You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

KEM ASAS TARIAN SABAH DAN SARAWAK

SECARA DALAM
TALIAN (e-KesTARI )

DI BAWAH PROGRAM PENGGALAKAN KESENIAN


‘SENI UNTUK SEMUA’

Anjuran Bersama:
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pejabat Pendidikan Daerah Keningau
1. PENGENALAN

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) lahir dengan satu inisiatif iaitu menyebarluaskan Program
Penggalakan Kesenian sebagai merealisasikan agenda Pelan Pendidikan Seni
Kebangsaan (PPSK) 2021-2030 yang diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah (JPN) di bawah bimbingan dan pemantauan Pejabat Pendidikan
Daerah Keningau (PPD).
Program ini merupakan usaha dalam melestarikan dan menyemarakkan
seni dan budaya negara selain melahirkan modal insan celik seni. Program ini
adalah peluang kepada murid sebagai platform untuk meningkatkan tahap
pencapaian kokurikulum ke aras yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi
mencapai hasrat berkenaan, PPD Keningau dengan bimbimngan JPN Sabah
mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Kem Asas Tarian Sabah dan
Sarawak secara dalam talian.

2. OBJEKTIF

Adalah diharapkan selepas aktiviti ini, murid dapat ;


2.1 Mengenalpasti bakat, karakter dan kreativiti murid dalam seni tari.
2.2 Memberi peluang penyertaan menyeluruh dalam program seni tari dikalangan
murid berbakat sedia ada dan kurang pendedahan seta kemahiran.
2.3 Mencungkil minat dan mengembangkan bakat secara holistik untuk
kemenjadian murid.
2.4 Mengetengahkan keistimewaan dan keunikan seni tari yang
terdapat di Malaysia kepada murid.
2.5 Memastikan semua murid memperoleh markah PAJSK di peringkat negeri.

3. BUTIRAN AKTVITI

3.1 Tarikh : 18-20 Julai 2022

3.2 Hari : 3 hari

3.3 Sasaran Peserta : Semua sekolah kerajaan/bantuan kerajaan Di bawah


kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.4 Tempat Aktiviti : Secara Dalam Talian (Google Meet/Zoom)


4. JADUAL PROGRAM

TARIKH SLOT MASA PERKARA


Majlis
SLOT 1 02.00-04.00 Petang Perasmian/Taklimat
ISNIN Penganjur
18.07.2022 Ice breaking
Bengkel 1
SLOT 2 04.30- 05.30 Petang -Pengenalan Tarian
-Olah Tubuh
Bengkel 2
SLOT 3 02.00-04.00 Petang
SELASA - Asas Ragam
19.07.2022 Bengkel 3
SLOT 4 04.30- 05.30 Petang - Busana/Tatarias
Bengkel 4
SLOT 5 02.00-04.00 Petang
-Pola Lantai/Aras
RABU
20.07.2022
SLOT 6 04.30- 05.30 Petang -Kuiz
-Penutupan Bengkel

5. JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pengerusi : Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Setiausaha : Pegawai Meja Kesenian JPN
Bendahari : Unit Kewangan JPN
JK : Semua Pegawai Pendidikan Daerah

5.2 Jawatankuasa Pengelola


Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penasihat 2 : Pegawai Pendidikan Daerah Keningau
Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar
Timbalan Pengerusi : GPK Kokurikulum
Setiausaha : Guru sekolah yang dilantik
AJK Pengelolaan : Guru sekolah yang dilantik

5.3 Cadangan AJK Pengelola (mengikut keperluan)


AJK Pendaftaran : Sekolah Menengah Ken Hwa
AJK Multimedia : Kolej Vokasional Keningau
AJK Sijil / Cenderamata : SM Gunsanad 2
AJK Peralatan / Bahan : Sekolah Menengah Bingkor
AJK Siaraya : Sekolah Menengah
Keningau
AJK Dokumentasi : Sekolah Menengah Tulid
AJK Persiapan Tempat : Sekolah Menengah Keningau 2

**Senarai AJK boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)
1 Alat Tulis  Kertas A4,Ink Printer,Fail
kertas, Pen,Pensil,Selotep
RM250.00
dan berkaitan

2 Makan Minum  Minum Petang


RM105.00
Urusetia dan RM 5.00 X 7 orang X 3 hari
Penceramah

 6 plak
3 Cenderamata (JPN,PPD,GURU BESAR /
RM300.00
PENGETUA / 3 PENCERAMAH)
( SATU PLAK RM50)

4 Kos rangkaian  Bagi kegunaan Urusetia


RM100.00
Internet

 Kain Latar (Green Screen),


5 Kos Multimedia Web Cam ,kos rakaman dan
RM500.00
yang berkaitan

 3 orang penceramah
Token Penceramah Rakan sinergi (agensi luar)
6 RM200.00 X 3 orang
RM600.00

7 Kos Publisiti  Bayaran


RM145.00
JUMLAH BESAR (RM) 2000.00

7. PENUTUP

Sokongan serta kerjasama JPN, PPD dan sekolah pengelola dapat digarap sebaiknya
dalam memacu hasrat KPM yang menjurus kepada kemenjadian murid dalam bidang
kokurikulum kesenian. Semoga melalui program ini terlahirlah murid-murid yang berani
mencuba perkara baharu, kreatif dan kritis serta memberi impak kepada nilai
keterampilan dan sahsiah murid dalam menyediakan mereka menjadi rakyat
berkeperibadian unggul.
8. GARIS MASA/CARTA ALIR PELAKSANAAN

Penggubalan
kertas konsep

Pelantikan AJK
JK Pengelolaan

Mesyuarat Penyelarasan
Bil. 1

Mesyuarat
Penyelarasan

Pelaksanaan

Penilaian
&
Pelaporan
Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ) ( )
Setiausaha JK Pengelola Pengetua
Sekolah Menengah Keningau 2 Pengerusi JK Pengelola
Sekolah Menengah Keningau 2

Disahkan oleh:

( PPD Keningau )

Diluluskan oleh:

( JPN Negeri Sabah )

9. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

BIL PERKARA FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEP
1 Penyediaan Kertas Konsep
2 Mesyuarat Penyelarasan 1
3 Mesyuarat Penyelarasan 2
4 Pelaksanaan
5 Penyediaan Pelaporan
6 Mesyuarat Pasca Nilai
7 Penghantaran Pelaporan
ke JPNS

You might also like