You are on page 1of 11

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR


KULAI

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2021

Tarikh : 17 Januari 2021


Masa : 08.30 – 12.40 tengahari
Tempat : Makmal Komputer 1, SMK Kulai Besar
Stesen masing-masing (https://meet.google.com/bgq-wnjd-dkc)
Pengerusi : Cikgu Mohd Azam Bin Anuar
Kehadiran : 98 orang

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan dan mengucapkan terima


kasih atas kehadiran semua guru. Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-
Fatihah.
Makluman

1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik SMK Kulai Besar
kerana telah bekerja keras dan memberi sumbangan sepanjang sesi 2020. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru yang telah mengambil tindakan untuk
melaksanakan tugas tanpa diarahkan oleh pihak sekolah semasa cuti dan kepada
guru-guru yang membantu menyiapkan pelbagai dokumen untuk sekolah. Bagi guru-
guru yang telah memberi sumbangan tetapi tidak diketahui atau dilihat oleh
pentadbir, hanya Allah SWT yang akan membalasnya.
Makluman

1.3. Selain itu, pengerusi juga membuat refleksi berkaitan perjalanan persekolahan
sepanjang tahun 2020. Pengerusi mengharapkan agar guru sentiasa menghargai
kerjaya, serta menganggap murid seperti anak sendiri. Fasiliti yang kita ada dalam
bidang pendidikan jauh lebih baik berbanding sesetengah jabatan lain. Sekiranya
terdapat sebarang cadangan, bolehlah diajukan kepada pihak MPGK bagi memberi
kemudahan yang lebih selesa kepada guru.
Makluman

1.4. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah tentang kehadiran murid.
Kehadiran murid yang masih belum mencapai 98% pada tahun 2020, pastinya akan
memberi impak terhadap pencapaian akademik murid dan pembinaan kualiti sahsiah
murid. Manakala dari segi akademik pula, GPS peperiksaan SPM masih belum
mencapai 4.9 Mata Gred.
Makluman

1.5. Selain itu, pengerusi juga mensasarkan jualan koperasi sebanyak RM 1 juta bagi
membantu dalam pembangunan dan aktiviti sekolah.
Makluman

1.6. Pengerusi juga mengingatkan tentang pelaksanaan 4 peranan PIBG seperti yang
terkandung dalam perlembagaan PIBG, iaitu membantu dalam memajukan
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan


sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah, meningkatkan
kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah
dengan masyarakat setempat, dan meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya
dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.
Makluman

1.7. Pengerusi turut menyatakan masih terdapat beberapa kelemahan dalam pengendalian
program ataupun majlis-majlis utama sekolah yang menuntut kepada kerjasama
semua pihak. Setiap aktiviti atau program yang dijalankan perlu dimaklumkan dan
mendapat kebenaran dari pihak pentadbir sekolah selari dengan prinsip yang
diamalkan iaitu ‘SAKITA’,“Saya Kerana Kita”, “I am because we are” dan
“UBUNTU”.
Makluman

1.8. Selain itu, pengerusi juga menekankan tentang hala tuju sekolah. Beliau
mengingatkan para guru untuk menerapkan unsur-unsur yang ingin kita bekalkan
kepada pelajar iaitu kualiti akademik, kualiti sahsiah, nilai keusahawanan,
penguasaan pelbagai bahasa dan cinta alam sekitar “Agro School”.
Makluman

1.9. Beliau juga meminta para guru agar memastikan SMK Kulai Besar berada pada
kedudukan Top 10 iaitu antara 10 sekolah terbaik di daerah Kulai. Guru perlu
membantu murid dan perlu meunjukkan kehebatan tanpa segan selaras dengan
tagline sekolah iaitu “Success Nothing Less”. Selain itu, beliau ingin menjadikan
SMK Kulai Besar sebagai sekolah bercirikan digital (digital school) dengan
sokongan pelbagai.

