You are on page 1of 1

Ruj.Kami : KPM.600-16/2/2 Jld.

3 (1969)
Tarikh : 16 Ogos 2022

NAKAIE AYAMI
980531385074

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE-12 TAHUN 2022
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) mengucapkan


setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan
menerima ijazah/diploma/sijil masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, IPG KPM menjemput tuan/puan untuk menghadiri Istiadat
Konvokesyen IPG KPM Ke-12 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 hingga 19 Oktober 2022 (Sabtu hingga Rabu)


Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Presint 5, Putrajaya

4. Untuk makluman, semua graduan mesti membayar yuran konvokesyen sebanyak RM200.00,
menggunakan WANG POS atau KIRIMAN WANG (Rujuk Unit Kewangan IPG Kampus
masing-masing) sebelum 15 September 2022. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal Rasmi
Konvokesyen IPG KPM melalui pautan https://konvo.ipg.edu.my.

5. Seluruh warga IPG KPM mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Istiadat Konvokesyen Ke-12
Tahun 2022 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD)


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

(Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.)

You might also like