk mengetatkan lilitan pada
dan bawa titik ke atas atas simpulan dan kemudian selitkan
pergelangan tangan dibawah lapisan pembalut

vi. Pelbagai Pembalut

Modul Pengakap Page 41


Modul Pengakap Page 42
Modul Pengakap Page 43
Modul Pengakap Page 44
Modul Pengakap Page 45
Modul Pengakap Page 46
Modul Pengakap Page 47
Modul Pengakap Page 48
Modul Pengakap Page 49
vii Sling

1.Letakkan pembalut antara 2.Bawalah bahagian bawah 3.Ikat satu simpula buku
lengan dan dada. Tarik hujung pembalut ke atas sila atas bahagian lekuk
salah satu hujung pembalut lengan mangsa untuk tulang selangka di
ke belakang atas tengkuk bertemu dengan satu lagi bahagian anggota yang
ke arah anggota yang hujung pembalut pada atas tercedera dan selitkan
tercedera bahu hujung pembalut di bawah
simpulan

4.Untuk meneguhkan titik 5.Periksa peredaran darah


ikatan bawalah ia ke depan. pada anggota yang tercedera.
Selitkan sebarang pembalut Jika peredaran darah tersekat
yang longgar dan ketatkan di buka sling dan longgarkan
atas siku dengan pin lilitan pembalut
penyelamat

Modul Pengakap Page 50


vii. Sling pengangkat

1.Letakkan lengan pada 2.Bentangkan pembalut 3.Mintalah mangsa supaya


bahagian anggota yang ke atas lengan mangsa melepaskan tangannya
tercedera di atas dada. dengan satu hujung dengan menopang
Hujung jari hendaklah terletak di atas bahu. Titik lengannya , selitkan asas
menyentuh bahu sebelah. pembalut hendaklah di pembalut di bawah lengan
bawah siku anggota yang dan dibelakang siku.
tercedera

4.Bawa bahagian hujung


pembalut merintangi belakang
mangsa untuk bertemu dengan
hujung pembalut yang satu lagi
pada atas bahu

5.katkan dengan simpulan buku


sila pada atas tulang selangka.
Selitkan hujung ikatan di bawah
simpulan

Modul Pengakap Page 51


6.Lipat ke depan titik pembalut
dan ketatkan sebarang lapisan
atau lilitan yang longgar dengan
pin penyemat.

C. Pengangkutan dan pengusungan

i. Kaedah mengangkat dan menyusun


Kaedah yang anda ilih untuk memindahkan seseorang mangsa kecederaan daripada
bahaya bergantung di atas keadaan kecemasan ,keadaan mangsa itu dan samaada
terdapat seseorang lain untuk membantu anda.

Dalam keadaan yang kurang memuaskan contohnya untuk memberi perlindungan


kepada mangsa kecederaan sementara menunggu bantuan perubatan tiba , satu
pendekatan yang lebih terancang bagi mengangkat dengan menggunakan pengusung
boleh dilaksanakan.

a. Jangan cuba mengalihkan seseorang mangsa kecederaan parah kecuali


keadaan mengancamnyawanya

b. Jangan membuat andaian bahawa seseorang mangsa kecederaan boleh duduk


atau berdiri tanpa sokongan

c. Jangan mengalihkan mangsa seorang diri tanpa bantuan orang lain

d. Nilai keupayaan pembantu-pembantu anda berhubung tugas untuk mengangkat


mangsa itu

e. Pastikan semua orang yang terlibat faham apa yang harus dilakukan.

PEMBAWA DAN PENGANGKAT BAGI SATU DAN DUA PEMBERI


PERTOLONGAN CEMAS

Keadaan Mangsa Seorang Pemberi Dua Orang Pemberi


Kecederaan Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas

Sedar boleh berjalan Usung menopang Usung menopang

Modul Pengakap Page 52


Sedar , tidak boleh Usungan mengendong Usungan kerusi
berjalan (untuk mangsa yang
ringan)

Kaedah usungan menarik Usungan di luan dan


tidak sesuai kerana boleh buritan(Bukan untuk
menyebabkan kecederaan kecederaan lengan)
leher dan kepala

Tidak sedarkan diri Kaedah mengendong Usungan di luan dan


(hanya untuk mangsa yang buritan
ringan.

