You are on page 1of 37

NAMA : MOHD HISYAM BIN APPANDI

NO.KAD PENGENALAN : 000819-13-0445


KREW KELANA D
DAERAH PETRA JAYA
SARAWAK
PENGESAHAN CALON DAN PEMERIKSA
CALON
“Saya akui buku log ini adalah hasil kerja saya sendiri dan mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana
Malaysia”

Tandatangan. :.....................................................
Nama Calon :.....................................................
No.Kad Pengenalan:.....................................................
Tarikh. :.....................................................

PEMERIKSA
“Saya akui bahawa saya telah memeriksa buku log ini dan pada pandangan saya buku log ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat penganugerahan
Skim Latihan Pengakap Kelana – Lencana Keahlian”

Tandatangan :
Nama. :.......................................................
Cop. :.......................................................
Jawatan :.......................................................
Tarikh. :........................................................

KOMEN/CADANGAN:

PENGHARGAAN
Pertama kali saya berasa bersyukur dan bangga kerana dapat menyiapkan buku log lencana kemahiran ini
sebagai langkah untuk mencapai ke arah anugerah baden powell.Lencana kemahiran ini ialah satu lencana
yang wajib diambil oleh setiap ahli pengakap kelana yang ingin mencapai anugerah baden powell.Saya
juga berasa bangga kerana dapat menyertai pergerakan pengakap dalam unit kelana ini kerana ini adalah
salah satu cara untuk saya berbakti kepada masyarakat dan negara.

Selain itu,ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa menyokong saya secara
langsung atau tidak langsung ketika saya menyertai pergerakan pengakap ini terutamanya kepada kedua
ibu bapa saya,pemimpin Krew Kelana D Daerah Petra Jaya,Pesuruhjaya daerah,Penolong Pesuruhjaya
daerah dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Sarawak unit kelana.Tanpa mereka mungkin saya sukar
untuk meneruskan minat saya dalam mengikuti aktiviti berpengakap.

Sekalung ucapan tahniah juga buat pihak Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah menyediakan
program Skim Latihan Pengakap Kelana yang mana ia amat berguna kepada Pengakap Kelana sebagai
persediaan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat pada masa hadapan yang berteraskan
kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap.

Sekian,Terima Kasih.

BIODATA
GAMBAR

Nama : Mohd Hisyam Bin Appandi

No.Kad Pengenalan: 000819-13-0445

Jantina : Lelaki

Keturunan : Melayu

Agama : Islam

Umur : 18 Tahun

Tarikh Lahir : 19 Ogos 2000

Daerah : Petra Jaya

Krew :D

Negeri : Sarawak

Alamat : No8 Lot 1055 Lorong Cenderawasih 2 Kpg Semerah Padi 93050 Kuching Sarawak

Email : mohdhisyam273@gmail.com

No.Telefon : 010-9642538

ISI KANDUNGAN
LENCANA KEMAHIRAN
Gambar 1:Lencana Kemahiran

A. Berkhemah
1. Pengetahuan dan keborehan berkhemah secara teori dan praktikar berdasarkan tajuk-tajuk berikut: .

A. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan.


B. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
C. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan.
D. Jenis khemah dan cara mendirikannya.
E. Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya.
F. Aktiviti dan program perkhemahan.
G. Kesihatan dan kebersihan.
H. Aturan penutupan perkhemahan.

2. Nota: perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:


· Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan
perkhemahan'
· Mendirikan khemah kecil/ pondok untuk perlindungan.
B. Projek Perintis
1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat satu projek perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan
dibawah;
· Jambatan.
· Menara.
· Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang
dinyatakan diatas)
2. Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1) pengurusan
kuartermaster:

3. Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai kuartermaster yang menguruskan segala
peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat

C. Kawad
1. Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
· Kawad kaki pengakap
· Kawad tongkat pengakap
· Mengetahui dan meirenuhi segala syarat untuk menjadi seorang ketua kawad

D. Orienteering.
1. Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti
yang dijalankan.

E. Ikhtiar hidup.
1. Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti
yang dijalankan.

F. Penganggaran.
1. Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan
aktiviti yang dijalankan.

BAB 1
BERKHEMAH
1.1 Pengurusan dan Pentadbiran perkhemahan

Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan sangat penting bagi memastikan sesebuah perkhemahan
berjalan dengan baik dan terancang .Oleh itu kita perlu mengetahui tentang pengurusan dan petadbiran
perkhemahan untuk menjadikan sesebuah perkhemahan itu menjadi terancang .

