You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL KOKURIKULUM
SECARA MAYA
(KELAB DAN PERSATUAN)

PERINGKAT SMK TENGKU IBRAHIM


2021

Tarikh:
24 Ogos 2021 – 26 Ogos 2021
(SELASA - KHAMIS)

Masa:
2.00 petang – 4.30 petang

Tempat:
Kediaman Masing-Masing

Anjuran Bersama:
Unit Kokurikulum
SMK Tengku Ibrahim
Guru Pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris
1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum SMKTI mempunyai halatuju untuk mendorong minat serta


kecenderungan semua murid kepada aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar bilik darjah.
Menyedari hakikat tersebut satu karnival kokurikulum diadakan untuk menggalakkan
murid bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum walaupun negara sedang dilanda
pendemik Covid-19.

Karnival ini dianjurkan untuk memberi ruang kepada murid-murid menimba


pengalaman sebanyak mungkin dalam aktiviti luar bilik darjah di samping memberikan
pengiktirafan kepada pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menyertai aktiviti yang
dijalankan.

Memandangkan pendemik belum berakhir, maka aktiviti-aktiviti yang


dilaksanakan hanya melibatkan program atas talian yang bertemakan kemerdekaan.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada pelajar
malah dapat memberi pengalaman baru dalam menimba ilmu luar bilik darjah dalam
kalangan semua murid.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar sekolah yang boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan,
komited, berdaya saing dan menyuburkan budaya kreativiti dalam kalangan pelajar
menggunakan media sosial, paling utama tetap menghayati erti kemerdekaan walau
dalam pendemik Covid-19.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara maya.
3.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan media social.
3.3 Menyemai nilai patriotism dalam kalangan masyarakat.
3.4 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti yang
dipertandingkan.
3.5 Mengeratkan ikatan silaturahim antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang
diadakan walau secara atas talian.

4.0 TEMA

Pantun 2 Kerat: “Hari Kebangsaan Malaysia”


Pantun 4 Kerat: “Hari Kebangsaan Malaysia”
5.0 PELAKSANAAN

24 Ogos 2021 – 26 Ogos 2021 (Selasa - Khamis)

6.0 SASARAN

Semua pelajar tingkatan 1 – 5 (tidak diwajibkan kepada pelajar Tingkatan 5) dan guru SMK
Tengku Ibrahim.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En.Che Adan bin Che Muda [Pengetua]


Pengerusi : Pn. Wan Hasliza bt Wan Abdullah [PK Kokurikulum]
Naib Pengerusi I : Tn. Haji Marzuki bin Ibrahim [PK Pentadbiran]
Naib Pengerusi II : Pn. Rahimah bt Wan Ahmad [PK HEM]
Setiausaha : Cik Nor Atikah bt Aznan
Penyelaras : Cik Ahkmaayu bt Yusof

JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL

HADIAH
- Cik Nurul Asma’ Athiyah binti Asmadi
- Cik Nurul Fatin Aqilah binti Rahim

STATISTIK
- En. Khair Anwar bin Mohamad Yussuf
- Cik Tengku Najihah binti Tengku Zahwin

PELAPORAN & DOKUMENTASI


- Cik Noor Asmak Solehah binti Hamzah
- Cik Nik Noraqidah binti Nik Ali
8.0 AKTIVITI

Bil Tarikh / Masa Acara / Kategori Pengurus / Hakim Pertandingan


Hebahan awal syarat-syarat
pertandingan kepada peserta
24Ogos 2021 pertandingan,
1 (Selasa) Pantun Dua Kerat – Pelajar
Semua Guru Pelatih
2.00 petang Menengah Rendah.
Pantun Empat Kerat – Pelajar
Menengah Atas.
24 Ogos 2021
Tarikh penghantaran penyertaan
hingga
2 pertandingan pantun melalui
26 Ogos 2021
pautan Google Form mengikut Semua Guru Pelatih
(Selasa - Khamis)
setiap tingkatan.
2.00 petang
26 Ogos 2021
3 Tarikh akhir penghantaran
(Khamis) Semua Guru Pelatih
penyertaan pantun.
2.00 petang

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN HARGA JUMLAH SUMBER


KEWANGAN

Hadiah Pertandingan:

Hadiah: Kupon Koperasi


Johan Rm15.00 X 25 RM375.00 BKK
Naib Johan Rm13.00 X 25 RM325.00 (Bantuan
Tempat ke-3 Rm11 X 25 RM275.00 Kokurikulum)
Tempat ke-4 Rm8 X 25 RM200.00
Tempat ke-5 Rm6 X 25 RM150.00
.
RM2 x 125 RM250
SIJIL

JUMLAH KESELURUHAN RM1575.00


10.0 PENUTUP

Penganjuran Karnival kokurikulum SMKTI ini memerlukan kerjasama dan


komitmen daripada semua pihak bagi memastikan seluruh warga sekolah, khususnya
semua pelajar terlibat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan demi menyemarakkan
semangat kerjasama, kreativiti dan membudayakan gaya hidup sihat dalam jiwa seluruh
warganya dengan norma baru.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh Diluluskan Oleh

……………………………….. …………………………………… ……………………………………

(AHKMAAYU BINTI YUSOF) (WAN HASLIZA BINTI WAN (CHE ADAN BIN CHE MUDA)
ABDULLAH)
Pengetua
PK Kokurikulum

You might also like