You are on page 1of 5

KURSUS KETUA SEKAWAN & KETUA PATROL 2019

PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA & REMAJA

DAERAH PONTIAN

ANJURAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PONTIAN ( PPM PONTIAN )

TARIKH

21-22 MAC 2019

TEMPAT

PUSAT KOKO SG TEMPAYAN, PEKAN NANAS, JOHOR

1. PENGENALAN

Bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin muda, sifat kepimpinan seharusnya di tanam di peringkat
awal lagi. Pada peringkat awal, generasi muda paling mudah dibentuk dan dilatih untuk menerima
semua latihan kepimpinan yang diperlukan mengikut kesesuaian. Menyedari hakikat ini program
kursus ketua sekawan / patrol dijalankan sebagai salah satu uasaha untuk menyemai sifat-sifat
kepimpinan.

Program kursus ketua sekawan/ patrol merupakan satu bentuk latihan kepimpinan yang lebih
menjuruskan kepada kepada kemahiran pengurusan kumpulan dan patrol. Kursus ini memberi
pendedahan berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab seorang ketua sekawan / patrol dan ahli
jawatankuasanya dalam menguruskan kumpulan ataupun patrol dengan lebih cekap dan efisein.
Pengabungan jalinan kemahiran secara teori dan praktikal yang akan dijalankan di sepanjang kursus
merupakan saluran untuk mencapai objektif kursus.

2. OBJEKTF

Memberi kefahaman dan pengetahuan menyeluruh kepada peserta-peserta kursus mengenai setiap
kemahiran pengurusanyang dipelajari dan dipraktikkan dalam kumpulan ataupun patrol.

Mendedahkan peranan dan tanggungjawabseorang ketua sekawan/ patrol melalui latihan-latihan


kepempinan secara teori dan praktikal
Menggalakkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan di antara ahli-ahli pengakap khasnya.

Melahirkan ahli-ahli pengakap yang cekap dan efisien dalam menguruskan kumpulan ataupun patrol
berteraskan prinsip Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

Mengubah dan memantapkan pemikiran peserta kursus untuk lebih bersikap positif dan menerima
setiap tugasan ataupun arahan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Meningkatkan kewibawaan ahli-ahli pengakap, khasnya ketua sekawan /patrol dalam aspek-aspek
kepimpinan agar dihormati oleh rakan-rakan ataupun patrol.

3. MATLAMAT

Matlamat utama kursus adalah untuk melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
unggul serta mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, dan juga intelek.melalui
penerapan aspek-aspek ini, generasi muda akan dapat menghadapi segala cabaran dengan lebih
cekap dan berdikari selaras dengan cogan kata “ PEMIMPIN CEMERLANG, PENGAKAP GEMILANG “.

4. AGENDA PERLAKSANAAN

4.1 TARIKH : 21- 22 MAC 2019

4.2 HARI : KHAMIS – JUMAAT

4.3 TEMPAT : PUSAT KOKO SG TEMPAYAN, PEKAN NANAS

4.4 PENGANGKUTAN : URUSAN KUMPULAN SENDIRI

4.5 PENGINAPAN : BERKHEMAH ( URUSAN KUMPULAN SENDIRI )

4.6 ANGGRAN PENYERTAAN : 60 ORANG PENGAKAP KANAK-KANAK

30 ORANG PENGAKAP MUDA

30 ORANG PENGAKAP REMAJA

20 ORANG PEGAWAI

5. SASARAN PENYERTAAN

5.1 semua ahli pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja di dalam daerah Pontian.

6. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

6.1 melepasi lencana keahlian

6.2 mendapat kelulusan dan kebenaran daripada guru besar / pengetua sekolah
6.3 mendapat kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa dan penjaga

6.4 peserta mestilah sihat tubuh badan

7. BAYARAN PENDAFTARAN KURSUS

7.1 setiap peserta kursus dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 25.00 seorang ( RM Dua
Puluh Lima Sahaja )

7.2 Bayaran meliputi makan/ minum sepanjang pekhemahan, peralatan latihan ,lencana dan sijil
kursus.

8. PERKARA LAIN

8.1 PENYEDIAAN MAKAN DAN MINUM

Penyediaan makanan dan minuman peserta di sepanjang kursus tersebut akan dikendalikan oleh
pihak penganjur tersebut akan dikendalikan oleh pihak penganjur

8.2 KEPERLUAN PERALATAN PESERTA

Senarai peralatan keperluan peserta akan di lampirkan bersama borang penyertaan.

9. MAJLIS PENUTUP

Majlis penutup kursus akan disempurnakan oleh

10. TARIKH TUTUP

Serahan borang yang lengkap diisi beserta yuran kursus hendaklah di kembalikan kepada Puan Siti
Aznum Bt Senon ( 0137802044 ) Atau Puan Nortifazilah Bt Jasman ( 0177748696 ) sebelum 03 Mac
2019.
11. JADUAL

KHAMIS 21 MAC 2019

Masa Aktiviti Tindakan


2.30 Pendaftaran Siti Aznum & Nortifazilah
3.30 Pembahagian Patrol & Bina Khemah Kem Kom ( Faiz )
5.30 SIDANG 1 Syai
KETUA PATROL & SISTEM PATROL
6.30 Makan malam Maria / Zaid
7.00 Pengurusan diri, Makan Malam & Solat Bacaan Zaki Hilwan
Yasin
Moral Khalila
8.45 SIDANG 2 Khai / Zaid
PERANAN DAN TUGAS KETUA SEKAWAN /
PATROL
9.30 SIDANG 3 Akma / Amin
MALAM KEBUDAYAAN & CERITA HUTAN Dafi / Az
11.30 TAKLIMAT MALAM & PEMERIKSAAN PAGI Faiz / Helmi
12.00 SENTRI MALAM Faiz / Helmi
PATROL
12.10 PADAM LAMPU
TIDUR
Post Mortem Semua Pemimpin

JUMAAT 22 MAC 2019

Masa Aktiviti Tindakan


6.45 Senaman Pagi Siti Aznum & Syai
7.00 Pemeriksaan pagi Kem Kom
7.15 SIDANG 4 Zaki Azman / Mahdi
LAUNG AGONG & ISTIADAT PAGI Suhizilhisham / Keril

8.00 Sarapan Pagi Maria


8.30 SIDANG 5
STESEN AKTIVITI
1.PERTOLONGAN CEMAS 1. ashari
2.IKATAN 2. Razak kosnan
3.UNDANG-UNDANG PENGAKAP 3. khai
4.NYANYIAN 4. Dafi
5. PERMAINAN 5. Az / lila / Ayu / keril

11.30 MAJLIS PENUTUP Maria


12.30 BERSURAI
LAMPIRAN

SENARAI BARANG & KEPERLUAN INDIVIDU

1. Berus gigi, ubat gigi, sbun, tuala mandi


2. Pinggan , cawan, sudu
3. Uniform pengakap yang lengkap
4. Pakaian sembahyang
5. Pakaian tidur
6. Pakaian T shirt ( lambang pengakap )
7. Kasut , selipar
8. Stokin
9. Buku Log
10. Peralatan tulis
11. Tali
12. Khemah
13. Ubatan ( kumpulan )
14. Makanan Tambahan ( persendirian )

You might also like