You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA

JALAN SS5B/3 47301


PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 1/2021

Tarikh : 12 Januari 20201(Isnin)


Masa : 8.30 pagi

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Marwan bin Mansor GPK Hal Ehwal Murid
2. Mohammad Izaham bin Mohammad Nor GPK Kokurikulum
3. Chen Siew Chin GPK PPKI

Turut Hadir :
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)


Tiada

Tidak Hadir (Tanpa sebab)


Tiada

Urus Setia Mesyuarat:


1. Zainah binti Mohd Lip (Pengerusi)
2. Nordaizah binti Derani (Pencatat minit)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan alu-aluan dan selamat datang ke sesi 2021 kepada barisan Penolong Penolong Kanan Sekolah
Kebangsaan Sri Kelana:
Ø Pn Nordaizah bt Derani (GPK Pentadbiran)
Ø En.Marwan bin Mansor (GPK HEM)
Ø En.Mohammad Izaham bin Mohd Noor (GPK Kokurikulum)
Ø Pn.Chen Siew Chin (GPK Pendidikan Khas)

1.2 Tahun 2020 tinggal kenangan dan memori yang sesiapapun tidak dapat lupakan dalam lipatan sejarah.
Kehadiran Pendamik COVID19 ke atas negara dan seluruh dunia memberikan kesan terhadap keseimbangan kita
manusia dalam pelbagai aspek JERIS.

1.3 Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan tetapi penyertaan tidak secara 100%
disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid antarnya tiada peranti, tiada akses internet, kesukaran
kerana berkongsi komputer dan peranti dengan adik-beradik lain.

1.3 Terima kasih kepada barisan Penolong Kanan dalam melaksanakan tugas dengan

1
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604
sangat baik walaupun menghadapi pelbagai rintangan kesan daripada pendamik COVID-19.

1.4 Dengan masalah yang ada kita perlu sedar dan bangkit semula untuk membuat penambahbaikan untuk
pembangunan sekolah pada tahun 2021 khasnya melibatkan isu pelajaran dan kemenjadian murid.

Tindakan : Makluman semua GPK

2.0PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LALU

TIADA

3.0 MAKLUM BALAS MINIT LALU


TIADA

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1Keberadaan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sesi 2021

4.1.1 Kekurangan Guru/AKP


Ø Guru : BM : 1 orang
BI : 1 orang
PI : 1 orang

Ø AKP : PPM : 1 orang (PPKI)


Ø PK : Tidak berkaitan

4.1.2 Permohonan prtukaran guru tahun 2020 untuk sesi 2021


Ø Guru : 10 permohonan : Tiada yang diluluskan
Ø AKP : 0 permohonan : Tiada berkaitan
Ø GPK : 2 permohonan : Dalam proses

4.1.3 Permohonan Masuk


Ø Guru : 1 masuk (Puan Elaine Lee San San: Dari Keningau Sabah)
Ø AKP : 1 masuk (Puan Asmaa binti Mohamed @ Saleh : Dari Kuala Lumpur)
Ø PK : Dalam proses sekiranya permohonan Guru Penolong Kanan diluluskan.

Tindakan: Makluman GPK

4.2 VISI DAN MISI SEKOLAH

4.2.1 VISI KPM


Pendidikan Berkualit, Insan Terdidik Negara Sejahtera

2
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604
4.2.2 MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendididkan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

4.2.3 INTREPRESTASI VISI


Menyediakan pendidikan yang berkualiti dengan pengajaran dan pembelajaran yang
efektif dan berkesan secara optimum mengikut situasi semasa bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan berdaya saing demi malaysia yang
sejahtera dan maju

4.2.4 Visi dan Misi ini perlu disebarluaskan kepada semua warga sekolah (guru, murid dan AKP)
serta ibu bapa agar matlamat dan hala tuju sekolah dapat dicapai

Tindakan: Makluman GPK

4.3 PIAGAM PELANGGAN

4.3.1 PIAGAM PELANGGAN


Untuk meralisasikan Visi dan Misi SK Sri Kelana, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam
berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti;

Kepada Murid
Memberikan peluang dan keutamaan kepada semua murid untuk memperkembangkan
potensi diri melalui pendidikan yang berkualiti, seimbang dan menyeluruh.

Kepada Guru dan Pekerja


Menyediakan suasana kerja yang selesa, kondusif dan mesra demi melahirkan guru dan
pekerja yang berintegriti, komited, kreatif dan berinovasi.

