You are on page 1of 3

1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI REMBAU


71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

MEMOHON PEMASANGAN 16 UNIT TELEVISYEN


SMART TV DI DALAM KELAS

DISEDIAKAN OLEH
UNIT HAL EHWAL MURID/PIBG/SARANA
SK TAMAN SERI REMBAU
2

1.0 PENDAHULUAN

SK Taman Seri Rembau merupakan sekolah luar bandar, yang mempunyai seramai 583 orang murid, 47
orang guru dan 8 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP). Kebanyakan murid di sekolah ini terdiri
daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Sekolah ini mempunyai 18 buah kelas yang terdiri
daripada tahun 1 hingga 6 dan pra sekolah.

Sejajar dengan perkembangan semasa, murid-murid perlu diberikan kemudahan yang baik untuk
kemenjadian yang lebih efisyen. Pihak sekolah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi
keselesaan dan kemudahan warga sekolah termasuk penggunaan teknologi baharu dan terkini dalam
Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) di dalam kelas untuk menarik minat murid. Salah satunya ialah
penggunaan smart TV. Penggunaan smart TV merupakan satu medium untuk guru-guru mengaplikasi
teknologi dalam pengajaran seiring dengan perkembangan semasa, selain mampu menarik minat murid
untuk belajar dan dating ke sekolah.

PROFIL SEKOLAH

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau


Kod sekolah : NBA 3024
Status : Sekolah Kerajaan
Daerah : Rembau
Negeri : Sembilan
Kategori : Luar Bandar
Gred Sekolah : Gred B
Email Sekolah : sekolah-9975@moe-dl.edu.my

2.0 RASIONAL

2.1 Penggantian Penggunaan Projektor LCD Sedia Ada

2.1.1 Smart TV ini sebagai pengganti penggunaan projektor LCD yang terhad dan
rosak. Penyediaan projektor LCD yang memakan masa dan sering menimbulkan
masalah.
2.1.2 Smart TV sesuai untuk melayari Youtube dan Google Classroom.

2.2 Penggunaan Pendrive USB

2.2.1 Penggunaan pendrive USB mudah dimana hanya perlu dicucuk pada smart TV
dan guru boleh terus mengajar. Hal ini lebih menjimatkan masa guru berbanding
penggunaan projektor LCD yang memerlukan masa untuk menggunakannya.
2.2.2 Smart TV boleh disambung terus dengan smart phone atau table phone untuk
digunakan semasa PdPc tanpa perlu membawa laptop dan alatan lain ke kelas.
3

3.0 ANGGARAN KOS PEMASANGAN SMART TV

BIL BARANGAN HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


1 SMART TV 55” 4K RM 2800.00 16 RM 44800.00
2 BRAKET TV RM 100.00 16 RM 1600.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 46400.00

4.0 CADANGAN PUNCA PENDAPATAN

4.1 Sumbangan individu.


4.2 Sumbangan Syarikat dan Badan Swasta NGO.
4.3 Sumbangan ibubapa dan komuniti setempat.

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak PIBG dan sekolah agar cadangan memasang telivisyen Smart TV
di setiap kelas dapat dijayakan dengan kerjasama semua pihak agar mampu meningkatkan
pencapaian murid dan melahirkan celik IT seterusnya mampu membentuk kemenjadian murid
seperti yang dihasratkan.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………………………………… ……………………………………
(NURUL ATIQAH BINTI JAMALLUDIN) (NORAINI BINTI ABDUL AZIZ)
Setiausaha PIBG Guru Besar
SK Taman Seri Rembau SK Taman Seri Rembau

You might also like