You are on page 1of 3

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

SEKOLAH KEBANGSAAN NONG CHIK, JOHOR BAHRU

LAPORAN PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN 2017

1. Nama Program : Pertandingan Robotik Kebangsaan 2017 Anjuran


Sasbadi dengan kerjasama KPM

2. Tarikh : 07 September & 10 September 2017

3. Hari / Masa : Khamis & Ahad

4. Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat

5. Objektif :

5.1 Mengupayakan pelan pelaksanaan inisiatif secara berkesan dengan


penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
5.2 Memupuk minat murid-murid yang terlibat serta meningkatkan
pemahaman mereka terhadap bidang STEM
5.3 Membuka ruang kepada lebih banyak pasukan dari seluruh negara
bertanding untuk merebut peluang ke pertandingan robotik peringkat
dunia.

6. Sasaran : Murid-Murid dari Tahun 3 dan 4

7. Butiran aktiviti :

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan satu daripada


aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kelolaan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad yang memberikan
penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan


menyeronokkan.
Selain itu, NRC juga merupakan usaha berterusan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mempromosikan inovasi serta pendidikan dalam
bidang sains dan teknologi di semua sekolah. Pertandingan ini menggalakkan
murid menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kreativiti serta
pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat bagi
menandingi pihak lawan.
Program ini telah diadakan pada 07 dan 10 Spetember 2017 bertempat
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah disertai hampir seramai
100 orang pelajar yang terdiri daripada lebih 20 sekolah menengah dan
sekolah rendah. Sebelum aktiviti bermula, Guru Pengiring telah membuat
pendaftaran di kaunter pendaftaran dan diberi taklimat ringkas mengenai
objektif program ini dijalankan dan peraturan-peraturan dalam pertandingan
ini.
Setiap kumpulan telah diasingkan dan ditempatkan di meja masing-
masing. diberi masa untuk membina robot dan persiapan selama 2 jam.
Pertandingan itu bermula, dan setiap pasukan hanyalah diberikan satu
peluang sahaja. Pertandingan bermula dengan pusingan pertama dan
seterusnya pusingan kedua.
Pada jam 3:30 petang, bermulalah majlis penutupan pertandingan
NRC 2017. Terdapat sesi pengambaran selepas pemenang diumumkan.
Walaupun tidak mendapat tempat, pasukan SK Nong Chik telah memperoleh
pengalaman yang tidak ternilai. Cikgu Syahmi & Cikgu Senthil berhasrat
untuk menyertai pertandingan Robotik pada tahun hadapan.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program : Dapat dilaksanakan dengan jayanya atas


kerjasama semua guru.

8.2 Kelemahan Program : Masa latihan yang tidak mencukupi dan


pendedahan murid yang kurang.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Perisian Robotik perlu ditambah baik dengan bantuan pakar supaya


segala kelemahan dapat diatasi dan persediaan awal sebelum pertandingan
perlu dipertingkatkan lagi dengan manambahkan tempoh latihan dan
kekerapan latihan.

9. Dokumentasi Bergambar : Lihat Lampiran

Disediakan Disahkan :

……………………… …………………….

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like