Makluman

1.10.Pengerusi juga menekankan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM), Bab 2 tentang Aspirasi Murid dan Sistem. 6 Aspirasi Murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian serta identiti nasional. Bab 3 tentang Prestasi Semasa. 5 Prestasi
Semasa iaitu akses kepada pendidikan, kualiti pendidikan, ekuiti dalam pendidikan,
membina perpaduan melalui pendidikan dan memaksimumkan kecekapan. Bab 4
tentang Pembelajaran Murid. 5 Pembelajaran murid iaitu Kurikulum dan Pentaksiran,
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM), bahasa, kumpulan
berkeperluan khusus dan kurikulum dan pentaksiran. Bab 5 tentang guru dan
pemimpin sekolah. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
dan memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah.
Makluman

1.11.Antara implikasi PPPM terhadap guru ialah dapat melahirkan murid yang berkualiti
(kemenjadian), guru yang berkualiti menjadi aset kepada pihak sekolah, berusaha
menghasilkan pelajar yang berkualiti, pencapaian sebagai suatu matlamat, sentiasa
meningkatkan kompetensi diri, melihat pelajar seperti anak sendiri dan mampu
menyesuaikan diri dengan perubahan dan sebagainya.
Makluman
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 5/2020

Dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Shahrizal bin Sha'ari.


Disokong untuk pengesahan oleh Cikgu Kharween Arbaeyah binti Abu Samah.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perutusan Pengerusi Dan Respon berkenaan isu :1.6


Cikgu Komalah Nadarajan, setiausaha unit PSS menerangkan tentang sistem digital
di Pusat Sumber Sekolah. Antaranya, mewujudkan kemudahan e-Book, e-Majalah,
e-Suratkhabar, bahan pendidikan, bahan PdPc dan video pendidikan. Pihak PSS
juga menyediakan ruang maya seperti e-Nilam iaitu IQ Nilam dengan merekod
bacaan Nilam menggunakan ID DELIMA bermula tahun 2021, rak digital portal
dan website. Selain itu juga, PSS ada menyediakan pertandingan atau aktiviti
secara atas talian dan rak buku maya secara flipbooks seperti Majalah Reader’s
Digest.
Makluman

3.2 Laporan Tahunan SPBT (4.1.2.3)


Cikgu Iskandar Zulkarnain bin Abd Manaf, Penolong Kanan HEM memaklumkan
bahawa sebarang tindakan berkaitan dengan SPBT akan dilaksanakan mengikut
SOP daripada Kementerian dan akan diberitahu dari masa ke masa dan maklumat
terkini akan dipaparkan dalam telegram rasmi sekolah.
Makluman

3.3 Laporan Tahunan Pengurusan dan Pemantauan Kantin (4.1.3.2)


Cikgu Suhaini binti Abas, Setiausaha unit Kantin akan mengambil tindakan seperti
mengingatkan pengusaha kantin untuk membuat pembayaran pada masa yang telah
ditetapkan sebelum 5haribulan pada setiap bulan.

Tindakan: Setiausaha Unit Kantin

4.0 PEMBENTANGAN DAN PELAPORAN

4.1 Pengurusan Kurikulum


4.1.1 Cikgu Mohamad Nasruddin bin Yusoff, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
mengucapkan syukur kerana warga pendidik SMK Kulai Besar dapat
berkumpul bersama-sama dalam mesyuarat hari ini walaupun berbeza tempat.
Beliau mengharapkan agar para guru fokus dan mulakan dengan niat yang
baik.

Makluman

4.1.2 Beliau memberi penerangan tentang Buku Pengurusan 2021 dan penetapan
dasar sekolah. Murid tingkatan 5 bagi tahun 2020 akan mula bersekolah pada
20 Januari 2021. Jadual waktu akan diedarkan.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Makluman

4.1.3 Selain itu, kekuatan sekolah pada tahun 2021 ialah memiliki seramai 111
orang guru, 1402 orang murid, 56 buah kelas, 7 buah kelas Pendidikan Khas
dan seramai 16 orang AKP.
Makluman

4.1.4 Beliau juga turut menerangkan tentang dasar sekolah berdasarkan buku
pengurusan sekolah. Antara perkara yang terkandung dalam dasar tersebut
ialah Mesyuarat Kurikulum 2021 akan diadakan sebanyak 4 kali setahun,
diskusi akademik sebanyak 2 kali setahun, mesyuarat audit akademik/ Dialog
Prestasi sebanyak 2 kali setahun, mesyuarat Panitia sebanyak 4 kali setahun.
Mesyuarat panitia bilangan 1 akan diadakan pada 17 Januari 2021 mengikut
bidang masing-masing.
Tindakan : Semua Pentadbir

