You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PEMBERIAN WANG SAKU KEPADA MURID YANG MENYERTAI


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSK 2023

DIANJURKAN OLEH:
PPD PADANG TERAP DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

TEMPAT :
SMK PADANG TERAP
POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN

TARIKH :

15 JULAI 2023

(SABTU)

1.0 PENGENALAN

Seramai 5 orang murid Sekolah Kebangsaan Kedawang telah terpilih untuk menyertai
Kejohanan Merentas Desa MSSK 2023 yang diadakan di SMK Padang Terap, Pokok
Sena, Kedah Darul Aman. Kejohanan ini diadakan untuk mencungkil bakat murid
dalam acara merentas desa di seluruh negeri Kedah amnya dan pembangunan
merentas desa bagi daerah Langkawi khususnya.
2.0 OBJEKTIF

Antara objektif Kejohanan Merentas Desa MSS Kedah 2023 ialah :

i. Menaikkan martabat acara merentas desa sekolah dan daerah Langkawi;


ii. Memperolehi kecemerlangan, keputusan, dan kejayaan yang lebih baik dalam
arena sukan;
iii. Mencungkil bakat baru yang terpendam dikalangan murid sekolah ini yang
berbakat dalam bidang sukan seterusnya melahirkan atlet sukan yang
berwibawa;
iv. Menggalakkan murid-murid bergiat aktif dan mengambil bahagian dalam sukan
terutamanya larian;
v. Untuk menjadikan murid-murid sentiasa cergas dan sihat yang dapat
membantu seseorang murid dalam bidang akademik;
vi. Memupuk semangat dalam kalangan ahli-ahli kelab ini semasa aktiviti sukan
dijalankan

3.0 TUJUAN

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2023 yang diadakan bertujuan untuk menanam
semangat kesukanan dan memupuk persefahaman serta perpaduan dikalangan
murid, guru, ibu bapa dan komuniti. Selain itu juga, diharapkan agar acara ini dapat
meningkatkan kesihatan para atlet, perkembangan jasmani, rohani dan mental serta
mendapat asas yang kukuh dari segi kemahiran asas dan nilai-nilai positif dalam
pendidikan sukan untuk mencapai matlamat sukan itu sendiri. Oleh sebab itu, acara
merentas desa merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran, ketangkasan
dan kecerdasan yang tinggi.

4.0 SASARAN

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2023 akan melibatkan semua sekolah rendah di
seluruh negeri Kedah dan pasukan MSSD Langkawi akan mengambil bahagian dalam
semua kategori umur lelaki dan perempuan. Para atlet daripada Sekolah Kebangsaan
Kedawang merupakan antara sebahagian peserta yang akan menyertai kejohanan
tersebut.
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2023 akan di adakan pada:

Tarikh : 15 Julai 2023

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

6.0 TEMPAT

Kejohanan Bola Baling MSS Kedah 2023 akan diadakan di padang SMK Padang
Terap, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

7.0 ANJURAN

Kejohanan Merentas Desa MSSK 2023 dianjurkan oleh PPD Padang Terap dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Berikut merupakan Jawatankuasa Pelaksanaan peringkat MSSD Langkawi:

PENGERUSI Tn. Hj. Mohd Kamal Bin Haji Hashim


(PPD Langkawi)

NAIB PENGERUSI Pn. Fazliana Binti Mohd Salleh


(Timbalan PPD Pembangunan Bakat Murid)

Encik Mohd Fahmi Bin Adnan


(Penolong Pegawai PPD Pembangunan Bakat Murid-Sukan)

SENARAI 1. En. Muhammad Nazri bin Mohd Noor (SMK Kelibang)


JURULATIH 2. En. Hazwan bin Mohd Yusof (SK Kedawang)
3. Pn. Wan Illina binti Wan Ishak (SK.Kedawang)
4. En. Suhaimi bin Ab Rahim (SMK Kelibang)
5. Pn. Hasnah binti Ahmad (SMK Kelibang)
6. En. Mohd Alif bin Abdullah (SK Ulu Melaka)
7. Cik Nurul Atiqah binti Ariffim (SMK Kedawang)
8. Pn. Suhainiza binti Bari (SMK Tunku Putra)
9. En. Mohd Syazwan bin Yusuff (SK Penghulu Ahmad)
10. En. Mohd Shahrizwan bin Mohamad Shah (SMK Mahsuri)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran jumlah wang saku yang akan diberikan kepada para atlet untuk kejohanan
merentas desa ini adalah seperti berikut:

BI PERKARA KETERANGAN HARGA


L

1. Wang saku 5 Murid X RM 10.00 X 2 Hari RM 100.00


JUMLAH RM 100.00

DISEDIAKAN : DISEMAK :

(WAN ILLINA BINTI WAN ISHAK)

DILULUSKAN OLEH :

(MOHD RAZALI BIN SAID)

SENARAI NAMA MURID SK KEDAWANG YANG TERLIBAT


BIL NAMA NO KAD
PENGENALAN

1 MUHAMMAD HAFIS BIN MOHD NASIR 110301-02-0521

2 MUHAMMAD SHAH MUZAFAR BIN AZMI 121217-02-0565

3 PUTERI RANIA SOFEA BINTI MOHD SAIFUL MUNIR 110607-02-0890

4 NURFATIHAH BINTI ABDUL KHALIQ 110815-10-1898

5 NUR SYIFAA BINTI ZAIDI 110620-02-0852

You might also like