Kaedah menarik

ii. Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah Menopang

Kaedah Mendukung

Modul Pengakap Page 53


Kaedah Mengheret atau Menarik

Kaedah Menggendong

iii. Usungan Bagi Dua Orang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah duduk dua tangan

Modul Pengakap Page 54


Kaedah diluan dan buritan

Modul Pengakap Page 55


iv. Usungan Kerusi Roda

v. Pengusung (Strecer)

Pengusung digunakan untuk mengangkat dan mengusung mangsa kecederaan ke


dalam ambulans atau ke tempat perlindungan

Prinsip-prinsip menggunakan pengusung

 Periksa pengusung untuk memastikan tiada tanda-tanda kerosakan


 Hendaklah sentiasa menguji pengusung untuk memastikan ia boleh menahan
berat mangsa kecederaan

Modul Pengakap Page 56


 Apabila menggunakan pengusung anda hendaklah menerangkan kepada
mangsa apa yang telah berlaku
 Hendaklah sentiasa mengikat mangsa yang tidak sedarkan diri pada pengusung

Jenis pengusung

a. Pengusung Furley
b. Pengusung Utila

Modul Pengakap Page 57


c. Pengusung Kanvas /Kain/Baju dan batang kayu/buluh

Modul Pengakap Page 58


PERNAFASAN DAN ASFIKSIA

Pernafasan merupakan proses pertukaran udara dari luar ke dalam badan. Udara dari
luar masuk melalui hidung atau mulut, ke kerongkong dan sehingga ke paru-paru. Oksigen
yang berada di udara diserap oleh rerambut darah yang terdapat dalam paru-paru. Kadang-kala
pernafasan seseorang akan terhenti. Ini boleh menyebabkan bekalan udara atau oksigen dalam
darah berkurangan. Keadaan ini disebut ASFIKSIA. Di antara tanda-tanda berlakunya gejala
tersebut ialah pernafasan yang kencang, pernafasan dalam, mulut berbuih dan pernafasan
terhenti.

Punca

a. Lemas yang disebabkan oleh gas, asap, air dan sebagainya.


b. Saluran udara terhimpit
c. Saluran pernafasan tersumbat

Modul Pengakap Page 59


d. Terhimpit dada
e. Terganggu saraf yang mengawal pernafasan
f. Penyakit kronik seperti sakit jantung dan paru-paru.

Rawatan

i. Periksa pernafasan pesakit dengan cara mendekatkan telinga ke mulut pesakit


dan lihat dada dan abdomen pesakit.
ii. Sekiranya pesakit bernafas, kita dapat mendengar pernafasannya atau melihat
pergerakkan dada dan abdomen. Jika pesakit tidak bernafas sebarang tanda
tiada kelihatan.
iii. Jika pernafasan terhenti pulihkan pernafasan mangsa dengan kaedah pemulihan
pernafasan seperti Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) iaitu teknif pernafasan
dengan cara menghembuskan udara ke mulut pesakit beberapa kali atau
Kaedah Holger Nielson (Maklumat lanjut boleh di rujuk dalam Tahap 3).

C. KECEDERAAN TERBAKAR

Terbakar boleh disebabkan oleh api, cecair panas, wap, bahan-bahan kimia dan
sumber-sumber panas yang lain.

i. Pengelasan terbakar
Terbakar boleh dikelaskan mengikut kedalaman kerosakan kepada tisu iaitu:

Darjah pertama

Melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit Nampak kemerahan, dan rasa
sakit yang amat sangat.

Darjah kedua

Lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna kemerahan
gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit.

Darjah ketiga

Modul Pengakap Page 60


Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit terbakar hitam dan putih kering. Pesakit
rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak.

Rawatan

i. Jika mangsa kebakaranmengalami kecederaan yang teruk pada anggota


badannya, baringkan mangsa tersebut dengan mempastikan bahagian
anggota yang terbakar itu tidak kena pada tempat ia berbaring.
ii. Elakan ia daripada memberi makan dan minum jika mangsa tersebut
mengalami kecederaan parah.
iii. Jika mangsa mengalami kecederaan ringan, bahagian yang terbakar itu
hendaklah disejukkan di bawah aliran air selama 15 hingga 20 minit.
iv. Pakaian yang terlalu ketat hendaklah ditanggalkan pada bahagian
kecederaan tersebut termasuklah segala barang perhiasan yang dipakai.
v. Hantar segera mangsa tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.
D. KERACUNAN

Definisi

Racun adalah bahan yang sangat merbahaya yang disalahgunakan. Jika seseorang
itu terminum atau termakan benda-benda yang beracun, ia mun

gkin boleh menyebabkan maut. Racun memasuki tubuh melalui suntikan, mulut dan
melalui pernafasan.

Modul Pengakap Page 61


Kaedah rawatan

i. Berikan pesakit minum air dengan banyak dan sebaiknya berilah ia


minum air susu, air barli atau telur mentah yang dibancuh dengan air.
ii. Jika boleh, minta pesakit lakukan sesuatu supaya muntah.
iii Jika terdapat tanda-tanda pernafasannya berhenti, berilah rawatan
pernafasan.

iv Hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk rawatan


sepenuhnya.

E. GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA

Modul Pengakap Page 62


i. Gigitan ular

Kecederaan yang diakibatkan oleh patukan ular yang berbisa boleh


menyebabkan maut. Tanda-tanda seseorang yang dipatuk ular:

 Bengkak, kesan lebam dan berdarah pada bahagian yang dipatuk


 Terdapat kesan gigitan pada bahagian yang terlibat
 Badan rasa kesejukan dan menggigil
 Adakalanya mangsa pengsan

Kaedah Rawatan

a. Balut atau ikat dengan seberapa segera anggota yang dipatuk ular itu.
Ikatan janganlah terlalu kuat. [Catatan: Bisa ular tidak dapat meresap
dengan banyak kebahagan anggota yang lain jika bahagian tersebut
diikat dengan sempurna]
b. Jika pernafasan lemah cuba berikan bantuan pernafasan dengan
seberapa segera.
c. Jangan cuba basuh bahagian yang terkena patukan ular. Ini adalah untuk
memudahkan doctor mengesan jenis ular yang terbabit.
d. Segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Jika
ular yang mematuk dapat dipukul, bawanya bersama-sama mangsa.

Peringatan:

a. Jangan sekali-kali cuba memotong atau menghiris bahagian yang


dipatuk ular.
b. Jangan sekali-kali cuba menghisap bisa daripada anggota badan yang
terlibat, lebih-lebih lagi jika gigi atau mulut anda yang memberi
pertolongan luka atau berdarah.
ii. Sengatan tebuan, kala, lipan dan lebah

Sengatan binatang seperti tebuan, lebah, kala dan lipan akan menyebabkan rasa
sakit dan perit diikuti dengan bengkak dan rasa pedih. Bagi mangsa yang alah

Modul Pengakap Page 63


pada bisa sengatan, ia akan cepat merebak dan keadaan mangsa akan menjadi
bertambah serius atau mengalami renjatan anaphylactic.

Kaedah Rawatan

a. Bagi gigitan di kulit, buang semua sengat kalau masih terlekat pada kulit
dengan menggunakan penyepit. Tuam kulit tersebut dengan tekanan
yang sejuk untuk mengurangkan bengkak

b. Bagi gigitan dalam mulut, berikan mangsa seketul air batu untuk dihisap
dan hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

F. PENDARAHAN

i. Peredaran darah

Darah manusia diedarkan oleh jantung ke seluruh bahagian tubuh. Darah


daripada paru-paru mengandungi banyak oksigen. Darah yang beroksigen ini
dihantar ke jantung, sementara darah yang kurang oksigen di hantar oleh
jantung ke paru-paru.

Modul Pengakap Page 64


Punca dan Rawatan

Pendarahan boleh dibahagikan kepada:

Pendarahan dalam

Pendarahan ini berlaku di bahagian dalam tubuh dan darah keluar


melalui rongga yang terbuka. Adakalanya darah tidak keluar dan kekal di
dalam tubuh tetapi mengakibatkan kesakitan.

Modul Pengakap Page 65


i. Pendarahan daripada hidung

Keadaan ini berlaku kerana saluran darah dalam hidung tercedera


disebabkan oleh satu tamparan, bersin atau selsema. Apabila seseorang
menghidapi selsema, salur darah dalam hidung menjadi lemah dan pada
tahap tekanan darah yang tinggi hidung akan berdarah. Cara merawat
pendarahan ini ialah mangsa disuruh duduk dengan menundukkan
kepala ke bawah sambil memicit bahagian hidung yang lembut. Minta ia
bernafas melalui mulut. Lakukan ini selama 10 minit. Mangsa
dinasihatkan supaya jangan bercakap, menelan, batuk, bersin atau
meludah. Jika masih berdarah, tuam selama 10 minit tetapi jika masih
berlarutan selama 30 minit, eloklah dapatkan rawatan yang sewajarnya.

ii. Pendarahan daripada telinga

Cara merawat pendarahan ini ialah nasihatkan mangsa duduk atau


baring dan disengetkan kepalanya supaya telinga yang berdarah berada
di sebelah bawah. Balut telinganya secara longgar dengan menggunakan
kain balutan yang bersih. Jangan cuba menekan balutan tersebut
kedalam telinga. Jika seseorang mengalami pendarahan daripada dalam
telinga, hantarkan untuk rawatan lanjut dengan segera.

Pendarahan luar

Pendarahan luar adalah pendarahan yang keluar daripada kulit atau


biasanya disebut sebagai luka. Terdapat berbagai jenis luka seperti luka
terguris, melecet, calar balar, luka kontusi(lebam), luka tercucuk dan luka
tembakan.

Modul Pengakap Page 66


Cara merawatnya ialah dengan menyucikan luka dan buang kotoran dengan
antiseptik atau air suam. Setelah membersihkan luka, lapkan sehingga kering.
Kemudian sapukan dengan iodin dan balut dengan pembalut jarring. Jika luka itu
merupakan calar sahaja, biarkan ia kering dan jika perlu tutup dengan plaster
kecil. Pendarahan pada luka tidak berhenti, tekan bahagian yang luka tersebut
supaya ia berhenti. Jika lengan atau kaki yang luka, tinggikan bahagian yang
berkenaan.

