You are on page 1of 3

Ruj.

Kami : SKKD 600-3/ 2/1( )


Tarikh :

Ibu/ Bapa / Penjaga,


SK Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah.

Tuan / Puan,

MEMOHON KEBENARAN IBU/ BAPA / PENJAGA UNTUK MURID MENJALANKAN AKTIVITI


KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN 2022/2023

Dimaklumkan bahawa selaras dengan pengumuman SOP Pengoperasian Sekolah bermula 1 Mei
2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, semua aktiviti sukan dan kokurikulum termasuk
penganjuran pertandingan dan kejohanan akan kembali dijalankan seperti biasa.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin meminta kebenaran daripada pihak tuan/ puan untuk
MEMBENARKAN anak jagaan tuan/ puan mengikuti dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
yang akan dijalankan sepanjang sesi persekolahan tahun 2022/ 2023.

3. Pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengawal dan
menjaga keselamatan anak / jagaan tuan/ puan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti
sukan dan kokurikulum tersebut.

Sekian, terima kasih.

``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


``PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................
(AMIRUDDIN BIN HAJI MAT, PJK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman
.............................................................................................................................................................

KERATAN JAWAPAN

.......................................................................................................

.......................................................................................................

.......................................................................................................

Guru Besar,
SK Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah.

Tuan,

KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SEPANJANG


TAHUN 2022/ 2023

Saya ________________________________________________________ ibu / bapa / penjaga


kepada ____________________________________________ dari kelas __________________
dengan ini MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN (*) anak jagaan saya mengambil /
mengikuti aktiviti sukan dan kokurikulum sepanjang tahun 2022/ 2023.

2. Saya faham dan mengaku pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
untuk mengawal dan menjaga keselamatan anak saya sepanjang keterlibatan mereka dalam
aktiviti sukan dan kokurikulum tersebut.

3. Saya juga berjanji tidak akan membuat apa-apa tuntutan ke atas pihak sekolah jika berlaku
apa-apa kemalangan atau perkara yang tidak diingini atas anak / jagaan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...........................................................
( Tandatangan ibu / bapa / penjaga )
Nama : ..............................................................................

No. K/P : ..............................................................................

No. Tel yang boleh dihubungi : .......................................................................

(*) Potong yang tidak berkenaan

You might also like