You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMKSS 300-4/2/1 ( )


Tarikh : 21 OGOS 2023
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar.
Perlis.

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PROGRAM


PEMBANGUNAN MODAL INSAN PELAJAR PVMA 2023 SMK SYED SIRAJUDDIN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Bidang Teknik dan Vokasional dengan Kerjasama dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Syed Sirajuddin akan mengadakan Program
Pembangunan Modal Insan Pelajar PVMA. Berikut adalah maklumat program tersebut:

Tarikh : 06 September 2023 (Rabu)


Tempat : Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis
Bil. Peserta : 34 orang pelajar, 5 orang guru pengiring

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon perkhidmatan pengangkutan bas dari
pihak tuan agar program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan jayanya.

4. Akhir sekali diharapkan permohonan kami ini dapat pertimbangan daripada pihak
tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________
(WAN ZAINI BIN WAN SAAD)
Pengetua
SMK Syed Sirajuddin
Jejawi, 02600 Arau, Perlis

You might also like