Modul Pengakap Page 67


D. PENGENALAN PEMULIHAN DAN PERNAFASAN

i. Kaedah pemulihan

Modul Pengakap Page 68


Kaedah ini dilakukan dengan plbagai cara dan teknik. Matlamat utamanya ialah untuk
memberi bantuan awal kepada mangsa yang mengalami renjatan, terhenti denyutan
nadi dan tiada pernafasan.

Modul Pengakap Page 69


Antara kaedah menyelamat yang digunakan adalah:-

EAR = Expired Air Resuction

 Cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan bantuan


pernafasan.
 Hanya diberikan sebanyak 2 kali hembusan sahaja.
 Dilakukan sekiranya mangsa tiada pernafasan tetapi ada denyutan nadi.

CPR = Cardio Pulmonary Resucitation

 Satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dan nadinya


dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada ( urut jantung ) dan
bantuan pernafasan.
 Mengikut carta pemulihan dalam CPR.
 Dilakukan apabila mangsa tiada pernafasan dan tiada denyutan nadi.

Kaedah CPR- DR ABC

D DANGER Penyelamat, Persekitaran,


Mangsa

R RESPONSE Kejutkan mangsa

Tindak balas dari mangsa

A Airways Head Tilt Chin Lift atau

Modul Pengakap Page 70


Jaw Thrust ( kaedah
mengangkat dagu untuk
membuka ruang udara
dalam mulut )

Buang benda asing

B Breathing 3 M ( mendengar, melihat


dan merasa )

2 Hembusan penyelamat

C Circulation Periksa nadi carotid atau


Brtakial

Tekanan atas dada.

Modul Pengakap Page 71


Carta Pemulihan

Peringkat Tekanan Kedalaman Kitaran Penuh Bantuan pernafasan


dan Tekanan
Hembusan

Bayi 5 nisbah 1 ½ - 1 inci 100 tekanan 1 hembusan 3 saat

20 hembusan 20 hembusan 1 minit

Kanak 5:1 1 – 1 ½ inci 100 tekanan 1 hembusan 4 saat


kanak
20 hembusan 15 hembusan 1 minit

Dewasa 15 :2 1 ½ - 2 inci 60 tekanan 1 hembusan 5 saat

8 hembusan 12 hembusan 1 minit

Situasi CPR tidak boleh dilakukan.

 Mangsa yang kaku dan kejang


 Cedera teruk di bahagian dada, leher, kepala dan muka
 Tiada kebenaran waris

Modul Pengakap Page 72


 Mangsa yang disahkan meninggal
 Bayi berumur kurang dari 3 bulan.
 Mangsa yang memakai bracelet, rantai leher DNAR ( Do Not Atemp
Resucitation.

Kaedah mulut ke mulut

Dilakukan apabila keadaan memerlukan bantuan pernafasan. Muka mangsa tidak rosak
atau boleh dilakukan apabila keadaan persekitaran dan juga punca penyakit
dikenalpasti. Sebelum melakukannya pastikan anda mempunyai sijil dan tahu kaedah
menyelamat dengan cara ini.

Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-

 Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan
memanggilnya.
 Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat mungkin
dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain memanggil
bantuan ambulan.

Modul Pengakap Page 73


 Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat
dagunya.
 Pastikan mangsa bernafas:-
1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.
2. Dengar bunyi hembusan nafas.
3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.
 Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-
1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.
2. Pastikan mulut mangsa tidak mengandungi bahan atau benda yang
menghalang pernafasan.
3. Picit hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk.
4. Buka mulut dan lekapkan mulut anda ke mulut mangsa.
5. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa dan
perhatikan dadanya naik dan turun.
6. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap
hembusan.
7. Periksa nadi mangsa.

Modul Pengakap Page 74


Kaedah mulut ke hidung

Kaedah ini dilakukan apabila mulut mangsa mengandungi bahan asing dan mungkin
mulut mangsa ada racun. Keadaan ini dilakukan dengan memberi hembusan nafas
melalui hidung mangsa.

Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-

 Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan
memanggilnya.
 Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat mungkin
dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain memanggil
bantuan ambulan.
 Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat
dagunya.
 Pastikan mangsa bernafas:-
1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.
2. Dengar bunyi hembusan nafas.
3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.
 Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-
1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.
2. Lekapkan mulut anda ke hidung mangsa.
3. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa dan
perhatikan dadanya naik dan turun.
4. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap
hembusan.
5. Periksa nadi mangsa.

Modul Pengakap Page 75


IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

Ikhtiar hidup atau ‘survival’ ialah keupayaan atau kebolehan kita untuk meneruskan hidup
dalam situasi kecemasan seperti berada di dalam hutan, di laut dan sebagainya. Situasi
kecemasan ini adalah apabila kita terputus dengan hubungan luar dan tanpa mempunyai
bekalan makanan yang cukup dan memerlukan kita berikhtiar mencari tempat berteduh dan
mencari makanan sendiri dengan menggunakan sumber alam yang ada.

