You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah


Peringkat Bahagian Bintulu
Tahun 2022

ANJURAN :
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

Pengelola :
Sekolah Kebangsaan Desa Lavang
Sekolah Kebangsaan Kampung Nyalau
Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau

PASUKAN :
SK Hermanus Assan

TARIKH : 12 – 14 Julai 2022


TEMPAT: SJK Chinese Sebiew, Bintulu

1. Pengenalan
Sukan Bola Baling merupakan sukan yang semakin dikenali dan digemari oleh rakyat
Malaysia. Saban tahun pasti ada kejohanan yang diadakan untuk setiap peringkat umur.
Sukan ini merupakan sukan yang memerlukan kerjasama dalam satu pasukan serta
kemahiran dan ketahanan individu. Sukan ini merupakan salah satu sukan yang agresif dan
berintesiti tinggi.
Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah akan diadakan di Dewan Terbuka SJK
Chinese Sebiew, Bintulu dan akan berlangsung pada 12-14 Julai 2022. Kategori yang akan
dipertandingkan ialah kategori Lelaki dan Perempuan 12 Tahun ke bawah. Tujuan kejohanan
ini dilangsungkan adalah untuk memilih pemain bagi mewakili bahagian Bintulu ke
Kejohanan Bola Baling peringkat negeri kelak. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah Bintulu dan dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Desa Lavang, Sekolah
Kebangsaan Kampung Nyalau dan Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau.

2. Penganjur Kejohanan
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.

3. Pengelola
Sekolah Kebangsaan Desa Lavang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nyalau dan Sekolah
Kebangsaan Kuala Nyalau, Bintulu

4. Matlamat
a. Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dalam sukan bola baling.
b. Melahirkan pemain-pemain bola baling yang bakal mengharumkan nama sekolah,
daerah, negeri dan negara mahupun di peringkat antarabangsa.
c. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum seperti diwarwarkan dalam
Keluarga Malaysia melalui permainan bola baling

5. Objektif
a. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola baling.
b. Memilih pemain bagi mewakili bahagian Bintulu ke Kejohanan MSS Bola Baling
peringkat negeri kelak.
c. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada pelajar-pelajar.
d. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola baling yang sebenar
kepada mereka yang terlibat.
e. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru-
guru penasihat bola baling sekolah

6. Sasaran Peserta
a. Murid lelaki bawah 12 tahun

7. Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Baling Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2022

8. Tarikh Kejohanan
12 – 14 Julai 2022

9. Tempat Kejohanan
Dewan Terbuka, SJK Chinese Sebiew

10. Senarai Ahli Jawatankuasa

Penasihat : En. Ibrahim Bin Hj. Setok


Guru Besar SK Hermanus Assan

Pengerusi : En. Nor Azhan Bin Ab. Samad


GP Kokurikulum SK Hermanus Assan

Naib Pengerusi 1 : En. Abu Bakar Ash’eari Bin Bujang


GP Pentadbiran SK Hermanus Assan

Naib Pengerusi 2 : En. Roland Anak Gumbang


GP Hal Ehwal Murid SK Hermanus Assan

Setiausaha Sukan : En. Mohd Firdaus Bin Salasa

Pengurus Pasukan : En. Mohd Norazman Bin Abd Rashid

Ketua Jurulatih : En. Mohd Firdaus Bin Salasa

Pen. Jurulatih : En. Muhammad Mustaqim Bin Khalid

Bendahari : Pn. Selina Anak Entayang

Pengiring Murid : En. Hockma Bin Putra


11. Kos Pengangkutan Penghuni Asrama Yang Terlibat Dengan Kejohanan Bola Baling

PERJALANAN PERGI PERJALANAN BALIK JUMLAH


(11.7.2022) (14.7.2022)
RM 15.00 X 12 RM 15.00 X 12 RM 360.00
= RM 180.00 = RM 180.00

SUMBER : BANTUAN KOKURIKULUM ASRAMA

12. Penutup

Diharapkan pasukan sekolah dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Semoga penyertaan kali ini dapat memberi ruang dan peluang kepada murid
untuk menunjukkan bakat masing-masing yang sebelum ini tertangguh akibat pendemik
Covid-19 dan dapat mewakili bahagian Bintulu ke peringkat negeri kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………………..
(MOHD FIRDAUS BIN SALASA) ( NOR AZHAN BIN AB. SAMAD )
Setiausaha Sukan Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Hermanus Assan, Sebauh. SK Hermanus Assan, Sebauh.

Disahkan oleh,

………………………………
(IBRAHIM BIN HJ. SETOK)
Guru Besar,
SK Hermanus Assan, Sebauh.
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA MURID ASRAMA YANG TERLIBAT DENGAN KEJOHANAN BOLA


BALING
1. Alleyster Ruma Anak Melinie
2. Antonio Mita Anak Rebecca
3. Larry Ampie Anak Prisica Charawa
4. Fernaido Igneel Anak Danny
5. Aaron Aidil Mawan Anak Nancy
6. Mohammad Fiqri Hazamie Anak Zakaria
7. Steven Luie Anak Rebecca
8. Sylvester Sigai Anak David
9. Macthius Frankly Kajing Anak Melinie
10.Mohammad Faizul Bin Ismail
11.Justine Acop Anak Olley Vears
12.Sampmaxson Warriors Anak Gidip

You might also like