Antara perngurusan dan pentadbiran perkhemahan ialah:


1.Mewujudkan sebuah ahli jawatankuasa perkhemahan
2.Setiap ahli jawatankuasa bertanggungjawab atas tugas yang telah diberikan.
3.Mengadakan mesyurat sebelum perkhemahan dijalankan untuk berbincang mengenai perkhemahan.
4.Membuat rekod catatan dan simpanan rekod.

1.2 Persediaan sebelum semasa dan selepas perkhemahan

SEBELUM
1.Merancang dan membuat kertas kerja
2.Menjalankan mesyuarat dan menubuhkan ahli jawatankuasa
3.Menentukan bilangan peserta
4.Mengenalpasti peralatan dan kemudahan sedia ada
5.Merancang aktiviti
6.Tentatif Program
7.Makan minum ketika perkhemahan
8.Mengenalpasti tempat perkhemahan

SEMASA
1.Memberikan taklimat kepada para peserta sebelum memulakan aktiviti perkhemahan
2.Menekankan aspek kebersihan dan keselamatan kepada para peserta
3.Memastikan setiap aktiviti mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan
4.Memastikan semua peserta dalam keadaan sihat sebekum memulakan aktiviti
5.Tidak berlaku perkara yang tidak diingini

SELEPAS
1.Memastikan kebersihan tapak perkhemahan
2.Semua peserta perkhemahan telah keluar dari tapak perkhemahan
3.Membuat laporan perkhemahan dan mengadakan post mortem

1.3 Pemilihan tempat dan tapak,penyediaan peralatan dan makanan

1.3.1 Perkara yang perlu dititikberatkan ketika memilih tapak perkhemahan:


1.Sumber Asas- Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling
utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air kerana amat penting
untuk memasak,air minuman dan untuk membersihkan diri .

2.Bentuk muka bumi-Bentuk muka bumi sebaiknya adalah tanah rata dan kering.Selain itu,tapak
perkhemahan juga perlu berada ditanah yang sedikit tinggi untuk mengelak berlakunya air bertakung
ketika hujan.

3.Perhubungan-Kawasan perkhemahan yang dipilih juga perlu mempunyai cara untuk berhubung
dengan pihak luar seperti berhampiran dengan kawasan komuniti supaya mudah untuk berhubung
sekiranya berlaku apa apa kecemasan.

1.3.2 Penyediaan peralatan dan makanan:

1.Peralatan memasak
2.Khemah ataupun canvas
3.Sleeping bag
4.Pakaian yang mencukupi
5.Peralatan untuk membersihkan diri
6.Lampu suluh
7.Tongkat
8.Alatan tajam seperti parang
9.Lain lain barang yang dirasakan perlu

1.4 Jenis Khemah dan cara mendirikannya


1.4.1 Jenis jenis khemah:
1.Dome Tent

Gambar 2
• Bentuk yang gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya

2.Ridge Tent

Gambar 3
• Mempunyai tiang yang melintang pada sepanjang bumbung khemah
• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

3.Frame Tent
Gambar 4

• Khemah besar yang kebiasaannya digunakan untuk perkhemahan keluarga.


• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan seterusnya kanvas dipasang kemudian.

4.Bell Tent

Gambar 5

• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.


• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.

1.4.2 Mendirikan khemah:


1.Bersihkan kawasan tapak khemah
2.Tentukan arah tiupan angin, kemudian dirikan khemah dengan pintu menghadap kearah angin (A Tent
sahaja)
3.Bagi tempat yang tiada terkena tiupan angin kencang, hadapkan pintu khemah kea rah matahari terbit.
4.Ukurkan panjang saiz khemah atas lantai dan tanamkan kedua-dua tiang khemah
5.Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan baik
6.Pacakkan pancang khemah lebih kurang 2 meter dari khemah secara selari. Pancang yang menghadap
penjuru hendaklah pacak 45’ ke luar.
7.Setelah dipacakkan, tarik keempat-empat penjuru untuk menaikkan khemah
8.Ikatkan tali khemah kepada pancang khemah
9.Bina longkang di sekeliling bagi mengelakkan air hujan memasuki khemah
10.Taburkan serbuk sulphur di sekeliling bagi mengelakkan binatang bisa masuk ke khemah.

