You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING SIK


Batu 42, Jalan Kulim Baling
09100 BALING
KEDAH DARULAMAN.
Tel: 044704344
Fax: 044703319
Emel: adminppdbs@moe.gov.my
___________________________________________________________________________________________________

PPSB.600/5/3/10(02)
04 Oktober 2017.

Tuan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Daerah Baling Sik

Tuan,

PROGRAM SARINGAN MENGENALPASTI BAKAT SUKAN (TID) SEKOLAH SUKAN NEGERI KEDAH 2017.

Perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian tuan.

2. Sukacita dimaklumkan terdapat 5 jenis sukan yang menjadi tumpuan utama di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR), Sekolah Sukan Negeri Kedah
iaitu Balapan dan Padang, Sepak Takraw, Hoki, Bola Jaring dan Bola Sepak. Pada setiap tahun
SMKTATAR akan mengadakan TID untuk mencari bakat untuk diserapkan ke sukan-sukan tersebut
yang terdapat di Sekolah Sukan Negeri (SMKTATAR).

3. Unit Sukan PPD Baling Sik telah diarahkan untuk memaklumkan kepada semua sekolah rendah
di daerah Baling dan Sik .

4. Program TID bagi tahun 2017 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 09 Oktober 2017


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Blok H, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra.

5. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membawa pelajar cemerlang dalam sukan
berkaitan untuk menghadiri ujian TID tersebut.

6. Kos adalah tanggungan pihak sekolah masing-masing.

7. Tuan boleh menghubungi pegawai berurusan program tersebut, Tn Hj Anas bin Ishak, Penolong
Pengarah Sukan di talian 04-7745166 / 0124286165 atau En Shuib bin Ahmad di talian 0194759668.

8. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

“MENERAJUI TRANSFORMASI”
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING SIK
Batu 42, Jalan Kulim Baling
09100 BALING
KEDAH DARULAMAN.
Tel: 044704344
Fax: 044703319
Emel: adminppdbs@moe.gov.my
___________________________________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


‘MUAFAKAT KEDAH’
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG’

Saya yang menurut perintah,

(AMIRULDDIN BIN ABD HAMID)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik

ABAH / yrab

“MENERAJUI TRANSFORMASI”

You might also like