Selain itu, ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha ikhtiar yang dilakukan oleh
seseorang untuk terus hidup ketika menghadapi sesuatu halangan, bencana atau ancaman.

Keupayaan dan kemampuan ikhtiar hidup atau ‘survival’ bergantung kepada persiapan
diri kita dan sumber alam. Bagi individu yang mempunyai pengalaman terhadap persekitaran
dan kemahiran ikhtiar hidup, masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah dan selamat.

Modul Pengakap Page 76


TUJUAN

1. Mendapat pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di bukit, di
gunung dan rimba.
2. Memperoleh pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari makanan,
perlindungan dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.
4. Membina keyakinan diri untuk hidup
5. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati
keindahannya.
6. Mencari dan menggunakan alam semulajadi sebagai makanan untuk terus hidup.
7. Bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi merbahaya.

PELAKSANAAN/ AKTIVITI

Cadangan Aktiviti Ikhtiar Hidup Semasa Perkhemahan.

Konsep dan Kaedah

a. Peserta akan dipecahkan kepada 4 atau 5 orang dalam satu-satu kumpulan.


b. Setiap kumpulan akan dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan di dalam hutan dan
ditinggalkan;
c. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan keperluan bahan makanan mentah yang
minimum di samping tiga puntung mancis.
d. Peserta digalakkan untuk mencari sumber makanan daripada alam sekitar.
e. Peserta hendaklah menyiapkan semua tugasan tersebut dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.

Modul Pengakap Page 77


Keperluan Kumpulan

 Sebilah parang
 3 puntung mancis
 Sehelai poncho
 Bahan makanan mentah (beras, telur, tepung)
 Mastin – 1
 Buluh – 1 batang

Rajah keperluan yang digunakan ketika menjalani aktiviti ikhtiar hidup.

Arahan tambahan

Anda DILARANG sama sekali :

1. Menebang pokok-pokok di sekitar kawasan penempatan;


2. Membunuh binatang liar;
3. Membakar hutan, semak dan rumput;
4. Merayau-rayau di luar kawasan penempatan seorang diri;
5. Turun ke sungai atau laut seorang diri;
6. Menegur atau hairan kepada sesuatu yang ganjil (takbur);
7. Membuat bising, mengganggu hidupan lain;
8. Membuang sampah merata-rata; dan
9. Melakukan atau melanggar peraturan yang ditetapkan.

Modul Pengakap Page 78


Langkah-langkah Am Keselamatan.

 Memakai jungle boot, seluar tebal dan baju berlengan panjang;


 Pastikan tempat perlindungan selamat dan selesa;
 Guna bahan-bahan yang dibekalan sebaik mungkin;
 Elak daripada memakan tumbuhan yang tidak dikenali; dan
 Menentukan jalan keluar semasa kecemasan.

Perkara-perkara yang perlu DIBERI PERHATIAN semasa menjalankan aktiviti ikhtiar hidup.

a) Keselamatan

 Bahaya-bahaya dari alam semulajadi seperti bentuk mukabumi, angin dan ribut
petir.
 Bahaya serangan binatang buas.
 Kegunaan tumbuhan sebagai bahan ubatan.
 Rekaganti senjata sebagai perlindungan diri.
 Penggunaan unggun api.

b) Makanan

 Mengeksploitasi sumber-sumber yang ada untuk mendapatkan makanan dan


minuman.
 Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.
 Memerhatikan makanan haiwan yang tertentu untuk memastikan makanan yang
selamat untuk dimakan.
 Simpan sumber makann yang ada untuk masa kecemasan.
c) Utamakan Keselamatan

 Percaya kepada tuhan.


 Yakin pada diri sendiri.
 Peka kepada bahaya sekeliling.
 Kurang perlakuan yang membazir.

Modul Pengakap Page 79


Panduan-panduan Khas Semasa Menjalani Aktiviti Ikhtiar Hidup

a) Memilih tapak yang sesuai untuk perlindungan rekaganti.

Perlindungan rekaganti adalah perlindungan yang perlu dibuat sendiri dengan menggunakan
sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada alam sekitar. Di antara tapak perlindungan
yang mudah dibuat ialah pokok poncor, pisang sesikat, pondok pokok tumbang dan
‘backwoodsman’.

i. Jenis atau bentuk tempat perlindungan berdasarkan tempoh masa.

ii. Keperluan untuk melindungi diri daripada hujan, panas, angin atau ancaman

binatang buas, ular atau serangga yang merbahaya.

iii. Pemilihan tapak yang sesuai:-

 berdekatan dengan sumber air


 berekatan kayu api yang mencukupi
 terdapat bahan untuk membina tempat perlindungan
 tempat yang rata, tinggi dan kering dan saliran yang baik.
iii. Gunakan alam semulajadi.

b) Mencari dan mengenalpasti sumber air.