4.1.5 Beliau juga mengingatkan tentang rekod mengajar iaitu e-Rekod yang perlu
disediakan oleh guru. Para guru perlu menggunakan e-mail KPM untuk
mengakses e-Rekod. Penyemakan e-Rph akan dibuat oleh pihak pentadbir dan
para guru perlu menghantar e-Rekod pada hari terakhir persekolahan pada
minggu tersebut.
Makluman

4.1.6 Selain itu, beliau juga mengingatkan tentang pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru diingatkan supaya masuk ke kelas
mengikut waktu yang telah ditetapkan dan membuat pengawalan kelas dengan
baik. Beliau juga berharap agar guru-guru bersedia dengan alat bantu mengajar
dan menyediakan latihan bertulis kepada murid. Selain itu, pastikan juga
murid mempunyai buku latihan dan buku nota untuk melancarkan sesi pdpc.
Interaksi antara guru dan murid perlulah berhemah dan sekiranya murid
melakukan kesalahan, guru perlulah memberi denda yang positif. Pemantauan
pdpc secara dalaman juga akan dilakukan oleh pihak pentadbir.

Makluman

4.1.7Beliau mengingatkan bahawa program peningkatan kurikulum 2021 perlulah


mengikut  PTPO. Beliau mengharapkan agar setiap panitia telah menyediakan
takwim tahunan masing-masing. Penyediaan soalan peperiksaan/pentaksiran,
ujian dan latih tubi perlulah mengikut ketetapan panitia, perlu mendapatkan
kebenaran pengetua dan penolong kanan pentadbiran untuk diperbanyakkan.

Tindakan: Ketua Panitia

4.1.8Beliau juga menerangkan tentang pakej tingkatan 4/2021. Tingkatan 4


mempunyai 9 kelas seperti berikut:

KELAS TERAS ELEKTIF

4 AMAL BM, BI, MM, SEJ, PI/PM FIZ, KIM, BIO, MT, BC/BT, KT

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 BAKTI BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM PA, PG, MT, BC/BT, KT
4 CEKAL BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM PA, EKO, TI, BC,BT, KT
4DEDIKASI BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM PG, PSV
4 EFEKTIF BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM TI, PSV, BC/BT, KT
4 FASIH BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM PSV, BC/BT, KT
4 GIGIH BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM PSV, BC/BT
4HARMONI BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM BC/BT
4 IKHLAS BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM BC/BT
4 JUJUR BM, BI, MM, SEJ, SN, PI/PM BC/BT

Makluman

4.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)

4.2.1 Penolong Kanan HEM, Cikgu Iskandar Zulkarnain bin Abd Manaf
menyatakan hasrat melaksanakan pengurusan Hal Ehwal Murid yang
berkualiti menjelang tahun 2021. Beliau menyatakan hasrat akan tercapai
sekiranya pengurusan Hal Ehwal Murid dan Disiplin di sekolah ini dapat
mencapai kehadiran murid 98 %, mewujudkan dan mendidik pelajar-pelajar
yang menyanjung tinggi dan mematuhi peraturan serta tatatertib sekolah
yang telah ditetapkan, mencapai mutu disiplin yang cemerlang ke arah
SALAHLAKU SIFAR yang akan mewujudkan iklim sekolah yang tenteram
dan kondusif kepada proses Pdpc.
Tindakan: Setiausaha HEM

4.2.2 Antara program HEM yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 ialah
Watikah Lantikan Pengawas/ Ketua Tingkatan, Minggu Suaikenal Pelajar
Tingkatan 1, Minggu Suaikenal Pelajar Tingkatan 4, Minggu Anti Dadah,
Rokok , Aids & HIV, Sambutan Maulidur Rasul, Pemeriksaan Disiplin Rapi
dan Pameran Kerjaya, Kem Kepimpinan Pengawas, Pustakawan, PRS dan
Ketua Tingkatan Sekolah, Latihan Kecemasan Bencana, Gotong Royong
Keceriaan. Anti Aedes dan Denggi, Program selepas Peperiksaan PT3 dan
Tingkatan Peralihan, Satu, Dua dan Empat, Program Ihya’ Ramadhan,
Program Khatam Al-Quran, Iftar Jamai’e, dan Solat Hajat Perdana dan lain-
lain boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan Sekolah.
Tindakan: Setiausaha HEM

