You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL WEST COUNTRY (TIMUR)

Jalan 5 Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor.


Tel: 03-87364041 E-mail: BBD4063@moe.edu.my

KERTAS KERJA
KARNIVAL BADAN BERUNIFORM
SJKTWCT 2021
(DALAM TALIAN)

TARIKH :
11 Oktober 2021 hingga 16 Oktober 2021

TEMPAT :
RUMAH KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SJKT WEST COUNTRY (TIMUR)
KERTAS KERJA KARNIVAL BADAN BERUNIFORM SJKTWCT 2021
(DALAM TALIAN)
Anjuran UNIT KOKURIKULUM SJKT WEST COUNTRY (TIMUR)

1.0 PENDAHULUAN

Karnival Badan Beruniform ini adalah salah satu aktiviti badan beruniform yang
dianjurkan oleh unit Kokurikulum SJKT West Country (Timur). Program ini boleh
disertai oleh murid mengikut syarat yang ditetapkan seperti lampiran. Pertandingan
ini akan dijalankan secara dalam talian pada 11 Oktober 2021 hingga 16 Oktober
2021.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan


Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang badan beruniform.

2.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah untuk menyungkil bakat serta memberi peluang
kepada murid untuk lebih berjaya dengan cemerlang dan gemilang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat murid- murid di peringkat sekolah.

3.2 Mewujudkan murid-murid yang berdisiplin cergas dan bersatu padu bagi
meningkatkan prestasi sekolah.

3.3 Memberi bimbingan yang berterusan kepada murid-murid dengan pelbagai


input ke arah pelbagai konsep kendiri dan pembentukan sahsiah yang unggul.

3.4 Mewujudkan peluang kepada murid sekolah bagi memperkembangkan


potensi diri dalam aktiviti kokurikulum.

4.0 SASARAN

4.1 Semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6

5.0 TARIKH / TEMPAT /MASA

Tarikh : 11 Oktober 2021 hingga 16 Oktober 2021

Tempat : Kediaman masing-masing

2
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bi Perkara Tarikh Tindakan


l

1 Penyediaan kertas kerja 01.09.2021 Ketua Guru Penasihat

2 Semakan oleh PK Kokurikulum 02.09.2021 PK Kokurikulum

3 Pengesahan oleh Guru Besar 05.09.2021 Guru Besar

4 Mesyuarat dan taklimat AJK 08.09.2021 Ketua Guru Penasihat


Pelaksana dalam talian

5 Pelaksanaan pertandingan 15.10.2021 AJK Pelaksana

6 Pengumuman Keputusan 20.10.2021 AJK Pelaksana


pertandingan

7 Penyampaian Hadiah sekolah 15.11.2021 AJK Pelaksana


telah dibuka

8 Pasca seliaan program 17.11.2021 Guru Besar/ PK


Kokurikulum

9 Dokumentasi 17.11.2021 Penyelaras

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA

Pengerusi : Puan Supuletchemi A/P Nallappan ( Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : Puan Marina Devi A/P Shunmugam (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi I : Puan Subathra A/P Mariappan (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Encik K. Gobi Nathan A/L Krishnan (GPK HEM)

Penyelaras : Puan Mathevi A/P Anandah

Puan Rogani A/P Chandrasekaran

Encik Mohd Kaikila Bin Md Yusof

Puan Suganthii A/P Pachapan

3
8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh / Hari Pertandingan Catatan

Pengakap -”Jom
Menghasilkan Gajet”
Persembahan Slaid
Pandu Puteri Tunas - dalam google meet.
11 Oktober 2021 – “Pertandingan Gubahan
Bunga” Muat naik gambar hasil
16 Oktober 2021 aktiviti dalam google
TKRS- “Ikatan Kain classroom.
Anduh”

PBSM-Kuiz Bulan Sabit


Merah

9.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Butiran Jumlah (RM)

1. BKK RM 636.00

JUMLAH RM 636.00

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran Perincian Kos Jumlah Catatan


(RM)
1 Jom Menghasilkan RM 6 x 20 orang murid RM 120.00
Gajet
2. Pertandingan RM 6 X 25 orang murid RM 150.00
Gubahan Bunga
3. Ikatan Kain Anduh RM 6 X 17 orang murid RM 102.00

4. Kuiz Bulan Sabit RM 6 X 44 orang murid RM 264.00


Merah

JUMLAH RM 636.00

4
11.0 PENUTUP

Karnival Badan Beruniform SJKTWCT 2021 ini diadakan bagi memenuhi


sebahagian daripada aktiviti kokurikulum. Pihak pengelola berharap agar program ini
berjaya mencapai matlamat dan objektif yang digariskan seterusnya menjadi acara
tahunan dalam rancangan tahunan unit Kokurikulum SJKT West Country (Timur)
pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

…………………………….
(ROGANI A/P CHANDRASEKARAN)
Penyelaras Karnival Badan Beruniform
SJKT West Country (Timur)

Disemak oleh,

………………………………….
(MARINA DEVI A/P SHUNMUGAM)
Penolong Kanan Kokurikulum
SJKT West Country (Timur)

Disahkan oleh,

...................................................
(SUPULETCHEMI A/P NALLAPPAN)
Guru Besar
SJKT West Country (Timur)

You might also like