1.4.2 Menurunkan khemah:


1.Pastikan barang di dalam khemah telah dikeluarkan
2.Tanggalkan tali yang telah diikat pada tali pacing
3.Turunkan kain khemah dengan perlahan-lahan
4.Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah atau batu melekat pada khemah
5.Untuk khemah yang basah, keringkan dahulu
6.Lipatkan khemah dengan kemas, kemudian ikat dengan betul dan simpan di tempat yang kering.

1.5 Dapur alatan dan gajet serta kegunaannya

1.Tempat memasak
-Gajet seperti ini digunakan untuk memasak makanan dan minuman ketika perkhemahan

Gambar 6

2.Meja makan
-Gajet meja makan ini digunakan untuk makan dan menghidang makanan yang setelah siap dimasak
-Ianya juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk berehat dan bermesyuarat
Gambar 7

3.Gajet tempat menyimpan alatan tajam


-Ianya digunakan untuk menyimpan peralatan yang tajam seperti parang,pisau dan sebagainya

Gambar 8

1.6 Aktiviti dan program perkhemahan,kesihatan dan kebersihan

1.6.1 Aktiviti dan program perkhemahan:


Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukakan ketika perkhemahan dijalankan:

1.Kawad tongkat

Gambar 9

2.Ikhtiar Hidup

Gambar 10

3.Pengembaraan
Gambar 11

4.Orienteering

Gambar 12

1.6.2 Kesihatan dan kebersihan:

1.Minum air dengan secukupnya


2.Mandi dan membersihkan diri setelah melakukakan aktiviti sekurangnya sekali sehari
3.Tidak memakai pakaian yang lembap dan basah
4.Makan dengan secukupnya

1.7 Aturan penutupan perkhemahan

Perkara berikut perlu dititik beratkan sebelum menutup sesebuah perkhemahan:

1.Kebersihan di sekitar kawasan perkhemahan


2.Memastikan semua khemah telah ditutup
3.Memastikan bilangan peserta semua cukup
4.Post mortem

BAB 2
2.1 Berkhemah seminima 10 malam

2.2.1 Berikut merupakan senarai perkhemahan yang telah diikuti seminima 10 malam:

Tarikh Nama Perkhemahan Lokasi Bilangan malam


10-11 Februari 2018 Vigil Kem Daerah Petra Sekolah Seni Malaysia 1 malam
Jaya
15-16 September 2018 Vigil Kem Ibu Pejabat Pengakap 1 malam
Negeri Sarawak
18-20 Januari 2019 Perkhemahan Ibu Pejabat Pengakap 2 malam
Kemahiran Kelana Negeri Sarawak
Peringkat 1
15-17 Februari 2019 Perkhemahan Ibu Pejabat Pengakap 2 malam
Kemahiran Kelana Negeri Sarawak
Peringkat 2
8-10 Mac 2019 Kursus Manikayu SK Rambungan,Lundu 2 malam
peringkat pengenalan
dan peringkat 1
15-17 Mac 2019 Perkhemahan SK Petra Jaya 2 malam
Kemahiran Kelana
Peringkat 3

2.2 Laporan 10 malam dalam siri siri perkhemahan:


1.Vigil Kem Daerah Petra Jaya

Tarikh : 10-11 Februari 2019


Tempat: Sekolah Seni Malaysia
Malam : 1 malam

Pada 10 hingga 10 Februari 2019 Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Daerah Petra Jaya
telah menganjurkan perkhemahan vigil daerah yang bertempat di Sekolah Seni Malaysia.Perkhemahan ini
telah berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Pada hari pertama perkhemahan saya telah sampai di tapak perkhemahan kira kira jam 2 petang.Aktiviti
pertama yang dilakukan adalah aktiviti pemasangan khemah.Seterusnya,kami memulakan perkhemahan
dengan istiadat bendera.Setelah aktiviti istiadat bendera berlangsung,aktiviti kawad statik dan dinamik
pun dijalankan.Selepas kawad,kami diminta untuk berehat sambil menyediakan makan
malam.Seterusnya ,setelah solat maghrib berjemaah,majlis bacaan yassin dan tahlil pun diadakan.Setelah
solat isyak berjemaah,kami semua makan malam bersama sama.Setelah itu,slot pengenalan tentang
kelana diadakan dan disampaikan oleh penolong pesuruhjaya daerah petra jaya unit kelana.Selepas
itu,bermulalah aktiviti vigil dan istiadat meningkat naik diadakan.