4.2.3 Bagi unit SPBT, data pelajar dalam kelas akan dimasukkan ke dalam
borang/perisian yang dikeluarkan oleh JPN. Semua pelajar adalah layak
menerima SPBT kecuali warganegara asing sahaja. Proses peminjaman dan
pemulangan buku hanya ditetapkan oleh unit SPBT sahaja. Guru tingkatan
diminta untuk membantu menguruskan hal yang berkaitan. Kehilangan dan
kerosakan buku teks mesti diganti dengan buku yang sama atau perlu
membuat bayaran mengikut harga buku yang asal. Buku teks tidak boleh
ditinggalkan di dalam kelas. Ajk SPBT akan memantau dan mengambil
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

tindakan. Urusan stok dan pelupusan SPBT mengikut arahan dari semasa ke
semasa menggunakan perisian (emateks/sisteks).
Tindakan: Setiausaha SPBT
4.2.4 Bagi unit Kantin pula, jawantan kuasa kantin sekolah akan membuat
pemantauan secara harian/mingguan. Laporan penilaian/pemantauan secara
harian dan mingguan akan menggunakan borang yang telah ditetapkan dan
markah online perlu dihantar ke PPD pada setiap awal bulan iaitu sebelum 2
haribulan. Ulasan dapatan perlu diberikan bagi melihat cadangan dan
penambahbaikan pada harga makanan/minuman pelajar atau guru, prasarana,
keceriaan dan lain-lain. Jika terdapat isu berbangkit, jawatan kuasa kantin
sekolah akan membuat mesyuarat. Jawatan kuasa kantin dan guru bertugas
mingguan akan memantau semasa waktu pelajar rehat bagi menengah atas
dan menengah rendah. Selain itu, pemantauan juga akan dilakukan terhadap
persekitaran dan keceriaan kantin bagi mewujudkan konsep kantin
berinformasi dan ceria.
Tindakan: Setiausaha Unit Kantin

4.2.5 Untuk makluman, setiap unit di bawah HEM akan melaksanakan perkara-
perkara berikut iaitu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa  sebanyak 3 kali setahun,
pengurusan fail-fail jawatankuasa, pengagihan tugas dan penerangan manual
kerja ajk, maklumat dan data pelajar yang berkaitan, perancangan program
tahunan (taktikal dan operasi), perancangan peruntukan/ sumber kewangan,
pelaksanaan program/kumpulan sasaran dan laporan pelaksanaan program.

Tindakan: Setiausaha HEM

4.2.6 Antara aplikasi sistem atas talian dan instrumen penilaian kendiri bagi unit
HEM ialah Sistem Sahsiah Diri Murid melalui SSDM, Sistem Kehadiran
secara “online”, Aplikasi Profil Data Murid melalui system APDM, Sistem
Penarafan Keselamatan Sekolah melalui e-SPKS, Aplikasi Pengurusan
Aduan Disiplin dan Pendidikan melalui e-PIDP, Penarafan Kendiri melalui
PPDa, Sistem Skim Pinjaman Buku Teks melalui eMATEKS/ SISTEKS,
Penilaian Kendiri Unit Bimbingan dan Kaunseling, Penilaian Kendiri Kantin
Sekolah, Penilaian Kendiri AEDES/ denggi, Penilaian Kendiri Obesiti dan
Kehadiran Bulanan melalui e-kehadiran.
Makluman

4.2.7 Antara dokumen dan rekod yang diguna oleh unit HEM ialah:

DOKUMEN/ REKOD WAKTU REKOD/ TINDAKAN/


SEMAK GURU/PELAJAR
REKOD PDPC KELAS SETIAP WAKTU PDPC SEMUA GURU MP
REKOD OP TANDAS SEMASA PDPC MURID/ GURU
DILAKSANAKAN
REKOD KEBERSIHAN WAKTU AKHIR P&P SEMUA GURU MP WAKTU
KELAS DI KELAS AKHIR
KAD KELUAR KELAS SETIAP WAKTU PDPC MURID/GURU

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

REKOD PENGUMUMAN SETIAP MINGGU GURU BERTUGAS


PERHIMPUNAN/ KOKU/ MINGGUAN
KHAS
SLIP SALAHLAKU SEPANJANG MASA SEMUA GURU
MURID
REKOD MERIT DE MERIT SEPANJANG MASA SEMUA GURU
PEMANTAUAN KANTIN SETIAP MINGGU AJK KANTIN