Sebolehnya tempat berteduh atau tempat perlindungan hendaklah di tempat yang mudah
mendapatkan sumber air:

 Sumber dari tumbuhan


 Lopak-lopak air
 Perigi
 Hujan
 Tadahan embun
c) Mencari dan mengenalpasti sumber makanan

Di dalam aktiviti Ikhtiar Hidup, makanan terbahagi kepada dua kategori:-

Modul Pengakap Page 80


a. tumbuhan
b. haiwan
a. Tumbuhan

Kebanyakan tumbuhan di dalam hutan boleh dimakan. Sekiranya kita was-was kita
boleh memerhatikan monyet atau burung makan kerana apa yang mereka makan, kita juga
boleh memakannya. Anda boleh mencuba sedikit tumbuhan tersebut dengan lidah. Sekiranya
terasa pedas atau menggigit ianya beracun. Anda juga boleh menggosok tumbuhan pada
lengan, sekiranya terasa gatal elakkan daripada memakannya. Di samping itu berhati-hati
apabila berjumpa tumbuhan atau buahan yang mengandungi banyak lendir, kerana ianya juga
bahaya untuk dimakan:

 mengenalpasti tumbuhan yang boleh dimakan seperti buah, daun,ubi, umbut atau kulat.
 Mengenalpasti binatang atau hidupan yang boleh dimakan seperti burung, ikan, hidupan
laut, binatang-binatang kecil dan mengetahui cara-cara menangkapnya.
 Tahu membuat atau membina jerat asas untuk menangkap binatang.
 Tahu membuat menggunakan pancing serta sumber umpan.
I) Ciri-ciri tumbuhan yang perlu dielakkan untuk dimakan

 Rasanya pedas dan pahit


 Tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna putih
 Tumbuhan yang berwarna cerah seperti warna merah
 Rasanya menggigit lidah
 Tumbuhan banyak lendir
 Tumbuhan yang kurang pasti boleh dimakan

II) Tumbuhan yang boleh dimakan

 Pokok palma seperti nipah, rotan, rumbia dan kelapa ; mempunyai umbut dan
buah.
 Buluh yang ada rebung
 Pucuk paku
 Buah-buahan hutan seperti kepayang, cermai, tampoi, pecepak, keranji, durian
hutan, sentol, kedondong, kelubi, salak, asam paya, gemial, senangin dan binjai

Modul Pengakap Page 81


 Jenis buah ubi
 Jenis kulat

III) Mengenalpasti tumbuhan yang boleh dibuat ubat

 Tongkat ali
 Buah gorek
 Dukong anak
 Pokok bakung
 Pokok ara pulas
 Pokok halban
 Pokok selayang
 Pokok nataltik

b) Haiwan

Di sungai atau kali terdapat sumber makanan yang mudah didapati. Oleh itu, adalah
digalakkan untuk berkhemah berdekatan dengan sungai kerana haiwan-haiwan darat akan
pergi ke sungai untuk minum. Di samping itu, kehidupan yang terdapat dalam sungai juga
banyak iaitu seperti ikan dan siput sungai. Haiwan kecil mudah ditangkap seperti burung dan
tidak mengancam keselamatan manusia. Terdapat pelbagai cara untuk menangkap haiwan-
haiwan ini seperti memancing, menyumpit dan menjerat.

I) Kemahiran menghidupkan api dalam keadaan seperti hujan, angin dan lain-lain

Panduan menghidupkan api

Api adalah penting untuk :-

 Memasak
 Memanaskan badan
 Menghalau haiwan
II) Jenis-jenis kayu untuk menghidupkan api

Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan iaitu:

Modul Pengakap Page 82


 Ranting kayu – ranting yang digunakan untuk menyalakan api
 Kayu lambat bakar –kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang
 Kayu cepat bakar – kayu yang terbakar dengan kuat
III) Tapak untuk menyalakan api

Tapak mestilah :

a) Jauh dari khemah dan pokok


b) Kering
c) Dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain
IV) Menghidupkan api

a) Api jenis Tee Pee atau Wigham


- Letakkan habuk kayu atau daun kering di atas tanah.
- Sebatang kayu ditekan ke dalam tanah condong ke arah daun atau habuk kayu
tersebut.
- Letakkan ranting-ranting kayu menegak dan menindih kayu yang ditekan ke
tanah tersebut.
- Nyalakan api

b) Api Bersilang
- Letakkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah
dalam kedudukan selari.
- Tindih kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.
- Letakkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-kayu
tersebut.
- Nyalakan api.

7.4 APLIKASI

Jerat dan perangkap

Jerat

 Kaedah ini digunakan untuk menangkap haiwan dan haiwan itu akan
cedera ataupun mati.

Modul Pengakap Page 83


 Biasanya ia menggunakan benda-benda yang tajam, berat, keras atau
kaedah jerutan.
 Antara jenis jerat yang digunakan ialah jerat bidas (sesuai untuk menjerat
burung, ayam hutan dan pelanduk), jerat racik (burung, ayam hutan) dan
jerat hempap (landak, pelanduk).