Setelah tamatnya vigil kira kira jam 2 pagi,kami semua diminta untuk tidur dan bangun semula untuk solat
subuh berjemaah serta mempersiapakan sarapan pagi.Setelah sarapan,kami menjalankan istiadat
bendera sekali lagi dan aktiviti kawad.Selepas tamat aktiviti kawad pada pagi tersebut kami semua diminta
untuk menurunkan khemah dan bersedia untuk majlis pemakaian epolet kelana.Kira kira jam 11 pagi
tersebut selesailah istiadat pemasangan epolet kelana.Maka dengan ini,tamatlah perkhemahan vigil
peringkat daerah bagi tahun 2018.

2.Vigil Kem

Tarikh : 15-16 September 2018


Tempat: Ibu Pejabat Pengakap Sarawak
Malam : 1 malam

Perkhemahan Vigil pengakap ini adalah perkhemahan yang wajib bagi seorang pengakap remaja untuk
melayakkan diri digelar sebagai seorang pengakap kelana.Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan
Sarawak telah menganjurkan perkhemahan ini.

Seramai 23 orang bakal pengakap kelana telah menghadiri perkhemahan ini dari pelbagai daerah dan krew
yang terdapat di Sarawak.Saya telah mendaftarkan diri di perkhemahan ini kira kira jam 2 petang sebelum
perkhemahan bermula.Kami diminta untuk berkumpul di kawasan parkir kereta untuk taklimat
perkhemahan.Setelah itu,kami semua diminta untuk mendirikan khemah mengikut krew masing
masing.Selepas aktivti pemasangan khemah,kami diminta untuk menyediakan makan malam
berkonsepkan masakan ala rimba.Kira kira jam 5 petang,kami diminta untuk berkumpul bagi menjalankan
aktiviti kawad kaki statik.Setelah itu,kami telah ditugaskan untuk menyediakan sebuah persembahan
untuk malam unggun api sempena Sarawak rovers gathering.Setelah solat isyak,aktiviti malam unggun api
pun berlangsung.Ramai kelana senior telah menghadirkan diri di perkhemahan tersebut.Pada jam 9
malam,saya telah mengikuti slot tentang kelana,antaranya ialah tentang sejarah kepengakapan,tujuan
pergerakan pengakap dan peranan pengakap kelana.Setelah itu,bermulah aktivti vigil dan istiadat
meningkat naik bagi ahli kelana baru.Kira kira jam 5 pagi aktivti vigil pun berakhir dan diteruskan dengan
upacara pemasangan epolet kelana.Setelah itu, kami diminta berehat dan solat subuh.

Pada keesokan harinya,selepas sarapan saya telah diperkenalkan dengan skim latihan pengakap kelana
Malaysia menerusi slot pagi tersebut dan diperkenalkan tentang anugerah tertinggi pengakap kelana iaitu
anugerah baden powell.Setelah tamat slot terebut,kami semua diminta untuk menurunkan khemah dan
bersedia untuk majlis penutupan.Pada jam 12 tengahhari tersebut tamatlah vigil kem peringkat negeri
yang ditangguhkan oleh penolong ketua pesuruhjaya negeri Sarawak unit kelana.

3.Perkhemahan Kemahiran Kelana Peringkat 1

Tarikh : 18-20 Januari 2019


Tempat: Ibu Pejabat Pengakap Sarawak
Malam : 2 malam

Perkhemahan Kemahiran Kelana Peringkat 1 ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Sarawak.Ianya bagi membuka peluang dan jalan kepada ahli pengakap kelana untuk
menghabiskan skim yang terdapat di dalam skim latihan pengakap kelana.

Peserta perkhemahan kali ini datang dari pelbagai daerah dan krew kelana yang terdapat di negeri
Sarawak.Perkhemahan ini juga telah memberi pengenalan kepada ahli kelana untuk mencapai ke anugerah
yang tertinggi di dalam pengakap kelana iaitu anugerah baden powell.Aktivti pertama setelah pendaftaran
pada hari pertama ialah kami diminta untuk mendirikan khemah mengikut krew masing masing.Setelah
itu kami diminta untuk berkumpul untuk slot petang tersebut antaranya ialah tentang,sejarah
kepengakapan,peranan perngakap kelana,skimlatihan pengakap kelana,pakaian seragam dan juga
taklimat untuk ahli yang belum lulus lencana keahlian.Setelah itu,kami diminta bersiap untuk solat
maghrib dan isyak berjemaah dan juga makan malam.Selepas makan malam,antara slot yang saya hadiri
ialah tentang pengemaskinian buku log kelana dan juga asas kepada pertolongan cemas.