PEMANTAUAN AEDES SETIAP MINGGU AJK AEDES/ DENGGI


MURID HADIR LEWAT SETIAP HARI GURU DISIPLIN/GURU
BIMBINGAN &
KAUNSELING
MURID PONTENG SETIAP HARI GURU TINGKATAN
SEKOLAH 
MURID PONTENG KELAS SETIAP WAKTU PDPC SEMUA GURU MP
(REKOD PDPC)
MURID SAKIT (REKOD SETIAP HARI GURU BERTUGAS
MURID SAKIT) MINGGUAN
KEHADIRAN MURID  SETIAP HARI GURU TINGKATAN &
( eKEHADIRAN) GURU AJK eKEHADIRAN
KES DISIPLIN/ REKOD SETIAP HARI SEMUA GURU
DISIPLIN
DATA SSDM SETIAP MINGGU AJK SSDM

REKOD INVENTORI SETIAP BULAN GURU TINGKATAN


KELAS
ANALISIS BULANAN SETIAP HARI/BULAN GURU TINGKATAN
KEDATANGAN MURID
ENROLMEN MURID SETIAP BULAN AJK GURU DATA
 APDM SETIAP BULAN GURU AJK  APDM/ GURU
TINGKATAN
SSDM SETIAP KALI ADA GURU DISIPLIN/SEMUA
KES DISIPLIN GURU
(ADUAN)/
AMALAN BAIK
REKOD KESIHATAN IKUT KEPERLUAN GURU TINGKATAN/ AJK
MURID KESIHATAN

Makluman

4.2.8 Perhimpunan pada hari pertama sekolah 2021 adalah mengikut tatacara dan
atur cara perhimpunan rasmi  sekolah. Walaubagaimanapun, sekiranya PKP
murid dan guru tingkatan akan berada di kelas. Manakala pengetua dan
penolong kanan atau guru akan berucap dari bilik kaunseling. Pastikan PA
sistem berfungsi dengan baik, bendera terpasang rapi, pengagihan tugas

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

guru ajk disiplin dan pengawas untuk menguruskan perhimpunan rasmi


sekolah dan lagu rasmi mengikut susunan yang betul.
Tindakan: Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
4.2.9 Penyelaras Minggu Suaikenal bagi murid tingkatan satu ialah cikgu Suryani
binti Ahmad dan penyelaras Minggu Suaikenal bagi murid tingkatan empat
ialah cikgu Wan Noorlela bt Wan Ab. Rahman. Perlaksanaan Minggu
Suaikenal adalah mengikut tarikh kenaikan sekolah dari KPM.

Tindakan: Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling

4.2.10 Isu semasa unit HEM ialah murid keluar dan masuk ke kelas semasa waktu
pembelajaran atas arahan guru, murid tidak memakai kad kebenaran keluar
kelas, data kehadiran murid secara online tidak diperoleh pada jam 8.30
pagi bagi sesi pagi dan pada jam 2.00 petang bagi sesi petang, data murid
tidak ada/ tidak lengkap / tidak kemaskini dalam sistem APDM, maklumat
dalam rekod pdpc tidak dilengkapkan, makluman murid ponteng sekolah
lewat dimaklum kepada penolong kanan HEM.
Makluman

4.2.11 Penyelesaian isu unit HEM ialah semua guru tidak mengarahkan murid
keluar kelas semasa P&P dilaksanakan, Guru MP pastikan murid ada/pakai
kad kebenaran keluar kelas sebelum dibenarkan keluar kelas, Murid akan
direkodkan nama dan maklumat kesalahan oleh Guru Disiplin ( Diberi
Amaran/ hukuman sewajarnya), Guru Tingkatan dan Pengawas bertugas
perlu dipantau/ diingatkan tentang peranan mereka. Guru Tingkatan perlu
mengemaskini/ minta maklumat dari murid. Guru MP mesti melengkapkan
rekod sebelum memulakan Pdpc/ JK Rekod Pdpc perlu lebih proaktif. Guru
MP perlu mengarahkan murid menulis rekod sebelum dibenarkan keluar
kelas. Surat amaran kepada murid ponteng sekolah perlu diambil tindakan
dan dilaporkan SEGERA kepada PK HEM.
Makluman

4.2.12 Sasaran utama unit HEM 2021 ialah mencapai kehadiran 98% kehadiran
murid ke sekolah, mencapai kpi dalam salahlaku disiplin, kehadiran lewat 
dan kes ponteng dalam kalangan murid, mempunyai keceriaan kelas dan
membentuk sahsiah murid yang mantap dan berkeperibadian tinggi.

