You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERNU

75460 MELAKA

KOD SEKOLAH : MEA 2102


Tel : 06-2615016

Fax : 06-2615017

” SEGERA DENGAN E-MEL ” Ruj. Kami : SMKP/KOKU 600 ( 15 )


Tarikh : 12 Dis 2023

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Jalan Istana, Bukit Beruang
75450 Melaka.
(up: Encik Mohd Elyia Hauzar)

MEMOHON KEBENARAN DAN HEBAHAN MENGANJURKAN PROGRAM MERIAH


KOKURIKULUM SUKAN ULTIMATE FRISBEE BAWAH 15 TAHUN PERINGKAT NEGERI
2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkam bahawa SMK Pernu, Telok Mas, Melaka akan menganjurkan Bengkel dan
Pertandingan Sukan Ultimate Frisbee Bawah 15 tahun sempena Program Meriah Kokurikulum Peringkat
Negeri Melaka Tahun 2023. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan mencungkil bakat murid-murid dan
menanamkan semangat jati diri dan kerja berpasukan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput 7 orang peserta dan 2 orang guru
pengiring untuk menyertai program di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Januari 2024 (Khamis)


Hari : Rabu
Tempat : Padang SMK Pernu
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Yuran Penyertaan : RM 50.00 bagi setiap sekolah
Bayar kepada : Cek atas nama PIBG SMK Pernu
Tarikh akhir pendaftaran : 20 Januari 2023

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi
kebenaran untuk kami menganjurkan program di atas .Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan
Tn Hj Bujal bin Che Mat di talian 016-6658090 dan Pn Tg Mira Mirza bin Tengku Fatimi di talian 013-
8331808 . Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan program.

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan amatlah kami hargai dan diucpkan terima kasih.
Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ MELAKAKU JAYA, RAKYAT BAHAGIA,MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

TN. HJ JASMI BIN HUSIN


Pengetua,
SMK Pernu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERNU

75460 MELAKA

KOD SEKOLAH : MEA 2102

Tel : 06-2615016

Fax : 06-2615017

” SEGERA DENGAN E-MEL ”

KERTAS CADANGAN AKTIVITI MERIAH KOKURIKULUM


PERINGKAT NEGERI

1. Pengenalan

Progra Meriah Koku ini adalah program rintis Jabatan Pendidikan Melaka. Setiap sekolah
telah ditetapkan ahli Kumpulan masing-masing di peringkat daerah. Namun program ini
telah diperluaskan lagi hingga ke peringkat negeri.

2. Objektif

2.1 Membentuk jati diri pelajar


2.2 Membentuk semangat berpasukan dan yakin diri dalam kalangan pelajar
2.3 Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar

3 Kumpulan Sasaran

Daerah Melaka Tengah Daerah Alor Gajah


SMK Pernu (Lelaki & Perempuan) SMK Ghafar Baba (Lelaki)
SMKA Sharifah Rodziah (Perempuan) SMK Kem Terendak (Perempuan)
SMK Telok Mas (Lelaki)
SMK Padang Temu (Lelaki)
SMK Canossa Convent (Perempuan)

Daerah Jasin
SMK Dang Anum (Lelaki)
SMK Sungai Rambai (Perempuan)

4 Butiran maklumat pertandingan

Nama pertandingan - Kejohanan Sukan Ultimate Frisbee Bawah 15 Tahun


Tarikh Pertandingan - 25 Januari 2023 (Khamis)
Tempat Pendaftaran - Padang SMK Pernu
Masa - 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat Pertandingan - Padang SMK Pernu
Penyertaan - Setiap sekolah diwakili 7 orang peserta dan 2 orang guru
pengiring.
Yuran Penyertaan - RM 50.00 bagi setiap sekolah.
Cara pembayaran - Tunai atau cek atas nama PIBG SMK Pernu

*Semua alatan disediakan oleh pihak penganjur


5 Ahli Jawatankuasa (AJK)
Pengerusi Tn Hj Jasmi bin Husin (Pengetua)
Timbalan Pengerusi Tn Hj Bujal bin Che Mat (GPK Koku)
Naib Pengerusi Pn Faridah binti Shukor(GPK Pentadbiran)
Pn Sarmiyah binti Md Sarip (GPK HEM)
Setiausaha Pn Tg Mira Mirza binti Tengku Fatimi
Teknikal Pn Nur Farhannis binti Bahari
Alatan En Shamsul Hisham bin Abd Azis
Siaraya Tn Hj Azhar bin Jamaludin
Dokumentasi Pn Tg Mira Mirza binti Tengku Fatimi
Juru Acara En Muhammad Syafiq bin Ahmad Zaini
Makanan dan minuman Pn Nurhedayu Binti Abd Hamid
Sijil dan Hadiah Pn Hasnizan binti Hasbi

6. Sumber Kewangan

6.1 Sumber Kewangan – Lajur yang digunakan bagi pelaksanaan program


6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
6.3 Lampiran keseluruhan pindah peruntukan - jika ada

ANGGARAN SUMBER
PERKARA KUANTITI JUMLAH RM
RM KEWANGAN
Hamper 2 50.00 100.00 BKK
Makan minum pelajar 70 3.50 245.00 Yuran
Disk Frisbee 10 15.00 150.00 Yuran
Sijil Murid dan Guru 1 RIM SIJIL 50.00 50.00 BKK
Medal 6 4.50 27.00 BKK
JUMLAH RM572.00

7 Tentatif Program
Masa Perkara Tempat
8.30 pagi Pendaftaran
9.00 pagi Taklimat Dewan Al-Khawarizmi
Bengkel (Teori)
11.00 pagi Kemahiran Asas (Praktikal)
2.00 petang Pertandingan Mini Padang SMK Pernu
4.30 petang Penyampaian hadiah
5.00 petang Bersurai

………………………… ………………………….
TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI TN. HJ BUJAL BIN CHE MAT
Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SMK Pernu SMK Pernu

KERTAS CADANGAN AKTIVITI MERIAH KOKURIKULUM


PERINGKAT NEGERI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [AKTIVITI MERIAH KOKURIKULUM PERINGKAT


NEGERI]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [AKTIVITI MERIAH KOKURIKULUM


PERINGKAT NEGERI]

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

You might also like