Pada hari kedua perkhemahan,setelah istiadat bendera kami diminta untuk bersarapan sebelum
memulakan khidmat komuniti selama 8 jam yang bertempat di taman perumahan Matang Jaya dan juga
bertempat di Ibu Pejabat pengakap Sarawak.Kira kira jam 4 petang aktviti diteruskan dengan slot tali
temali.Saya telah didedahkan dengan 8 ikatana asas yang wajib diketahui untuk lencana keahlian.Setelah
makan malam,semua peserta yang belum mengikuti vigil diminta untuk berkumpul bagi menjalankan
aktivti vigil.Aktivti vigil bermula pada jam 12 tengah malam dan berakhir kira kira jam 5 pagi sekaligus
melakukan aktiviti pemasangan epolet kelana.

Pada hari terakhir perkhemahan,kami diminta untuk menurunkan khemah setelah istiadat bendera
dijalankan dan bersedia untuk majlis penutupan.Kira kira jam 11 pagi perkhemhan ini telah ditanguhkan
oleh penolong ketua pesuruhjaya negeri sarawak bahagian program.
4.Perkhemahan Kemahiran Kelana peringkat 2
Tarikh : 15-17 Februari 2019
Tempat: Ibu Pejabat Pengakap Sarawak
Malam : 2 malam

Perkhemahan kemahiran kelana peringkat 2 ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Sarawak.Ianya bagi memberi peluang kepada pengakap kelana untuk mendapatkan lencana
kemahiran berdasarkan skim latihan pengakap Malaysia.

Para peserta telah mula mendaftarkan diri pada 15 Februari 2019 kira kira jam 2 petang.Para peserta dari
pelbagai daerah dan krew telah menyertai perkhemahan ini untuk mendapatkan lencana kemahiran.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika perkhemahan ini ialah mendirikan hammock sendiri.Selain itu,kami
diberi tugasan untuk menyiapkan model projek perintis dan juga 44 jenis ikatan.Kami juga diberi tugasan
untuk membina gajet seperti jambatan,menara dan juga gajet gajet seperti meja makan pintu gerbang dan
sebagainya.Perkhemahan ini juga telah mengasah kemahiran tali temali kami.

5.Kursus Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1

Tarikh : 8-10 Mac 2019


Tempat: SK Rambungan,Lundu
Malam : 2 malam

Pada 8 hingga 10 Mac 2019,Pasukan Latihan Pengakap Negeri Sarawak telah menganjurkan kursus
manikayu peringkat pengenalan dan peringkat 1 yang bertempat di SK Rambungan,Lundu.Kursus kali ini
ialah manikayu untuk unit pengakap kanak kanak dan pengakap remaja.

Kursus manikayu ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengakap untuk menjadi seorang pemimpin
pengakap yang bertauliah untuk melatih pengakap yang lain.Saya telah mengambil unit pengakap kanak
kanak ketika menyertai kursus ini.

Pada hari pertama perkhemahan saya telah mengikuti slot ceramah antaranya ialah,sejarah
kepengakapan,tatacara beruniform,skim latihan pengakap,lencana lencana pengakap,lagu lagu pengakap
dan sebagainya,

Pada hari kedua perkhemahan pula kami didedahkan tentang unit pengakap yang akmi ambil ketika kursus
tersebut.Saya telah mengambil unit pengakap kanak kanak.Saya telah didedahkan tentang,laung agung
pengakap,aktiviti ketika perjumpaan,permainan pengakap,merancang aktivti jangka masa panjang dan
jangka masa pendek,isyarat sulit pengakap,ikatan buku sila,log pengakap dan sebagainya.Pada sebelah
malam pula,kami telah diberi tugasan untuk menyediakan sebuah persembahan untuk dipersembahkan
di khalayak ramai dan tugasan untuk menyiapkan woogle gillwell pengakap.

