You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

PERANCANGAN BAGI PELAKSANAAN BENGKEL PEMUGARAN DUAL


LANGUAGE PROGRAMME (DLP) SARAWAK 2020 BAGI GURU
SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

1. Tujuan

Pelaksanaan Dual Language Programme ( DLP) di Sarawak dilaksanakan


di Tahun 1 mulai 2020. Kertas cadangan ini dikemukakan bagi tujuan
memohon peruntukan kewangan bagi menjalankan Bengkel Pemugaran
Dual Language Programme (DLP) Sarawak 2020 bagi guru Sains dan
Matematik sekolah rendah berdasarkan dapatan pemantauan peserta
kursus dalam pdp mereka di sekolah dan seterusnya meningkatkan
kompetensi profesionalisme guru.

2. Tarikh

13 April 2020 – daftar masuk pukul 2 petang


14, 15, 16 April 2020 – Bengkel
17 April 2020 – daftar keluar pukul 12 tengah hari

3. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah guru Sains dan Matematik sekolah rendah


Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak. Guru sasaran adalah dalam kalangan guru yang mengajar tahun
1 pada tahun 2020.

4. Anggaran Perbelanjaan

Anggaran kos pelaksanaan aktiviti adalah seperti di Lampiran A dengan


menggunakan peruntukan di bawah kod 27102, 27199, 29203, 29521,
29601, 29401 dan 24699, peruntukan Kementerian Pendidikan Sains
dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR).

Objek Sebagai Perincian


27102 Alat Tulis Pejabat
27199 Bekalan-bekalan Pejabat yang lain
29203 Perihal perkhidmatan Percetakan
29521 Pakej
29601 Tuntutan Perjalanan

1
24699 Sewaan Alat Elektronik
29401 Hotel/Tiket

5. Kandungan Bengkel

BIL. PERKARA PERINCIAN


1. Objektif i. Pemugaran Bengkel DLP Sarawak Sains dan
Matematik Tahun 1 2020 PPD Tatau/Sebauh dalam
meningkatkan kompetensi dan kemahiran guru
dalam pemahaman, penguasaaan dan penggunaan
istilah dan bahasa instruksional mata pelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Pembangunan Menggunakan tenaga pakar yang terdiri daripada
Kursus Pensyarah IPGM.
3. Kandungan Language For i. Aktiviti hands-on
Modul Science And ii. DSKP Sains dan Matematik
Mathematics ii. Kaedah PdP Sains dan
Matematik
4. Tempoh 5 hari
Kursus
5. Premis Hotel (secara pakej)
Bengkel
6. Anggaran Kos Rujuk Lampiran A
bengkel

6. Jadual Bengkel
(Rujuk Lampiran B)

7. Penutup

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh berharap semoga dengan


adanya bengkel pemugaran ini, guru-guru yang terlibat dapat
mempertingkatkan lagi kompetensi mereka dalam melaksanakan pdp di
bilik darjah.

Disediakan oleh:

Marjorie anak Albert Chagat


SISC+ Sains dan Matematik
PPD Tatau/Sebauh

You might also like