You are on page 1of 5

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN 2018

1. Nama Program : HARI KEUSAHAWANAN SMK KOTA MASAI

2. Tarikh : 28 JULAI 2018

3. Hari / Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang

4. Tempat : Sanggar Ilmu Hj Jamaluddin dan Dataran Ilmu

5. Objektif
i. Untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar
dalam penguasaan Matematik dan bidang
keusahawanan.

ii. Untuk memupuk semangat kerjasama dalam


kalangan warga SKOMAS.

iii. Untuk mengumpul dana yang akan digunakan untuk


kebajikan pelajar.

iv. Untuk mencapai matlamat RIMUP dalam kalangan


pelajar pelbagai bangsa.

6. Sasaran Semua warga SMK Kota Masai, ibu bapa dan


masyarakat setempat

7. Butiran aktiviti :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Unit Kokurikulum SMK Kota Masai menganjurkan Hari Keusahawanan


Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 28 Julai 2018. Program ini
akan diadakan seawal 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Gerai-gerai jualan
akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Selain
jualan makanan dan minuman oleh pelajar, pihak penganjur juga memberi
peluang kepada peniaga luar untuk berniaga di tapak yang disediakan
dengan kadar sewa yang berpatutan iaitu RM 150.00.

Majlis dirasmikan oleh En Yahya Bin Haron pada 7.45 pagi. Beliau
merupakan Pegawai Khas MP Tebrau (2018). Selepas perasmian beliau
diiringi Pengetua dan Pengerusi PIBG melawat tapak perniagaan kelas-
kelas dan juga semua kawasan pameran .
Beberapa pertandingan diadakan sepanjang hari keusahawanan iaitu
pertandingan pakaian bergaya, pertandingan mewarna, pertandingan lagu
puisi dan cabaran berbasikal perlahan. Pertandingan Infiniti challage dan
pawagam dijalankan sepanjang minggu hari kantin.

Pameran dan aktiviti yang diadakan adalah


- Zoo - Tuju lagu
- Rumah misteri - Pemeriksaan kesihatan
- Jualan amal.
- Petrosains/playsmart
8. - Photoboth - Giant Bubble
- Silap mata - Fun fair

Pemenang pembeli kupon terbanyak

Sesi pagi
1. Muhammad Syazwan B Mohd Rizal (1P)
2. Mohammad Nabil Azraei B Ahaddei (1O)

Sesi petang
1. Kiraan A/L Pooneswaran (3P2)
2. Lee Wei Shun (1L)

Pemenang kelas terbanyak mendapat keuntungan


Sesi pagi : 5 BZ1 (RM 489.25)
Sesi petang : 3 Arif (RM 744.00)
Penilaian Program

8.1 Kekuatan Program :

8.1.1 Kerjasama yang baik antara semua guru AJK dan AJK Pelajar dalam
membantu menjayakan program ini.
8.1.2 Kerjasama yang jitu antara pihak luar yang merancang lawatan serta
sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah
8.1.3 Perjalanan program berjaya mengikut masa dan jadual seperti yang
dijadualkan.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8.1.4 Atur cara program yang dirancang dengan sangat baik menarik minat
pelajar dan pengunjung.

8.2 Kelemahan Program :

8.1.1 Terdapat masalah teknikal di awal majlis (tiada bekalan elektrik)


menyebabkan kerugian masa dan bahan.
8.1.2 Pelajar berkumpul di kelas yang berniaga menyebabkan pembeli sukar
untuk membeli kerana terlindung dengan pelajar.
8.1.2 Banyak menu yang berulang.
8.1.3 Kawasan gerai yang padat dan terhad
.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :

8.1.1 Kurangkan bilangan gerai yang berniaga makanan (2 kelas kongsi 1


gerai).
8.1.2 Sumber bekalan elektrik yang mencukupi
8.1.3 Perlu ada AJK kawalan mengawal dan mengarahkan pelajar agar tidak
berkumpul di kawasan gerai.
8.1.4 Mengadakan program sebagai acara dwitahunan.
8.1.5 Gerai pelajar dibuka ke kawasan lain.

9. Dokumentasi Bergambar :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..


( PN HIRNANY BT A.RAHMAN)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like