You are on page 1of 2

PELAN OPERASI PEMAJUAN SEKOLAH

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA MADANI


SK. ST. PAUL 2023
Nama Projek Program Sambutan Hari Raya Madani 2023
Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu,
kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi
yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana
modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang
intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah
negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara
Matlamat
terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.
Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan
berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen
pendidikan lain seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini,
Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk
melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.
3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan
sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah
mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh
Objektif warga sekolah.
3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan
kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat)
Tarikh / Masa Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Terbuka
1. Murid-murid
2. Guru- guru SK St Paul
Kumpulan Sasaran
3. Ibu bapa / Penjaga
4. Komuniti Setempat
Guru Terlibat Merujuk kepada Buku Pengurusan HEM 2023 / Lampiran
Proses Kerja 1 Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar Pengerusi Lembaga
Pengurus Sekolah,GPK Tadbiran,GPK HEM,GPK Kokurikulum dan
AJK kerja berhubung dengan program dan perkara berikut:
1.1 Tarikh
1.2 Masa
1.3 Anggaran Perbelanjaan
1.4 Pembahagian Tugas

2 Menyediakan kertas kerja untuk perhatian dan makluman pihak


pengurusan sekolah & PIBG
3 Pembahagian tugasan untuk kelicinan program
4 Perlaksanaan aktiviti
5 Penilaian program
6 Menyediakan laporan untuk penilaian GPK HEM.

1. Jamuan Murid (RM 3.50 x 602 murid) = RM 2107.00


2. Jamuan Guru & Jemputan (RM 5.00 x 150 orang) = RM 750.00
Anggaran
3. PA System = RM 500.00
Perbelanjaan
4. Banner & Pentas = RM 1000.00
5. Jumlah keseluruhan = RM 4357.00

1. Sumber kewangan
Kekangan
2. Masa & Tempat
Pemantauan Pemantauan daripada pengurusan sekolah.
Penilaian dijalankan selepas sesuatu program dilaksanakan bagi
Penilaian
mengenalpasti keberkesanan program.
Berdasarkan hasil penilaian,penambahbaikan akan dilakukan bagi
Penambahbaikan memperbaiki kelemahan.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

.…………………… …………………….
(En. Mohamad Tarmidi Bin Meh) ( En. Santhanasamy Amaladas)
Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK. St. Paul,Seremban SK St Paul, Seremban

You might also like