Kepada Ibu Bapa dan Masyarakat


Menjalin hubungan mesra dan berkesan demi kepentingan dan kemajuan sekolah.

Tindakan: Makluman GPK

4.4 PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH (PSO)

4.4.1 Perancangan Strategik sekolah (PSO) perlu dibuat oleh sekolah khasnya yang induk oleh Guru Besar untuk
tempoh 5 tahun bermula (2021-2025). Selaras dengan Gelombang ke-3 PPPM. Format penulisan dan
penyediaan PSO adalah diselaraskan di seluruh PPD Petaling Utama.

4.4.2 11 PSO Induk sekolah disediakan sebagai panduan hala tuju sekolah melibatkan 4 teras
dan 9 bidang. Namun pihak sekolah akan menunggu semakan daripada PPD untuk
penetapan bilangan PSO Induk yang perlu untuk peringkat induk sekolah.

3
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604

4.4.3 PSO Sekolah dibina berdasarkan 4 Teras dan 9 bidang:

4 Teras
- Pembelajaran murid
- Guru dan pemimpin sekolah
- Trasformasi Kementerian
- Struktur sistem

9 Bidang
- Kurikulum dan Pentaksiran
- Profesions Bahasa
- Kualiti Sekolah
- Kualiti Guru
- Kualiti Pengetua /Guru Besar
- Kapasiti dan Keupayaan Penyampaian
- Produktiviti Sumber
- Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta
- Laluan Pendidikan

4.4.4 Guru Penolong Kanan boleh menambah pada Jadual 1 dalam PSO mengikut Unit masing-
masing.

4.4.5 Ketua Panitia juga perlu membina PSO yang selaras dengan PSO Induk tetapi masih boleh
membuat penambahan jika perlu.

4.4.6 Perancangan Strategik Sekolah boleh dihantar, dikongsi dan dilihat melalui ‘Google Drive’
dalam ‘Google Classroom’ dengan code : mzlvm4d.

4.4.7 Perancangan Strategik berkaitan dengan penguasaan kemahiran dan khatam Al-Quran
perlu ada dalam PSO 2021-2015. Ini juga merrupakan KPI PPD.

Tindakan: Semua GPK

4.5 TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 2021

4.5.1 Kekalkan jawatankuasa jika perlu kerana tahun 2020, guru tidak dapat bergerak dari segi
tugasan kerana COVID-19.

4.5.2 Guru baharu akan diserap masuk dalam Takwim Pengurusan 2021 mengikut keperluan.

4.5.3 Buat perubahan dan penambahbaikan pada Takwim Sekolah mengikut keperluan dan
keadaan semasa.

4.5.4 Takwim Sekolah boleh dihantar, dikongsi dan dirujuk melalui melalui ‘Google Drive’
dalam ‘Google Classroom’ dengan code : mzlvm4d.

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604

4.5.5 Takwim juga akan dikongsi melalui “QR Code” untuk proses penjimatan kertas. 10 salinan
sahaja akan dicetak dan akan dihantar ke kedai cetakan.

Tindakan: Semua GPK

4.6 Penjajaran Kurikulum 2.0 Pengoperasiaan Pembukaan Sekolah Sesi 2021

4.6.1 Berlaku penambahbaikan daripada Penjajaran Kurikulum 1.0 kepada Penjajaran Kurikulum 2.0.

4.6.2 Penjajaran 2.0 mengambil kira :

a. Penguasaan literasi dan numerasi (Kemahiran Asas 3M):


- Tahun 1 : Program Transisi.
- Tahun 2 : Pemulihan.
b. Keseddiaan murid untuk meneruskan persekolahan setelah sekian lama duduk di rumah:
- Prasekolah : Minggu Orentasi
- Tahun 1 : Program Transisi
- Tahun 2-6 : penjajaran Kurikulum 2.0
c. Berlaku jurang pembelajaran kerana perbezaan kualiti PdPR dan masalah akses oleh murid:
- Tahun 1-6 : Penjajaran Kurikulum 2.0
d. Peralihan Tahap Persekolahan:
- Tahun 1 : Prorgam transisi
- tahun 4 : Penjajaran Kurikulum 2.0

4.6.3 Rujuk Surat Pekeliling Iktisas (SPI) Bil 8/2016 bertarikh 2 Nov 2016 bagi Pelaksanaan kurikulum
Standard sekolah Rendah (semakan 2017) secara berperingkat-peringkat.

a. Mengklusterkan kandungan kurikulum yang diperlukan oleh murid untuk meneruskan pembelajaran di
peringkat seterusnya.
b. Memberikan peuang kepada guru dan murid untuk melaksanakan PdP kurikulum yang terkesan akibat
bencana.

c. Menyediakan dokumen yang dijajarkan sebagai panduan utama guru untuk melaksanakan PdP khususnya
semasa bencana.
d. Menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang pelaksanaan PdP serta
menyesuaikan dengan keperluan semasa mata pelajaran.

