You are on page 1of 1

Ruj. Kami : PIBG/SKTSR.

Bil (4)
Tarikh : 27 Ogos 2021

Kepada

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN SERI REMBAU KALI KE-11/2021,


SECARA DALAM TALIAN

Berasaskan Kaedah I (i) – (vi), Manual Operasi PIBG (Kaedah Persatuan Ibu Bapa Guru
(Pindaan) 1983), dengan ini notis adalah disampaikan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Seri Rembau bagi tahun 2021 akan diadakan pada:

Tarikh : 18 September 2021 (Sabtu)


Masa : 9.45 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Platform : Google Meet (Pautan Mesyuarat akan diberikan kemudian)

2. Usul dan cadangan akan disaring dan hanya yang terpilih akan dibentang dan
dibahaskan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Tuan/puan juga perlu mengisi pautan yang
sama bagi kehadiran MAT PIBG. Usul dan cadangan tuan/puan boleh dikemukakan melalui
pautan berikut : https://forms.gle/kdADcajKgkVsshZg9 (Sila isi dan hantar sebelum atau pada
3 September 2021)

3. Tuan/Puan dipohon bagi mencalonkan AJK PIBG SK Taman Seri Rembau Tahun
2021/2022 melalui pautan ini : https://forms.gle/GRVBSiuVAwvQSSgr8 (Sila isi dan hantar
sebelum atau pada 3 September 2021)

4. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/penjaga dipersilakan hadir ke Mesyuarat


Agung Tahunan PIBG SK Taman Seri Rembau bagi Tahun 2021. Kerjasama dan sokongan
daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(MOHD ISMAIL BIN MOHD NOR)
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Seri Rembau.

You might also like