You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah


Tel : 05 – 3711273
32610 Bandar Baru Seri Iskandar Faks : 05 – 3711272
Perak Darul Ridzuan Email : ppdperaktgh@moe.gov.my
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”
Ruj. Kami : PPD.PET.800- 4/1 Jld.2 ( 47 )
Tarikh : 10 April 2023

Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak
Daerah Perak Tengah

En Hashim Bin Talib (Pengerusi Teknik Bola Sepak SR)


SK Seri Kaya
32600 Bota

Tuan,

MESYUARAT KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Perak Tengah akan
mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 17 April 2023


Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Bilik Seminar
SK Iskandar Perdana

3. Sehubungan dengan itu, diminta Pengurus bola sepak dari sekolah tuan dan Pengerusi
Teknik Bola Sepak SR untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Sebelum meninggalkan tugas pegawai dikehendaki memastikan jam kredit yang ditetapkan
setahun mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2016 Ruj.KP/KPPM/6 Jld22 - Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah menengah (semakan 2017) secara berperingkat - peringkat
mulai tahun 2017 manakala guru sekolah rendah perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.8/2016 Ruj.KP/KPPM/6 Jld22 - Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(semakan 2017) secara berperingkat -peringkat mulai tahun 2017 berhubung penggunaan
masa dan peruntukan waktu pengajaran san pembelajaran mengikut jam kredit setahun dipatuhi.
Guru juga perlu mematuhi ’Standard Operating Procedure’ (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan menangani isu penularan
wabak Covid-19 yang sedang berkuatkuasa sekarang.

…/2-
- 2 -

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Azuwan Bin Hj Ismail (Penolong PPD
Pembangunan Bakat Murid) di talian 05-3711273 atau 013-4365511.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(BAHARUDDIN BIN SHAID)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid,
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Perak Tengah

“PERAK SEJAHTERA 2030”


“SEDERAP MELANGKAH MENERAJUI KECEMERLANGAN”

(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

You might also like