You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PEMBINAAN BANGUNAN WAKAF TAHFIZ AL-QURAN


SEK MEN AGAMA REPAH TAMPIN
1.0 PENDAHULUAN
Kemudahan infrastruktur dan prasarana merupakan satu aspek yang penting dalam usaha
melahirkan modal insan dalam mendepani cabaran hebat yang mendatang. Sekolah ini
berada di arus perdana dalam menyahut cabaran pendidikan abad ke-21. Pelaksanaan
Kurikulum Bersepadu Tahfiz Al-Quran (KBT) pada Januari 2019 bagi kelas Tingkatan 1
menjadi pemangkin utama dalam melahirkan insan berkeperibadian unggul
bertunjangkan Al-Quran dan Hadis. Justeru, tindakan afektif dilaksanakan agar
penyediaan kemudahan yang terbaik dapat disempurnakan untuk manfaat para pelajar
dalam melahirkan generasi emas ini.

2.0 MATLAMAT
2.1 Membina satu unit blok bangunan 2 tingkat dengan keluasan 120 x 30 x 2 tingkat :
7200 kaki (kapasiti maksima pelajar Tahfiz pada tahun 2023 ialah 300 pelajar tahfiz).
2.2 Menyediakan bilik-bilik khas yang penting seperti bilik hafazan dan tasmik al-Quran,
bilik operasi Tahfiz Al-Quran (bilik rekod dan dokumentasi pelajar-pelajar Tahfiz),
makmal bahasa Arab, bilik qailulah pelajar tahfiz lelaki dan perempuan, bilik rawatan
pelajar lelaki dan perempuan, wash room dan sebagainya.
2.3 Menyediakan bilik guru tahfiz Al-Quran yang dijangka seramai 30 orang pada tahun
2023. (2021 seramai 13 orang).
2.4 Menyediakan bilik-bilik asrama lelaki (sementara) untuk menampung keperluan
asrama yang kritikal menjelang tahun 2021. Asrama hanya mampu menampung 150
pelajar. Sedangkan pada tahun 2021 bilangan pelajar tahfiz tingkatan 1, 2 dan 3
seramai 180 orang manakala pelajar asrama Tingkatan 4 dan 5 seramai 60 orang.

3.0 OBJEKTIF UTAMA


3.1 Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana untuk pelajar tahfiz yang
lengkap.
3.2 Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.
3.3 Membantu pihak sekolah mengumpulkan dana bagi usaha murni tersebut.
3.4 Membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama terlibat dalam
bidang pendidikan dan mewujudkan simpanan AKHIRAT (WAKAF).

4.0 OBJEKTIF KHAS


Menjadikan SMA Repah sebagai sekolah tahfiz akademik yang menjadi kebanggaan
masyarakat Tampin dan rakyat Negeri Sembilan.

1
5.0 LOKASI

SMA Repah Tampin (sebelah / hadapan kafetaria baru)

Gambar kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan.

2
3
4
6.0 ORGANISASI

Rujuk Lampiran 1

7.0 KOS PEMBINAAN BANGUNAN

a. Kos keseluruhan pembinaan : RM 850,000.00


b. Jumlah yang telah dibayar : RM 150,000.00
c. Baki terkumpul terkini : RM 100,000.00
d. JUMLAH YANG MASIH DIPERLUKAN : RM 600,000.00

8.0 KUMPULAN SASARAN/KERJASAMA

1. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan : RM 400,000.00


2. Sumbangan luar : RM 450,000.00

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek pembinaan bangunan wakaf tahfiz al-Quran ini dapat mencapai
matlamatnya iaitu meningkatkan lagi kemudahan untuk guru-guru amnya dan para
pelajar tahfiz al-Quran khasnya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ………………………………………
(MOHD AMAR RASHIDI BIN ISMAIL) (SHAMSUL ANUAR B. HJ NAIM)
Setiausaha Pengerusi
Bangunan Wakaf Tahfiz Al-Quran Bangunan Wakaf Tahfiz Al-Quran
Sekolah Menengah Agama Repah Sekolah Menengah Agama Repah
011-26933942 / 014-5121016 017-2396706

5
LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI
JK MEMBINA BANGUNAN WAKAF TAHFIZ AL-QURAN
SMA REPAH

AHLI MAJLIS TERTINGGI

Pengerusi : En. Shamsul Anuar b. Hj Naim


YDP PIBG (017-2396706)

Timb. Pengerusi : En. Abdul Ghani b. Ahmad Zaighu


NYDP PIBG (012-6761187)

Setiausaha : En. Mohd Amar Rashidi b. Ismail (011-26933942 / 014-5121016)

Bendahari : En. Muhamad Aidil b. Daud (013-2644851)

JAWATANKUASA KECIL MEMBINA BANGUNAN WAKAF TAHFIZ AL-QURAN

JK Kecil Dana Korporat & MAINS

JK Kecil Dana Yayasan & Selebriti

JK Kecil Dana Masjid & Surau

JK Kecil Dana Program Khas

JK Kecil Kupon ke Institusi Awam & Bulan Ramadhan

JK Kecil Bahan & Barangan Wakaf

JK Kecil Pelan & Rekabentuk Bangunan

JK Kecil Perhubungan & Mobilisasi

JK Kecil Sumbangan Lampu & Kipas

You might also like