You are on page 1of 3

LAPORAN PERTANDINGAN ROBOTIK NRC PERINGKAT NEGERI, KUCHING,

2017

Nama Program 2017 NRC COMPETITION


Anjuran Sasbadi dengan kerjasama KPM
Tarikh dan Hari 23 Ogos 2017 & 24 Ogos 2017 (Rabu & Khamis)
Pelaksanaan
Masa 8:00 pagi 5:00 ptg
Tempat Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Sasaran Pelajar Tingkatan 4
Kehadiran / Penyertaan 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring (penyertaan kategori rookie
menengah atas)
Guru Pengiring yang Cikgu Yeo Leong Bing
Bertugas
Jadual Pengisian / 8:00am Pendaftaran
Pelaksanaan Program 9:00am Semak barangan lego robotic, meleraikan robot
9:30am Taklimat dan dikuarantinkan
11:00am Mula membina robot dan mencuba pakai di litar dan Pusingan 1
1:00pm Rehat
2:00pm Kuarantin
2:30pm Mula Pusingan 2
3:00pm Pertandingan tamat
3:30pm Majlis Penutupan
Laporan Pelaksanaan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan satu daripada
Aktiviti aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kelolaan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad yang memberikan
penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid
melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan
menyeronokkan.
Selain itu, NRC juga merupakan usaha berterusan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mempromosikan inovasi serta pendidikan
dalam bidang sains dan teknologi di semua sekolah. Pertandingan ini
menggalakkan murid menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan
membina robot yang hebat bagi menandingi pihak lawan.
Program ini telah diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2017 bertempat di
Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan yang telah
disertai hampir seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada lebih 20
sekolah menengah dan sekolah rendah. Sebelum aktiviti bermula, Cikgu
Yeo telah membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran dan diberi taklimat
ringkas mengenai objektif program ini dijalankan dan peraturan-peraturan
dalam pertandingan ini.
Setiap kumpulan telah diasingkan dan ditempatkan di meja masing-
masing. diberi masa untuk membina robot dan persiapan selama 2 jam.
Pertandingan itu bermula, dan setiap pasukan hanyalah diberikan satu
peluang sahaja. Pertandingan bermula dengan pusingan pertama dan
seterusnya pusingan kedua.
Pada jam 3:30 petang, bermulalah majlis penutupan pertandingan NRC
2017. Terdapat sesi pengambaran selepas pemenang diumumkan.
Walaupun tidak mendapat tempat, pasukan SMK Kemena telah
memperoleh pengalaman yang tidak ternilai. Cikgu Edmond & Cikgu Yeo
berhasrat untuk menyertai pertandingan Robotik pada tahun hadapan.

Gambar-Gambar Aktiviti Sepanjang Latihan dan Pertandingan


Membuat latihan robotik bersama pelapis, Ahli-ahli tengah diterangkan tentang peraturan dan
pelajar-pelajar tingkatan 2 keperihalan pertandingan NRC 2017 (BI)

Membuat pembinaan robot berdasarkan keperluan Menentukan claw yang sesuai untuk digunakan

Diuji pemasangan robot dalam masa yang Latihan pada malam terakhir sebelum pergi ke
ditetapkan Kuching

Pelajar-pelajar dan guru pengiring selamat sampai Bertungkus lumus di bilik hotel
Terminal Bus, Kuching Central.
Pendaftaran dan penempatan Dikuarantin jauh dari guru pengiring
pelajar-pelajar mengikut kategori

Pelajar-pelajar SMK Kemena semasa bertanding

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(Yeo Leong Bing) (Edmond Goh Yang Kai)


Penasihat Kelab Robotik Ketua Penasihat Kelab Robotik,
SMK Kemena, Bintulu SMK Kemena, Bintulu

You might also like