You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tel: 044704344
Pejabat Pendidikan Daerah Baling
Fax: 044703319
Batu 42, Jalan Kulim Baling Emel: adminppdbs@moe.govmy
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN.
Rujukan kami : PPSB 600-5/2/ 21
Tarikh : 9 Jun 2022

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-Sekolah Daerah Baling,
MRSM Baling

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN SUKAN SEPAK TAKRAW MAJLIS


SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) BALING TAHUN 2022.

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan


Daerah Baling akan menganjurkan Kejohanan Sukan Sepak Takraw MSSD Baling . Sekolah
Menengah Kebangsaan Parit Panjang telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Sepak Takraw
MSSD Baling yang akan didakan pada 12 hingga 14 Julai 2022.
3. Mesyuarat pengelolaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 13 Jun 2022
Hari : Isnin
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Parit Panjang.

4. Sehubungan dengan itu, pegawai seperti di lampiran dan seorang pengurus sukan sepak
takraw dari sekolah yang ingin mengambil bahagian dimohon untuk hadir dalam mesyuarat
tersebut.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Shuhaidi Bin Ahmad Penolong PPD Pembangunan
Bakat Murid PPD Baling di talian 0194435531 atau Encik Mohamad Azmie Bin Awang, Pegawai
Teknik dan Pembangunan Sepak Takraw Daerah di talian 0172407564.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG’

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD TERMIZI BIN HAJI HUSIM)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)
Pejabat Pendidikan Daerah Baling
b.p Pegawai Pendidikan Daerah Baling
Rujukan kami : PPSB 600-5/2/ 21

LAMPIRAN

1. ENCIK TERMIZI BIN HAJI HUSIM


TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD BALING

2. PN JAMSIAH BINTI MOHD SHARIFF


PENGETUA SMK PARIT PANJANG

3. ENCIK AZMIE BIN AWANG


PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN
SEPAK TAKRAW MSSD BALING.
SK LANAI

4. PENOLONG KANAN KO KURIKULUM


SMK PARIT PANJANG

5. PENGURUS- PENGURUS PASUKAN

ATURCARA MESYUARAT

1. Ucapan aluan oleh pengerusi pengelolaan kejohanan

2. Ucapan oleh Timbalan PPD Pembangunan Murid PPD Baling

3. Pelantikan Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sepak Takraw MSSD Baling 2022

4. Pembentangan peraturan dan syarat pertandingan oleh PT MSSD Baling

5. Laporan kewangan

6. Hal- hal lain

You might also like