You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN

34500 BATU KURAU, PERAK

PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN.
DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN APRIL 2010

SEDAKA CEMERLANG

PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN BATU KURAU, TAIPING PERAK.

1.0 LATARBELAKANG Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato Kamaruddin telah dibuka setelah bangunannya siap pada 15 Januari 2007. Kelas Pendidikan Khas ini adalah bagi pelajar yang bermasalah pembelajaran. Kelas telah bermula dengan 12 orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar. Kini, bilangan pelajar telah meningkat kepada 24 orang dan dikendalikan oleh 6 orang tenaga pengajar, dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid. Pelajar menjalani sesi pembelajaran di dalam 4 buah kelas. Sejak awal pembinaannya, blok (ruang dalam) Pendidikan Khas telah banyak melalui proses tranformasi seperti penambahan partition bagi mewujudkan 4 buah kelas, meja guru, stor alatan pra-vokasional, stor alatan PPKI, bilik masakan, bilik air guru dan meja penyelaras. Namun, pertambahan bilangan guru serta pelajar mengakibatkan ruang dalaman bangunan menjadi panas, sempit dan mengakibatkan ketidak selesaan kepada guru,pelajar dan staf bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Jadual 1.0 dibawah menggambarkan penambahan jumlah guru, PPM, pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas sehingga April 2010. Tahun 2007 2008 2009 2010 Guru 2 4 5 6 PPM 1 2 2 2 Pelajar 12 17 19 24 Kelas 2 3 3 4

Jadual 1.0 : Bilangan guru, PPM, Pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas. 2.0 OBJEKTIF 2.1. Mengurangkan suhu panas (ruang dalam) blok Pendidikan Khas semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.

2.2 . Mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa kepada guru, PPM dan pelajar.

3.0 RASIONAL Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada peningkatan suhu dunia telah

mengakibatkan fenomena pemanasan global. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya. Fenomena ini di jangka berterusan sekiranya tiada langkah konkrit diambil oleh pihak yang berwajib. Setiap bangunan-bangunan, blok-blok pentadbiran kerajaan mahupun swasta , ruang-ruang pejabat, bilik guru dan bilik-bilik darjah di sekolah khasnya menjadi lebih panas dan tidak selesa, lebih-lebih lagi sewaktu menjelangnya tengah hari. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran murid terganggu. Jadi, dengan adanya kemudahan penghawa dingin yang sesuai dengan ruang bilik, diharap masalah ketidakselesaan di dalam bilik darjah Pendidikan Khas dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaaan yang selesa serta kondusif kepada semua warga Blok Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin.

4.0 ANGGARAN KOS PENGHAWA DINGIN Kos anggaran bagi 2 unit penghawa dingin setiap satunya berkuasa (1 H/P) dianggarkan bernilai RM 2600.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Enam Ratus Sahaja) termasuk kos pemasangan oleh kontraktor.

5.0. PELAN/SUSUNATUR DALAM BANGGUNAN PENDIDIKAN KHAS.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tandas Guru

Kelas Sigma

Kelas Alpha

Stor PPKI

Dapur

25 kaki

Stor Pra-Vokasional

Meja Penyelaras

Kelas Delta

Kelas Beta

Meja Guru & PPM

50 kaki XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXX Pintu Utama Penunjuk: 1. 2. 3. 4. Papan putih Pintu XXXXXXX Pagar utama Cadangan lokasi Penghawa dingin.

6.0. GAMBAR-GAMBAR.

Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal sebenar di dalam blok bangunan Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin. Suasana yang padat dengan pelajar, bahan bantu mengajar, meja, kerusi dan papan putih sekaligus menjadikan kelas-kelas di dalamnya padat dan panas. Kipas sama sekali tidak membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa di dalam blok.

7.0. PENUTUP

Bagi merealisasikan bangunan Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin yang berhawa dingin dan mesra pelajar sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih.Guru-guru dan stafnya pula akan menjadi lebih aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa. Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin lebih ceria, berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar istimewa ini.

Disediakan oleh:

. (MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN) Guru, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.

Disemak Oleh:

........................................................... (NOR MALA BT ABDUL) Penyelaras, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.

Disahkan oleh:

......................................................... (KAMAL BIN MANSOR) Pengetua, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.

You might also like