You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KALI –

1/2023
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERNU
75460 TELOK MAS, MELAKA

Tarikh : 7 / 4/ 2023
Masa : 12.00 TENGAH HARI
Tempat : BILIK SUKAN SMK PERNU

Kehadiran:
1. EN AZMI BIN MD ALIAS
2. MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD ZAINI
3. PN TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI
4. EN SHAMSUL HISHAM BIN ABD. AZIS
5. PN NURUL AIN BINTI ABAS
6. EN REZAL EFFINDI BIN ABD TALIB

AGENDA 1: UCAPAN GKMP KEMANUSIAAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia PJPK bagi sesi 2023.

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.
1.3 Beliau juga mengingatkan ketua-ketua panitia dan guru-guru bidang kemanusiaan bersedia dengan
DSKP dan RPT yang lengkap (softcopy, hard copy ) dan perlu masukkan ke dalam fail panitia masing-
masing.
1.4 En. Azmi juga mengingatkan ketua panitia perlu cakna tentang kewangan panitia masing-masing.
Semua perbelanjaan perlu berhemat dan mengikut prosedur yang betul . selain itu baki pada hujung
tahun perlu disimpan sebanyak 10 % dari jumlah peruntukan tahunan.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR & PBD

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ] bagi pelajar tingkatan 5 dan DSKP bagi
pelajar ting 1 hingga 4

2.2 Ketua panitia mengingatkan supaya guru-guru memuat naikkan , DSKP, RPT ke dalam fail Google
Drive masing-masing.

2.3 Guru-guru perlu menghantar Rph setiap hari Juaat untuk disemak oleh GKMP Kemanusiaan.

2.4 Guru – guru diingatkan untuk melengkapkan borang transit pbd dan juga rekod pemarkahan pbd.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Memaklumkan bahawa buku aktiviti mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam
buku itu sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.
3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 6 untuk penggal
pertama dan bulan 10 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam kad rekod ujian
SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah disediakan

3.4 Guru diingatkan supaya memasukkan keputusan SEGAK ke dalam laman sesawang IdMe pada akhir
tahun

3.5 Minggu Kesihatan akan diadakan sepanjang minggu Ujian SEGAK diadakan.

AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN

4.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan. Murid tidak dibenarkan untuk mengambil alatan di bilik PJK
tanpa pengawasan guru.

4.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.

4.3 Guru-guru diingatkan supaya memakai pakaian sukan pada hari guru tersebut mengadakan kelas
Pendidikan Jasmani iaitu BAJU BERKOLAR, SELUAR TRACK, DAN KASUT SUKAN. Manakala bagi guru
yang mengajar Pendidikan Kesihatan perlu memakai pakaian rasmi mengajar.

4.4 Pada waktu PJ, murid hanya dibenarkan memakai pakai pakaian PJ sekolah dan berseluar track
panjang. Pelajar juga hanya dibenarkan untuk menggunakan kasut sekolah sahaja sewaktu PJ. Kasut
sukan berjenama tidak dibenarkan

4.5 Cikgu Shamsul memohon jadual kelas PJK dibuat selepas waktu rehat pelajar dan tidak diadakan
pada hari isnin bagi mengelakkan berlaku masalah disiplin pelajar.

4.6 Pelajar dibenarkan memakai baju- t uniform semasa kelas PJK sekiranya kelas PJk mereka adalah
pada hari rabu( hari kokurikulum)

4.7 Ketua Panitia mengingatkan kepada guru yang ingin membuat pembelian perlu melampirkan 3 sebut
harga

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI) (MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD ZAINI
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK SMK Pernu
SMK Pernu 75460 Telok Mas, Melaka

You might also like