4.6.4 Penyediaan Jadual perlu juga merujuk kepada Peruntukan Masa Minimum jam setahun
KSSR Tahap 1 dan 2, Pendidikan Khas (Masalah pembelajaran) bagi tahap Rendah dan
Tahap Tinggi.

4.6.5 Penulisan RPT perlu membezakan Penjajajaran 2.0 pada warna hitam. Manakala,
pembelajaran terkesan gunakan warna merah. Begitu juga dalam penulisan RPH.

4.6.6 RPT dan RPH perlu dihantar kepada Guru Besar untuk semakan melalui e-RPT dan e-RPH
dalam ‘Google Classroom’ dengan code : h4baekx.

4.6.7 RPT dan RPH sisipan dan teradun dibuat dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 bulan.

Tindakan: Semua GPK

5
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604

4.7 PROGRAM TRANSISI

4.7.1 Telah ditaklimatkan dan guru perlu akur dengan arahan semasa

4.7.2 Melibatkan 3 fasa (43 hari)


Fasa Persediaan : (21/12/2020-19/1/2021)
Fasa Penyesuaian : (20/1/2021-29/1/2021)
Fasa Kesediaan : (1/2/2021-26/3/2021)

4.7.3 Disebabkan PKP maka hanya Fasa 3 dilaksanakan. Fasa 2 (8 hari) hanya akan
dilaksanakan apabila murid kembali ke sekolah untuk mana-mana yang perlukan
bersemuka.

4.7.4 Mula 29 Mac PdP ikut Penjajaran Kurikulum 2.0 jika masih PKP.

4.7.5 Jika PKP tamat, guru-guru kena berpatah balik buat Fasa 2 (Penyesuaian) yang mana
tidak dilaksanakan (yang memerlukan bersemuka)

4.7.6 Guru yang terlibat dengan Transisi Tahun 1 perlu muat turun Kit ProgramTransisi Tahun 1
dilaman : http//bpk.moe.gov.my

Tindakan: Semua GPK

4.8 PENILAIAN KENDIRI SKPMG2

4.8.1 Semua guru perlu membuat penilaian kendiri SKPMg2 dan menghantar satu salinan
secara atas talian melalui Google Classroom.

4.8.2 Guru perlu menghantar satu salinan Penilaian Kendiri (Standard 4) secara atas talian
melalui Google Classroom – ‘class code’ – fheiv2q

Tindakan: Makluman semua guru

4.9 KEBERHASILAN GURU

4.9.1 Semua guru perlu membuat keberhasilan awal tahun dan akhir tahun.

4.9.2 Guru perlu membuat keberhasilan dengan mengambil kira faktor pencapaian murid tahun
2021dan apa yang ingin dicapai pada 2021.

4.9.3 Guru perlu menghantar satu salinan keberhasilan awal tahun dahulu secara atas talian
melalui Google Classroom – ‘class code’ – fheiv2q

Tindakan: Makluman semua guru

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604
4.10 PENCERAPAN GURU

4.10.1 Pencerapan kali pertama bermula bulan Februari

4.10.2 Pencerapan 2 kali setahun akan dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian
mengikut situasi semasa.

4.8.3 Borang pencerapan akan dikongsikan sebagai panduan dan persediaan guru.

4.8.4 Pastikan RPH dikongsi atau diserahkan kepada Pencerap sebelum proses pencerapan
dijalankan.

4.8.5 Pastikan RPH untuk pencerapan adalah lengkap, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran juga ditulis lengkap. Langkah-demi langkah berserta masa ditulis.

4.8.6 Selepas pencerapan dibuat perjumpaan/perbincangan tentang pencerapan perlu


dibuat. Borang markah perlu ditandatangan dan diserahkan kepada guru.

