You are on page 1of 1

Kepada, 14 Oktober 2022

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya
Jalan SS 14/6,
SS 14, 47500 Subang Jaya,
SELANGOR

Puan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN PADANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


(SMK) SUBANG JAYA BAGI TUJUAN PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK KOLEJ
ANTARABANGSA INOVATIF BAGI MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) merupakan


sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan berdaftar dengan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) yang beralamat seperti yang tersebut di atas. Kolej ini
menawarkan program-program Persijilan, Diploma dan Ijazah dan kesemua program ini
mempunyai kelulusan dan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Untuk makluman terkini IIC mempunyai 2000 orang pelajar yang sedang mengikuti
berbagai-bagai program. Maklumat mengenai IIC boleh dilayari di
http://innovative.edu.my/new/

3. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon untuk menggunakan/menyewa


padang SMK Subang Jaya bagi pemilihan pasukan bola sepak IIC sebagai persediaan
Kejohanan Sukan IPT yang akan berlangsung pada 07-13 November 2022 di Universiti
Tenaga Nasional (UNITEN). Sebarang pertanyaan sila hubungi Nik Mohamad Afiq di
talian 013-9788607 atau emel di nikafiq@innovative.edu.my

4. Pihak kami amat berharap untuk mendapat pertimbangan daripada pihak puan di
atas permohonan ini. Perhatian dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan
kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..

BUILDING YOUR FUTURE


Innovative Dihatiku

Yang Benar,

NIK MOHAMAD AFIQ


(KAUNSELOR/KORDINATOR SUKAN IIC)

SK.
1 Registrar
2 Vice President Asset and Facility
3 Fail Timbol

You might also like