You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN SURAU DAN KELAS


PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALAKA,


ROBAN

TAHUN 2019M / 1440H

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU DAN KELAS PENDIDIKAN


ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALAKA, ROBAN

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat,beribadah dan
menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian yang telah dirancang untuk tempoh sepanjang
tahun. Di SMK Kalaka juga terdapat sebuah surau, namun perlu diberi
penambahbaikan.

Begitu juga dengan kelas Pendidikan Islam SMK Kalaka, yang menghadapi
masalah tempias air hujan yang menyebabkan cat dinding rosak, kelas banjir dan
perabot kelas rosak.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam ingin menambahbaik seterusnya


menaiktaraf surau dan kelas yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, selesa
dan berinformasi kepada semua murid khususnya melibatkan mata pelajaran dan
aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas PAFA dan amali Kem Ibadah

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau dan kelas yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau dan kelas lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Menaiktaraf surau

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN


a) Mengecat dinding

b) Memasang langsir

c) Memasang karpet

d) Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu

e) Menyediakan tempat menggantung telekung wanita dan sejadah

f) Menyediakan almari simpanan al-Quran

g) Penambahan mushaf al-Quran

2. Menaiktaraf Kelas Pendidikan Islam


CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN
a) Pemasangan “Awning” tingkap

b) Memasang langsir

c) Meja guru

d) Rak buku

e) Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu

TUJUAN PENAMBAHBAIKAN

a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat.

b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani aktiviti Panitia

Pendidikan Islam

c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

4. ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan:

Bil. Perkara Jumlah

1. Surau :

1. Cat dan upah kerja RM 500.00

2. Langsir RM 500.00

3. Karpet RM 1000.00

4. Kelengkapan lain (almari, al-Quran, rak, RM 2000.00


penggantung telekung)

RM 4000.00
JUMLAH KESELURUHAN

2. Kelas Pendidikan Islam :

1. Pemasangan “Awning” tingkap dan upah RM1000.00

kerja
RM500.00
2. Langsir

3. Kelengkapan lain (meja guru, rak buku) RM500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2000.00

ANGGARAN KOS SURAU & KELAS : RM6000.00

5. PENUTUP
Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau serta
kelas Pendidikan Islam sekolah ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik
kepada semua murid, guru dan kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan
projek ini dapat menjadikan kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan selamat
untuk digunakan. Sokongan dan pandangan daripada semua pihak amat diharapkan
dalam melancarkan lagi kerja-kerja penambahkan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………………….

(SITI NA’ILAH BINTI JUNAIDI) (IMAN BIN JONI)

Penyelaras Panitia Pendidikan Islam, Pengetua,

SMK Kalaka, Roban. SMK Kalaka, Roban

You might also like