4.8.7 Guru-guru juga perlu bersedia jika perlu dicerap secara atas talian oleh Pegawai PPD
sebagai usaha kunjung bantu.

Tindakan: Makluman semua GPK

4.11 Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid (GPK HEM)

4.11.1 Pengurusan kelas perlu dibuat dengan mengambil kira SOP dan Garis Panduan
Pengoperasian Sekolah yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

4.11.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Unit HEM perlu uruskan agihan pada hari
pertama persekolahan. Surat atau memo pemakluman kepada ibu bapa perlu dibuat.

4.11.3 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Tahun 2 hingga 6 boleh dikeyin oleh ibu bapa sendiri
secara atas talian. Manakala, Tahun 1 sistem belum dibuka untuk ibu bapa keyin
maklumat/data. Akan dimaklumkan kemudian, sekiranya system dibuka untuk Tahun 1.

4.11.4 Ibu bapa atau penjaga perlu mengemaskini semua maklumat dalam system yang
disenaraikan Khasnya melibatkan pendapatan dan tanggungan untuk keperluan
bantuan.

4.11.5 Kehadiran murid ikut SOP dan Garis panduan yang dibekalkan oleh KPM.

4.11.6 Keperluan penting murid seperti tali leher dan tanda nama akan diuruskan oleh Unit HEM
selepas sesi bersemuka berlaku.

4.11.7 Senarai harga barangan keperluan murid perlu dikeluarkan dan pastikan Guru Besar
maklum dan menantatangan makluman tersebut.

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604
Tindakan: Makluman Semua GPK

4.12 Pengurusan Unit Kokurikulum (GPK Kokurikulum)

4.12.1 Tiada sebarang makluman berkaitan sesi bersemuka untuk aktiviti Kokurikulum.

4.12.2 Sekiranya boleh dijalankan aktiviti Kokurikulum, maka SOP dan Garis panduan Terkini yang
dibekalkan oleh KPM akan dirujuk dan dipatuhi.

4.12.3 Semua makluman Pengurusan Kokurikulum adalah secara atas talian melalui Google
Classroom.

4.12.4 Galakkan penyertaan murid secara aktif dan secara atas talian/ maya selagi kita
berdepan dengan arahan semasa kerajaan disebabkan COVID-19.

4.12.5 Surat Pelantikan Jawatankuasa Unit Kokurikulum akan ditandatangan oleh Guru Besar.

4.12.4 Mohon juga guru-guru menjaga nama baik sekolah. Apa-apa maklumat tentang sekolah
tidak boleh disebarluas kepada pihak luar sesuka hati.

Tindakan: Makluman semua GPK

4.13 Pengurusan Unit Pendidikan Khas (GPK PPKI)

4.13.1 Pelaksanaan insklusif penuh dan separa bagi murid berkeperluan khas perlu dilaksanakan.

4.13.2 Unit PPKI perlu menyediakan Perancangan Strategik(2021-2025) berkaitan Insklusif merujuk
data 2020.

4.13.3 Sekiranya ada yang lain, Unit Pendidikan Khas boleh menambah Perancangan Strategik
mengikut keperluan.

4.13.4 Penyediaan jaduan waktu dan agihan guru untuk sesi 2021 akan diselaraskan sesuai
dengan kehendak SPI dan Penjajaran Kurikulum 2.0 terkini.

4.13.5 Keperluan murid perlu dibuat senarai dan perlu mendaptkan pengehadsan dan
tandatangan Guru Besar sebelum Tindakan lanjut dibuat.

Tindakan: Makluman semua GPK

5.0 Hal-hal lain.

5.1 Mesyuarat guru akan dijalankan selepas Guru Besar mendapat penataran daripada PPD.

5.2 Kongsikan senarai nama murid dalam whatsapp kelas untuk makluman ibu bapa.

8
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA
JALAN SS5B/3 47301
PETALING JAYA, SELANGOR D.E.
Tel: 03-78768604
5.3Terdapat murid yang bergerak ke kelas-kelas lain ekoran daripada proses pengumpulan
murid untuk memudahkan PdP pemulihan dijalankan oleg Guru Pemulihan Khas untuk murid
yang Tahap Penguasaan 1 dan 2 tahun 2020. Keutamaan diberikan kepada murid-murid
yang tidak boleh membaca.

5.4Tiada Bekerja dari Rumah (BDR) untuk Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) mulai 14 Januari
2021 atas keperluan kerja.

5.5Puan Ezmira binti Hamzah akan sambung Cuti sakit disebabkan barah.

Tindakan: Makluman semua GPK

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

You might also like