You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEJOHANAN CATUR TERBUKA DALAM TALIAN 2020


(BAWA 9 DAN BAWA 12)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR ANGGERIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Catur Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Sekolah Kluster


Kecemerlangan (SKBASKK) ini dianjurkan oleh Kelab Catur SKBA dengan kerjasama
Pintar Bestari Enterprise bertujuan untuk memupuk minat pelajar di Malaysia
terhadap sukan catur serta mewujudkan keseronokan bermain yang mempunyai daya
saing yang sihat. Di samping itu Kejohanan Catur ini juga bertujuan untuk melahirkan
pemain catur yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dan yang cemerlang di
peringkat kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN

2.1 Membolehkan murid dan guru berpeluang berinteraksi secara efektif dan
produktif bersama rakan-rakan dari negeri lain secara dalam talian(online).
2.2 Memberi pendedahan perkongsian ilmu dan amalan terbaik yang terdapat di
sekolah-sekolah diperingkat kebangsaan.
2.3 Menjadikan program ini sebagai penanda aras tahap keupayaan murid dan
memberi kekuatan serta pengetahuan kepada murid bahawa permainan catur ini
dapat memberi ketahanan minda.
2.4 Menarik lebih ramai murid meminati sukan catur.
2.5 Melahirkan pemain catur berkebolehan dalam kalangan pelajar Sekolah
Kebangsaan Bandar Anggerik.

3.0 KUMPULAN SASAR

Program ini disasarkan kepada :


 Seramai 300 orang peserta terdiri daripada murid sekolah rendah seluruh Negara
menyertai pertandingan ini.
 Peserta akan dibahagikan mengikut kategori bawa 9 tahun lelaki dan perempuan
dan bawa 12 tahun lelaki dan perempuan.
 Melahirkan kanak-kanak di Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengalaman
dalam pertandingan sukan catur secara dalam talian(online).

1
 Melahirkan modal insan yang mampu bersaing dan setanding diperingkat
kebangsaan.

4.0 KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020 DIBUKA KEPADA:

4.1 Kategori bawah 9 tahun (lelaki dan perempuan)


4.2 Kategori bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan)

5.0 FORMAT KEJOHANAN/CARA PELAKSANAAN


5.1 Anggaran 100 orang dalam setiap kategori iaitu:
Kategori A: bawah 9 tahun ( lelaki dan perempuan)
Kategori B: bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan)
5.2 Pertandingan dijalankan secara online menggunakan aplikasi lichess.
5.3 Pertandingan menggunakan lichess.orgArena Pairing untuk “pairing” pemain
dan tiada pusingan tertentu pemain akan bermain sebanyak mana permainan
yang boleh dalam masa 90 minit.
5.4 Pemenang akan ditentukan dengan menggunakan mata iaitu “MENANG”= 2
mata, “KALAH” = 0 mata. Penipuan menggunakan carian enjian(searh
engine) tidak dibenarkan sebarang penipuan tidak layak untuk mendapat
kemenangan.
5.5 Bagi kategori Individu hadiah akan diberikan kepada 10 orang pemenang bagi
setiap kategori dan 3 pemain harapan SKBA bagi setiap kategori. Selain itu
hadiah juga akan diberikan terbaik perempuan bagi setiap kategori.
5.6 Bagi kategori berpasukan hadiah akan diberikan kepada 4 pasukan terbaik
bagi setiap kategori.
5.7 Keputusan akhir ketua arbiter adalah muktamad.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 13 Disember 2020(Ahad)


Masa : 9.00 pagi – 3.00 pagi
Tempat : Platform Dalam Talian(Online Platform)

7.0 TENTATIF / JADUAL PROGRAM

BIL TARIKH MASA AKTIVITI

9.00 pagi KATEGORI U9

1. 13 Disember 11.00 pagi KATEGORI U12


2020
MAJLIS PENUTUP /
3.00 petang PENYAMPAIAN SIJIL / HADIAH
(KHAS MURID SKBA SAHAJA)

2
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Perincian Perbelanjaan
Anggaran Kos Program RM 4000.00
Sumber Peruntukan :
1. Kutipan bayaran (RM10.00 x 300 = RM 3000)
2. Sumbangan PIBG RM1000.00
3. Peruntukan BKK RM1000.00

