You are on page 1of 8

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : JPNK.600-11/1/1 Jld.7 ( 41 )


Tarikh : 20 Julai 2022

Pengarah
Kolej Vokasional Negeri Kedah

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PENTADBIRAN SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN PENGUKURAN INDEKS PERPADUAN DI


SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022 - BAWAH #6
PENGUKUHAN PERPADUAN DI SEKOLAH, PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.600-2/2/97 (61) yang bertarikh 13 Julai 2022 seperti
yang dilampirkan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan


melaksanakan kutipan Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan Di Sekolah Tahun 2022
bermula pada 19 Julai 2022 hingga 25 Ogos 2022 di semua sekolah/kolej vokasional (KV)
bawah KPM seluruh negara.

3. Pentadbiran soal selidik bagi kajian ini melibatkan responden seperti berikut:

i. Semua guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah


ii. Semua pensyarah Kolej Vokasional
iii. Semua murid Tahun 6
iv. Semua murid Peralihan, murid Tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6
v. Semua murid Vokasional

4. Soal selidik kajian ini akan dimuat naik dalam portal Digital Education Learning
Initiative Malaysia (DELIMA) melalui pautan https://portal.moe-dl.edu.my/ mulai 19 Julai
2022. Semua yang terlibat seperti kategori responden di atas, boleh mengakses soal selidik
menggunakan ID DELIMA masing-masing. Pengisian soal selidik bagi negeri Kedah akan
dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada 27 Julai 2022 – 25 Ogos 2022.
Maklumat lanjut adalah seperti lampiran.

5. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada guru dan
murid sekolah masing-masing serta memastikan semua guru dan murid menjawab soal selidik
tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila
hubungi En. Hasnizam bin Zakaria, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di talian 0162635969 / 047745175 atau Dr. Dewani binti
Goloi di talian 03-88846285 / 0133412383, Dr. Morni Hanim binti Salleh di talian 03-
88846556 / 0182099788, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

.../2
PENTADBIRAN SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN PENGUKURAN INDEKS PERPADUAN DI
SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022 - BAWAH #6
PENGUKUHAN PERPADUAN DI SEKOLAH, PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (PPPM) 2013-2025

Ruj. Kami : JPNK. 600-11/1/1 Jld.7 ( 41 ) Tarikh : 20 Julai 2022

Perhatian dan kerjasama daripada tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( SABRI BIN OSMAN, BCK. )


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k 1.Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

HBZ/KAJIANPERPADUANINISIATIF#6

You might also like