Pada hari ketiga selepas istiadat bendera kami diajar tentang kawad kaki asas dan juga kawad
tongkat.Setelah itu,slot terakhir ialah pemeriksaan buku log.Kira kira jam 12 tengahhari berakhirlah kursus
manikayu pengenalan dan peringkat satu.
6.Perkhemahan kemahiran kelana Peringkat 3

Tarikh : 15-17 Mac 2019


Tempat : SK Petra Jaya
Malam : 2 malam

Pada 15 hingga 17 Mac 2019,Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan
perkhemahan kemahiran kelana peringkat 3 yang bertempat di SK Petra Jaya .Perkhemahan ini telah
berjalan selama 3 hari 2 malam dengan jayanya.

Tujuan perkhemahan ini berjalan adalah untuk memberi peluang kepada pengakap kelana negeri Sarawak
untuk menghabiskan silibus yang terdapat di dalam lencana kemahiran.Saya telah mendaftarkan diri untuk
perkhemahan tersebut pada hari pertama pada jam 3 petang.Setelah pemasangan khemah,kami semua
diminta untuk berkumpul dihadapan dewan sekolah untuk aktivti ikhitar hidup.Kami telah diajar tentang
cara untuk menghidupkan api dengan menggunakan kaedah kaedah yang baru.Seterusnya,kami semua
telah diberi tugasan untuk menyiapkan makan malam dengan menggunakan konsep masakan ala
rimba.Pada malam nya pula,kira kira jam 9 malam aktivti kawad asas dan kawad tongkat pun bermula.Kami
berlatih untuk menyempurnakan kawad asas dan tongkat kerana pada keesokan hari nya kami akan dinilai
oleh Tuan Macdonald iaitu salah seorang dari pasukan latihan negeri Sarawak.

Pada hari kedua perkhemahan,kami memulakan aktivti pagi dengan istiadat bendera.Setelah sarapan kami
bersiap sedia untuk dinilai tentang kawad asas dan kawad tongkat.Kira kira jam 11 pagi kesemua dari kami
telah lulus penilaian tersebut dan mendapat cop pengesahan didalam buku skim masing masing.Setelah
penat semalaman berlatih untuk penilaian tersebut.Kami dibenarkan untuk berehat sambil menyiapkan
buku log masing masing.Pada sebelah malam,kami diminta untuk berkumpul dikantin sekolah bagi
mengikuti slot teori tentang orienteering dan juga penganggaran.

Pada hari ketiga,selepas istiadat bendera kami semua memulakan aktivti praktikal yang berkaitan tentang
orienteering dan penganggaran.Setiap kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta
untuk melengkapkan tugasa untuk aktiviti tersebut.Kira kira jam 11 pagi,kami semua diminta untuk
menurunkan khemah dan bersiap untuk penutupan.Perkhemahan kali ini telah ditangguhkan oleh Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak iaitu Captain Zainuddin.

2.3 Pengurusan Kuartermaster

Peranan kuartermaster adalah perlu merekodkan dan memeriksa barangan atau harta yang dijaga dalam
masa tertentu. Segala barangan yang keluar dan masuk perlu direkodkan.

Rekod barangan Krew Kelana D daerah Petra Jaya:


Nama barangan Kuantiti Catatan

Khemah 1 Baik dan tersimpan

Canvas 10 meter 1 Baik

Tongkat 8 Baik

Gergaji 2 Baik

Parang 2 Baik

Tali raffia 1.4kg 1 Perlu diasah

Dapur 1 Baik

Kuali 1 Baik

Mestin 4 Baik

BAB 3
KAWAD
3.1 Hukuman Kawad Kaki

Berikut merupakan hukuman kawad kaki bagi gerakan asas:


Perlakuan Arahan
1. Masuk baris Pengakap….masuk baris!

