You are on page 1of 4

KERTAS KERJA 2023

SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG

Nama Program : BENGKEL KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 BAGI MATA PELAJARAN


SAINS DAERAH KLUANG TAHUN 2023

1) PENGENALAN
Dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam bilik darjah dan kemenjadian murid dalam
peringkat SPM, berbagai program dan aktiviti telah dirancangkan oleh Sektor Pembelajaran PPD
Kluang untuk tujuan mendapatkan hasil yang optimum. Program sokongan ini memberi fokus
kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan SPM 2023 dan membimbing mereka bagaimana
teknik menjawab mata pelajaran sains dengan betul mengikut Standard Piawai dan Standard
Kandungan yang terdapat di dalam DSKP. Jawapan yang berkualiti di harapkan dapat
meningkatkan pencapaian murid dari segi kualiti dan kuantiti selaras kemenjadian murid dan
akhirnya mencapai sasaran GPMP Sains bagi daerah Kluang bagi tahun 2023.

2) TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 25 OKTOBER 2023


Tempat: Dewan SJKC Chong Hwa 2
Masa : 2.00 – 5.00 Petang

3) SASARAN

3.1 20 0rang Pelajar bagi 26 sek menengah( 520 orang pelajar)


3.2 130 orang guru
3.3 1 orang Pengetua
3.4 1 orang GKMP
3.5 4 orang SISC+ Sains Dan Matematik
JUMLAH : 656 ORANG

4) OBJEKTIF

4.1 130/130 orang guru dapat meningkatkan keberhasilan guru dan kemenjadian murid dalam
mata pelajaran Sains.
4.2 130/130 meningkatkan pengetahuan Guru tentang teknik menjawab soalan yang berkualiti
yang berkualiti.
4.3 130/130 guru yang hadir dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam Teknik
penandaan yang berkualiti mengikut konstruk soalan yang terdapat dalam DSKP.
4.4 520/520 orang murid yang hadir dapat menjawab soalan mengikut Teknik menjawab yang
betul dan tepat.

5) PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

5.1 100% guru yang hadir dan mengaplikasikan ilmu teknik menjawab yang diperolehi dan
Dan menyebarluaskan kepada pelajar lain di Sekolah masing-masing.
5.2 100% murid fokus (Markah 40-60) yang hadir dapat meningkatkan gred mata pelajaran sains ke
A dan menyumbang kepada pengecilan GPMP sekolah masing-masing
6) JAWATANKUASA BENGKEL
Penasihat : Ali@Zainalabidin Bin Syed Mohamed
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Penolong Penasihat : Ibrahim Bin Abu Bakar
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
Penyelaras : En Mohd Yusri Bin Taib
SISC+ Sains Matematik
AJK : 1. Ahmad Fauzi Bin Sarbikis
2. Mohd Yusri Bin Taib
3. Hairunisa Binti Mahzan
4. hajah Rahimah Binti Jaafar

5) KOS ANGGARAN :

Pelajar : RM3.00 x 520 = RM1,560

6) PROSES KERJA

A) Mengenal pasti pelajar yang terlibat berdasarkan murid fokus


B) Kenal pasti Lokasi bengkel hendak dijalankan dan Penceramah
jemputan.
C) Kos Perjalanan bengkel.
P PERANCANGAN
D) Perjalanan bengkel yang boleh memberi impak kepada guru dan
pelajar serta dapat membantu penurunan GP yang besar pada SPM
2023.

E) Bengkel Kecemerlangan Pelajar Bagi Mata Pelajaran Sains Tahun


D PELAKSANAAN 2023 dijalankan.

F) Bengkel yang telah dilaksanakan diharap guru dapat melakukan


proses checking terhadap jawapan pelajar dan disebarluaskan
kepada pelajar lain
C PEMANTAUAN
G) Selepas Bengkel ini dijalankan SISC+ melakukan proses Checking
bagaimana Impak Bengkel ini dapat dijalankan disekolah.

H) Guru mata pelajaran memantau hasil kerja pelajar dan proses


menyemak kerap dilakukan
I) Penambahbaikan Bengkel
A TINDAK SUSUL J) SISC+ Sains Dan Matematik melakukan proses Action selepas
keputusan PPC diumukan untuk melihat semula keberkesanan
Bengkel yang telah dijalan.

7) TAKWIM
BIL PERKARA TARIKH
1 Penyediaan kertas kerja dan perbincangan bersama-sama Oktober 2023
Timbalan Pembelajaran
2 Kelulusan daripada Timbalan Sektor Perancangan. Oktober 2023
3 Pelaksanaan Bengkel 25 Oktober 2023
4 Bimbingan secara berkala (FUFT) Selepas Oktober 2023
6 Penilaian program Keputusan Percubaan SPM 2023

8) RUMUSAN

Diharapkan dengan adanya Bengkel ini dapat membantu pihak sekolah terutamanya pengecilan
GPMP sains di sekolah masing-masing. Seterusnya bengkel ini juga dapat mewujudkan
kolaboratif antara guru dan murid yang akhirnya membawa kepada kecemerlangan pencapaian
sekolah yang merangkumi keseluruhan warga dan persekitarannya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHD YUSRI BIN TAIB) (IBRAHIM BIN ABU BAKAR)


SISC+ Sains Matematik Timbalan Sektor Pembelajaran
PPD Kluang PPD Kluang

Disahkan oleh,

(ALI@ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED)


Pegawai Pendidikan Daerah Kluang

TENTATIF BENGKEL KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 BAGI MATA PELAJARAN SAINS


DAERAH KLUANG TAHUN 2023
MASA PERKARA
1.00 – 1.45 pagi Pendaftaran peserta
2.00 – 2.30 petang Doa dan Ucapan Perasmian
2.30 – 4.30 petang Bengkel Bermula
4.30 – 5.00 Petang Rumusan dan Majlis Penutupan Bengkel

You might also like