BIL. JENIS HARGA/UNIT KUANTITI JUMLAH


(RM)
(RM)

1 Pengurusan Pertandingan

 Koordinator 1000.00 1 1000.00

2  Makan :

Arbiter 15.00 5 75.00


Urustia 15.00 5 75.00
3 Kos Hadiah/Sijil

 Hadiah Piala/Medal
a)Ketua Arbiter 50.00 1 50.00
b)Tempat 1-3 15.00 12 180.00
c)Tempat 4-10 10.00 28 280.00
d)SK terbaik 1-4 20.00 30 600.00
c)3 Permain Harapan SKBA 10.00 6 60.00

 Hadiah Wang Tunai


a)Tempat pertama 100.00 4 400.00
b)Tempat kedua 80.00 4 320.00
c)Tempat ketiga 60.00 4 240.00
d)Tempat 4-10 10.00 28 280.00

JUMLAH 3560

3
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI : Mazli bin Bojo

TIMBALAN PENGERUSI : Idris bin Hussin (PK Kokurikulum)


NAIB PENGERUSI
Nur Munifah binti Mazlan (PK Pentadbiran)
:
Mohd Nasarrudin bin Hj Misri (PK Hal Ehwal Murid)

Bazlina binti Sapar Ali (PK Petang)

URUSETIA 1 : Wan Safura binti Meor Abdul Malik

URUSETIA 2 : Siti Asmahani binti Mohd Saad

SETIAUSAHA : Nadia Amani binti Saudy@Shaari

BENDAHARI : Roziah binti Hashim


Ketua Arbiter/Swiss Manager Program Pendaftaran (Online)

Kamarulazwan (Shin Azwan) Farhana binti Muhd Kamaruddin Peter


Halim bin Yeop Shuimi Wan Safura binti Meor Abdul Malik

Dokumentasi Sijil

Nor Salwa binti Mohamed Yusuf Nurhayati binti Hamid


Norjaliza binti Abdul Jalil

Hadiah (Medal & Wang Tunai) Makanan


Secara POS/Bank In
Azizah binti Abdul Rahman
Nadia Amani binti Saudy@Shaari Asna binti Bahrin
Puziah binti Ngabiah
Roziah binti Hashim

Persediaan Tempat/PA Sistem/Network

Sasitharen A/L Punnaiah


Khairul Umam bin Masrakin
Mohd Hanif binti Saparwan
Azrul Hisyam bin Norsidek
Afham Syazwan bin Abu Bakar

4
11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan program yang dijalankan untuk tempoh PKPB yang disebabkan
oleh pandemik COVID-19, murid-murid dan guru-guru yang terlibat dapat
mempraktikkan dan meningkatkan lagi prestasi sekolah dan menambah minat warga
sekolah terhadap permainan ini. Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan
dilaksanakan bersama nanti diharapkan mengeratkan lagi hubungan kerjasama
serantau dalam bidang kokurikulum. Pihak SK Bandar Anggerik sangat
mengharapkan pertandingan ini akan mencapai matlamatnya serta memberi impak
yang besar kepada sekolah dan juga Negara. Pertandingan catur ini sedikit sebanyak
akan dapat mencungkil bakat baru yang akan menjadi pelapis pasukan catur
sekolah.

Disemak oleh :
Disediakan oleh :

IDRIS BIN HUSSIN


WAN SAFURA BINTI MEOR ABDUL MALIK
PK Kokurikulum
Penyelaras Kelab Catur SK Bandar Anggerik
SK Bandar Anggerik
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Disahkan oleh :

MAZLI BIN BOJO


Guru Besar
SK Bandar Anggerik
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Shah Alam

5
6

You might also like