2. Dalam kedudukan senang diri Senang diri!

3. Rehatkan diri Rehatkan diri!

4. Dalam keadaan sedia Baris… Sedia!

5. Paras Arahan
(a) Pengakap membuat satu 1. Yang tinggi kekanan, rendah
barisan, dengan yang tinggi kekiri, dalam satu
disebalah kanan, dan rendah barisan…paras!
disebelah kiri
2. Yang dikanan sekali diam,yang
(b) Pengakap disebelah kanan lain ke kanan pusing
sekali berdiam diri tetapi yang lain
berpusing 3. Baris akan jadikan tiga
barisan ,dari kiri cepat jalan.
(c) Pengakap membentuk tiga
barisan
6. Berpusing Arahan
1. Pusing kekanan 1. Bergerak kekanan bertiga-
tiga, kekanan pusing
2. Pusing kekiri 2. Bergerak kekiri bertiga-tiga,
ke kiri pusing
3. Menghadap kebelakang 3. Menghadap kebelakang,
kebelakang pusing! /kekanan
4. Mengadap ke hadapan pusing! /kekiri pusing!
(setelah menghadap ke belakang) 4. Menghadap ke hadapan,
kebelakang pusing!

7. Meluruskan barisan Kekanan….lurus!


(dan diikuti dengan pergerakan)
Pandang…..depan!

8. Membuka barisan Buka barisan….gerak!

9. Menutup barisan satu dan tiga Tutup barisan …gerak!

10. Keluar meninggalkan perbarisan Keluar….baris!


3.2 Gerakan asas kawad kaki

1.Sedia

Gambar 13

2.Senang diri

Gambar 14

3.Rehatkan diri
Gambar 15

4.Pusing ke kanan

Gambar 16

5.Pusing ke kiri

Gambar 17

6.Kehadapan lurus
Gambar 18

7.Kekanan lurus

Gambar 19

3.3 Kawad Tongkat


3.3.1 Pengenalan
• Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan
Kawad Kaki.
• Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa
hukuman serta pergerakan tentera.
• Kawad tongkat hanya diperuntukan kepada unit Pengakap
Remaja sahaja
• Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan
Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.

3.3.2 Spesifikasi Tongkat Pengakap

• Panjang tongkat Pengakap ialah 160 sentimeter.


• Diameter tongkat Pengakap ialah 3.5 sentimeter.
• Tongkat mestilah lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
• Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.

3.3.3 Pergerakan dan arahan kawad tongkat

1.Sedia

1. Tangan kanan memegang tongkat secara cekak


2.Tapak tongkat di bumi selari dengan jahitan seluar

Bahasa hukuman: BARIS.....SEDIA


2.Senang diri

1.lakukan pergerakan senang diri dengan tangan kiri berada di sisi


2.pada masa yang sama, gerakkan tangan kanan ke hadapan dalam keadaan lurus dengan kedudukan 45
darjah
3.tapak tongkat tidak berubah dan tangan kiri kekal di sisi

Bahasa hukuman: SENANG...DIRI

3.Kedudukan sedia dari senang diri

1.Tongkat ditarik kembali kepada kedudukan sedia dengan tangan kanan diluruskan ke bawah
2.Rapatkan kaki kiri dengan satu hentakan

Bahasa hukuman: BARIS...SEDIA


4.Jinjit tongkat

1.Dalam keadaan sedia, gerakkan pergelangan tangan sahaja ke atas tanpa membengkokkan siku
2.Kedudukan tongkat 3 cm daripada paras bumi

Bahasa hukuman: JINJIT...TONGKAT

5.Rusuk tongkat

1.Gunakan kekuatan pergelangan tangan kanan lambung tongkat


2.Tangan kiri menangkap tongkat dengan kedudukan selari dengan bumi
3.Kembalikan tangan kiri kepada kedudukan asal
4.Tangan kanan kekal lurus dengan cengkaman Y

Bahasa hukuman: RUSUK...TONGKAT


6.Turun tongkat dari rusuk tongkat

1.Kekalkan cengkaman tongkat dengan tangan kanan


2.Secara pantas bawa tangan kiri melintang badan dan cekat tongkat
3.Siku tangan kiri kekal rapat di badan
4.Turunkan tongkat dari pegangan tangan kanan dengan kawalan tangan kiri
5.Secara pantas bawa tangan kiri ke kedudukan asal

Bahasa hukuman: TURUN..TONGKAT


7.Baring tongkat

1.Gerakkan selangkah kaki kiri ke hadapan tanpa hentak


2.Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut. Lutut kaki kanan diletakkan di bumi dan duduk di atas tumit
kaki kanan. Peha kaki kiri paras bumi.
3.Pada masa yang sama juga dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat dalam kedudukan baring di
atas bumi di sebelah kaki kanan.
4. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah dan tangan kanan lurus selari dengan peha kanan.
5.Hujung jari kanan masih lagi mencekak pada tongkat sambil anggota lain terus pandang ke hadapan
6.Lepaskan cengkaman tangan kanan dari tongkat
7.Terus bangun dengan menggerakkan kaki kiri ke belakang dalam kedudukan sedia yang betul tanpa
hentak