Makluman

4.2.13 Hasrat daripada unit HEM akan menjadi realiti melalui kolaberatif daripada
unit kaunseling & disiplin sekolah, pengurusan data dan aplikasi sistem data
disiplin murid, program “engagement” dengan agensi
luar/PIBG/NGO/komuniti setempat iaitu PIBK & KSIB serta komitmen dan
kerjasama guru, pentadbir, murid dan ibu bapa murid.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Makluman

4.3 Pengurusan Kokurikulum

4.3.1 Ustaz A. Rahman bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum


mengucapkan terima kasih atas iltizam dan istiqamah guru-guru mmberi
sumbangan dalam aktiviti kokurikulum 2020. Banyak kejayaan yang telah
dicapai pada awal tahun sebelum PKP 1.0. Semua kejayaan telah dimaklumkan
dan dikongsi bersama.

Makluman

4.3.2 Analisis markah keseluruhan Kokurikulum bagi tahun 2020 ialah GPS 2.76,
GPS bagi Kelab Persatuan ialah 2.84, GPS bagi Sukan Permainan ialah 2.95
dan GPS bagi Badan Beruniform ialah 2.93.
Makluman

4.3.3 Bagi Tahun 2021, aktiviti kokurikulum direhatkan pada awal tahun dan belum
pasti bila beliau akan melaporkan pencapaian dalam PAJSK terutama bagi
murid tingkatan 5. Selain itu, beliau mengucapkan tahniah atas kerjasama
semua guru penasihat dalam PAJSK 2020. Kesilapan yang berlaku dalam
pengisian ajk kokurikulum telah diperbaiki. Semua sijil dalam bentuk pdf telah
dimasukkan ke Telegram info success nothing less.
Makluman

4.3.4 Harapan daripada unit Kokurikulum ialah supaya pandemik Covid19 ini akan
cepat berlalu agar program yang dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan
seperti yang telah dirancangkan.

Makluman

4.4 Pengurusan guru-guru sesi petang

4.5.1 Cikgu Elanggovan a/l M. Savarimuthu, Guru Penolong Kanan Petang


menyatakan terima kasih beliau terhadap semua guru-guru petang di atas
kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau memulakan tugas di sekolah
ini.

Makluman

4.5.2 Bermula pada 20 Januari 2021, Pdpr sudah mula dijalankan, dan guru perlu
menyediakan kumpulan yang menggabungkan kelas sama ada menggunakan
medium WhatsApp ataupun Telegram.

Tindakan:Guru Penolong Kanan Petang

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.5.3 Penjadualan guru yang perlu hadir ke sekolah untuk bertugas akan diberi
senarainya secara mingguan dan guru perlu datang pada waktu pagi. Manakala
guru yang lain akan menjalankan Pdpr di rumah.

Tindakan: Guru Penolong Kanan Petang

4.5.4 Sekiranya ada pelajar yang keluar daripada kumpulan WhatsApp ataupun
Telegram tanpa sebab, guru diminta untuk melaporkan bagi tindakan pihak
sekolah.
Tindakan: Guru Penolong Kanan Petang

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Cikgu Mohd Amiruddin bin Jusoh, Pengerusi Majlis Permuafakatan Guru dan
Kakitangan (MPGK) 2020, memaklumkan tentang ringkasan perbelanjaan
program/aktiviti MPGK bagi tahun 2020. Sebanyak 27 program yang telah
dilaksanakan dengan perbelanjaan sebanyak RM16,895.

Makluman

5.2 Selain itu, beliau mengingatkan supaya guru-guru membuat undian yang telah
disediakan dalam Telegram sekolah bagi membuat pemilihan jawatankuasa
MPGK yang baru bagi tahun 2021.
Makluman

PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua yang hadir dan mengharapkan kerjasama daripada semua
pihak untuk program-program yang dirancang. Majlis ditutup dengan bacaan Surah Al-
Asr dan Tasbih Kafarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.40 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(KHAIRANI BINTI AWANG HAMAT
@MOHAMED)
Pencatat minit mesyuarat
Tarikh: 16 Disember 2020 ......................................................

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

(MOHD A’ZAM BIN ANUAR)


Pengetua
SMK Kulai Besar

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like