Perangkap

 Kaedah ini digunakan untuk menangkap haiwan hidup-hidup tanpa


mencederakan haiwan tersebut.

 Teknik yang digunakan biasanya dengan ikatan, kurungan atau jaring.


 Antara jenis perangkap yang digunakan ialah bubu, taut dan serkap.

a) Jerat Bidas

 Ikat jerat pada hujung joran dan kemudiannya buatkan “running bowline’ di
hujung tali tersebut.
 Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.
 Pasangkan kayu lengkung pada denai (laluan) binatang dengan
mencacakkan kedua-dua hujung di atas tanah.

Modul Pengakap Page 84


Jerat Bidas

b) Jerat Racik

 Ikat racik pada puntung kayu (5 cm) sebanyak 15 racik.


 Kemudian, pacakkan kayu-kayu yang telah diikat racik di atas tanah dalam
dua barisan.
 Ikat racik menggunakan ikatan ‘pasdul’.
 Pacakkan kayu pemati dan ikat tali racik pada kayu tersebut menggunakan
ikatan manok

Jerat Racik

c) Jerat Hempap
 Alat-alat diperlukan adalah sebatang kayu yang besar, tali dan beberapa
dahan kecil.
 Dahan-dahan kecil itu digunakan untuk memagari kawasan bagi
mengelakkan haiwan tersebut bergerak pantas menyelamatkan diri.
 Setiap pancang pagar kayu diikat dengan tali tangsi/akar menggunakan
ikatan manok.
 Di hujung batang kayu (besar) diikat menggunakan ikatan manok dan tali itu
disangkutkan ke dahan pokok, seterusnya ke injap jerat.
 Injap jerat diikat menggunakan ikatan manok.

Modul Pengakap Page 85


 Apabila haiwan terlanggar injap, batang pokok akan menghempap haiwan.
 Langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian ketika melakukan jerat
ini.

Jerat Hempap

d) Perangkap Lubang
 Alatan yang digunakan ialah kayu panjang, cangkul, daun yang lebar
(contohnya daun pisang), daun-daun kering.
 Gali sebuah lubang mengikut saiz yang sesuai.
 Susun batang kayu yang panjang di atas lubang tersebut yang dijangka
dapat menampung berat daun yang hendak diletakkan di atas lubang
tersebut.
 Setelah itu, daun besar dilapik ke atas rangka kayu dan kemudiannya diikuti
dengan daun kering.

Modul Pengakap Page 86


Perangkap
Lubang

e) Taut
 Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ buluh kecil, tali tangsi dan mata kail.
 Tali tangsi diikat pada bilah buluh/ buluh kecil menggunakan lilitan balak.
 Pada mata kail pula, ikatan ‘fisherman knot” digunakan.
 Umpan yang digunakan mestilah masih hidup seperti anak ikan, katak,
belalang ataupun serangga yang sesuai.

taut

Cara Memasak Makanan


a) Memanggang
 Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ ranting kayu dan ikan/ayam.
 Bilah buluh dibelah dua sehingga membentuk Y.
 Kemudian ikan/ ayam disepit di celah belahan buluh dan hujungnya diikat
dengan akar.
 Bagi memanggang roti lilit, adunan yang telah siap dililit pada bilah buluh/
ranting kayu.
(Adunan roti lilit ialah tepung gandum, gula/garam, air, telur)

Modul Pengakap Page 87


Kaedah
Memanggang

b) Memasak nasi
 Alatan yang diperlukan ialah buluh.
 Terdapat dua cara memasak nasi yang boleh digunakan.
 Cara yang pertama ialah ruas buluh ditebuk pada bahagian tengah dan
bahagian lebihannya dijadikan tudung.
 Beras yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam ruangan yang telah ditebuk
dan diisi air secukupnya.
 Lubang tersebut ditutup semula dengan tudung dan api dinyalakan.
 Cara yang kedua ialah buku buluh ditebuk dan dibersihkan.
 Kayu berbentuk Y digunakan sebagai penyokong.
 Buku yang telah dibersihkan, dimasukkan ke dalam buluh tersebut dan
dimasak.

Kaedah Memasak Nasi di dalam Buluh

Modul Pengakap Page 88


c) Memasak dalam tanah
 Alatan yang diperlukan ialah tanah liat dan daun pisang
 Sebagai contoh dalam aktiviti memasak ikan.
- Ikan yang telah dibersihkan, dibungkus dengan daun pisang.
- Kemudian ikan tersebut dibalut dengan tanah liat.
- Setelah itu, ikan tersebut dimasukkan ke dalam lubang dan lubang
itu ditimbus dengan tanah.
- Unggun api dibuat di atas timbusan tersebut selama 30 minit.
- Ikan yang telah masak dihidangkan.
* Perhatian :- Cara ini boleh juga digunakan untuk memasak bahan

makanan yang lain seperti telur, ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu dan

lain-lain.