Bahasa hukuman: BARING...TONGKAT

8.Angkat tongkat

1.Secara pantas langkahkah kaki kiri ke hadapan tanpa hentak, tapak kaki kiri rata di atas bumi.
2.Pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut, lutut kanan menyentuh bumi dan duduk di atas
tumit kaki kanan
3.Tangan kanan terus pegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke hadapan
4.Bangun dengan tangan membawa tongkat kepada kedudukan sedia.
5.Kaki kiri ke belakang apat pada tumit kaki kanan tanpa hentak

Bahasa hukuman: ANGKAT...TONGKAT


9.Kalih tongkat

1.Tangan kanan menolak tongkat ke kiri


2.Tangan kiri menyambut tongkat dengan cengkaman Y
3.Tangan kanan kembali kekedudukan asal
4.Tangan kanan diangkat untuk persetian dan bacaan doa

Bahasa hukuman: KALIH...TONGKAT

10.Hormat tongkat

1.Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.


2.Jari telangkup ke bawah dan berada di tengah-tengah tongkat

Bahasa hukuman: HORMAT...TONGKAT


BAB 4
ORIENTEERING
4.1 Pengenalan orienteering

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat
ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah
sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta
perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan
dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara
mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk
menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana
cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim
dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat;
kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir
terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.
4.2 Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst
Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima
ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander
merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu
memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan
aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya
ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak
dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang
penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul
kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari
menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan
aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan.
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan
mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan
dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain
penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang
dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior
World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World
Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar yang
dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000
orang.
4.3 Jenis jenis orienteering
1. Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini –
orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah
dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya
peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini
biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan
kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
2. Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap
titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta
adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa
adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan
dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan
melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai
untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik
kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan
meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3. Orienteering Jalan raya (Street orienteering)
Walau pun dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di jalan raya yang
sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan. Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya
peserta perlu mencatit butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili
bomba dan sebagainya.
4. Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga
di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa
bersama-sama peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap
fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan
daya keyakinan yang mantap.
5. Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan
yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu
untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6. Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan
akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian
yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7. Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam
kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan
hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu.
Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula
dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik
penamat.
4.4 Kebaikan sukan orienteering

·Sukan untuk semua


·Meningkatkan kecergasan fizikal
·Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
·Memberi cabaran & keseronokan
·Membina sikap positif & keyakinan diri
·Menggunakan persekitaran yang sihat
·Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
·Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

4.5Terminologi dan alatan


Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan
aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
i. Titik kawalan (Control point)
·Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
·Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
·Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
ii. Penanda kawalan (Control marker)
·Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
·Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
·Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
·Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
iii. Kad kawalan (Control card)
·Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti
atau pengesahan.
·Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak
untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa
digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
iv. Peta utama (Master map)
·Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
·Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
·Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang
disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
·Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk
kod/gambarajah.
vi. Landasan (Course)
·Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga
kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
·Tanda yang berkenaan landasan adalah
-Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
-Titik kawalan dengan tanda bulatan.
-Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
-‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan
vii. Kompas (Compass)
· Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
·Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

4.6 Pengetahuan asas orienteering

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah


dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i.Teknik membaca peta
ii.Teknik membaca kompas
iii.Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
BAB 6
PENGANGGARAN

Penganggaraan sangat penting dalam aktiviti kepengakapan dan juga kehidupan seharian kita. Dalam
kepengakapan, kita selalu telibat dengan projek perintis, pengembaraan dan perkhemahan yang selalu
memerlukan pengiraan ketinggian, kelebaran semasa di dalam hutan. Sehubungan dengan itu, dengan
mengaplikasikan penganggaraan, kita akan dapat mendapatkan saiz atau ukuran yang kita perlukan
dengan segera. Untuk meningkatkan ketepatan dalam penganggaraan, praktikal perlu dilakukan sentiasa.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengira ketinggian, kelebaran dan juga kederasan
air.

Berikut adalah aktiviti penganggaran ketinggian menggunakan tongkat yang telah disertai oleh saya:

Gambar 34
Gambar 35

Gambar 36

You might also like