Kaedah Memasak
dalam Tanah

d) Memasak dalam darurat


 Peperangan, bencana alam dan sebagainya
 Alatan yang diperlukan ialah kawah, beras, pisang, lobak merah, kekacang,
ayam, bawang merah, putih, halia, minyak, ikan bilis, udang kering.
 Cara memasak (biasanya dilakukan secara bergotong-royong)
 Cara penyediaan:-
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

- masukkan beras ke dalam kawah selepas air mendidih.

Modul Pengakap Page 89


- masukkan bahan ke dalam kawah dan kacau.

- sedia untuk hidangan.

kaedah Memasak Ketika Darurat

7.4.3 Perlindungan rekaganti.

a) Banir

b) Pondok Poncor

Modul Pengakap Page 90


c) Pondok Lereng Lengkok

Pisang sesikat

Modul Pengakap Page 91


7.5 RUMUSAN

Menguasai kemahiran ikhtiar hidup merupakan salah satu penekanan yang amat
dititikberatkan dalam membentuk jati diri dan semangat berdikari di kalangan setiap ahli Kadet
Remaja Sekolah. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, diharapkan agar ahli dapat membina
keyakinan diri di samping dapat membuat sesuatu pertimbangan yang sewajarnya dalam apa-
apa situasi atau keadaan.

Selain daripada itu, aktiviti ikhtiar hidup juga dapat menyemai peraaan kecintaan kepada
alam semulajadi yang merupakan khazanah yang amat berharga untuk dijadikan warisan
generasi akan datang.

Modul Pengakap Page 92


LAMPIRAN

KUMPULAN PENGAKAP 09 SEGAMBUT

SK TAMAN TUN DR ISMAIL 1 KL

2010

BI PERKARA PELAKSANAAN TARIKH CATATAN


L PROGRAM

Modul Pengakap Page 93


1 Hari Terbuka Guru Besar 10 Jan 2010 (Ahad) - Berjumpa dgn Ibu
Bapa

- Pendaftaran
Keahlian

- Taklimat Aktiviti
Tahunan

- Baju Pengakap
2 Perkhemahan Lencana   16 – 17  Jan 2010 Semua  ahli baru
keahlian
  (Sabtu – Ahad)
3 Jungle Ambassador PIBG 20 Jan 2010  Semua ahli
pengakap wajib
Penerimaan Pokok DBKL ( Rabu  )
4 Mendaki Gunung Cadangan    PPD 5-7 Feb 2010 www.ehoza.com
Berembun
Cameron Highland Jumaat- Ahad)
Cameron Highland
5 -  Jungle Ambassador Menteri Alam Sekitar 22 Feb 2010  

     Penanaman pokok ( Ahad)

-  Hari Pengasas BP
6 Ujian Lencana Basikal Pesuruhjaya Zon Aktiviti Mingguan Dataran Bima Sakti
Bangsar SK TTDI 1
7 Perkhemahan Kencana   13 – 17 Mac 2010 Di Gua Tempurung
Ipoh

- 2  Bas ( KPM)
8 Mendaki Gunung Ledang   26-28 Mac 2010 Penyertaan.

20 pelajar

20 Dewasa      

-    1 Bas KPM


9 Mendaki Gunung Kinabalu   21- 25  April 2010  -    1 Bas KPM

(Rabu – Ahad)  
10 - Jungle Ambassador   7 Ogos 2010 Sabtu Cadangan Perasmi

         Anugerah Lencana Putera Sultan Mizan

Modul Pengakap Page 94


- Tarian Muzikal Hijau
11 Hari Pengakap Sedunia   1 Ogos 2010 Ketua Pengakap
Negara
12 Program Berkembar   5 November 2010 -          Cameron
Pramuka Pengakap Highland

-          2 Bas
KPM
13 Ujian Lencana Kemajuan 1 Tahun 3 – Lencana    
Kegemaran         
   
Tahun 4 – Lencana
Kepandaian Aktiviti Mingguan Semua Ahi
Pengakap
Tahun 5 – Lencana
Kepandaian

Tahun 6 – Lencana
Kepandaian

14  Ujian Lencana Kemajuan 2  Tahun 3 – Lencana    


kegemaran
   
Tahun 4 – Lencana
Kepandaian Aktivitit Mingguan Semua Ahli
Pengakap
Tahun 5 – Lencana
Kepandaian

Tahun 6 – Lencana
Kepandaian

15  Ujian Lencana Kemajuan 3  Tahun 3 – Lencana    


kegemaran
   
Tahun 4 – Lencana
Kepandaian Aktivitit Mingguan Semua Ahli
Pengakap
Tahun 5 – Lencana
Kepandaian

Tahun 6 – Lencana
Kepandaian

Modul Pengakap Page 95


16        

Kursus Kepemimpinan Peringkat Sekolah


Pengakap

 * Klik pada aktiviti untuk maklumat lanjut

Modul Pengakap Page 96

You might also like