You are on page 1of 8

__________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKBJ/PPKI/23/1 (7)


Tarikh : 6 November 2023

……………………………..
……………………………..
……………………………..
……………………………..

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBINA LALUAN BERBUMBUNG (AWNING) KELAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BUKIT JANA

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas adalah dirujuk:-

2. Sukacita dimaklumkan, Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bukit Jana ingin memohon
peruntukan membina laluan berbumbung (awning) di laluan pejalan kaki antara kelas. Ini bertujuan untuk
memudahkan murid-murid untuk keluar dan masuk ke kawasan sekolah.

3. Untuk makluman pihak tuan, murid-murid Pendidikan Khas di sekolah ini menghadapi kesukaran untuk
berjalan masuk dan keluar ke kawasan sekolah pada waktu hujan. Sehubungan dengan itu ramai murid yang
mengalami demam memandangkan imunisasi tubuh murid khas yang rendah terutama setelah terkena hujan.

4. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun sebagaimana di bawah;

Nama Bank : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia


Nama Akaun : PIBG SK BUKIT JANA KAMUNTING PERAK
Nombor Akaun Bank : 1102150328 (Ref : PPKI- Awning)

5. Segala pertanyaan pihak tuan boleh berhubung terus kepada Pn. Norliza, Penolong Kanan Pendidikan
Khas di talian 013-6233074.

6. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah ,

(ISMAZUL IZWAN BIN ISHAK)


Yang Dipertua PIBG
SK Bukit Jana
SK BUKIT JANA,
34600, KAMUNTING,
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS CADANGAN

PEMBINAAN
LALUAN BERBUMBUNG (Awning)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
SK BUKIT JANA
2023
No. Rujukan : SKBJ/PPKI/23/1 (1)

KERTAS CADANGAN
PEMBINAAN LALUAN BERBUMBUNG (SUSUR GAJAH)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK BUKIT JANA
TAHUN 2023
______________________________________________________________________________

1. PENGENALAN

Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permohonan kami untuk dana membina laluan
berbumbung (awning) di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bukit Jana.
Impian pihak sekolah agar dapat melindungi murid daripada cuaca panas dan hujan, juga
melindungi imunisasi tubuh murid-murid berkeperluan khas serta isu-isu keselamatan.

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Jana merupakan
sebuah sekolah kategori luar bandar yang berprestasi tinggi. Jumlah keseluruhan bilik darjah
ialah 9 kelas meliputi 4 blok bangunan sekolah. Dengan kapasiti 84 orang murid berkeperluan
khas yang berbagai kefungsian murid, keperluan untuk mendapatkan laluan berbumbung
amatlah signifikan. Hal ini selaras dengan kehendak kerajaan yang menitikberatkan soal
keselesaan dan keselamatan ke arah melahirkan murid aktif dan sihat.

3. OBJEKTIF

3.1 Memudahkan pergerakan murid dari satu blok ke blok lain.


3.2 Melindungi murid daripada cuaca hujan dan panas.
3.3 Melindungi kesihatan murid berkeperluan khas yang mempunyai imunisasi yang rendah.
3.4 Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
3.5 Menyediakan prasarana mesra OKU yang selesa dan mudah guna.
4. LATAR BELAKANG

4.1 Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bukit Jana meliputi 4 buah blok
pembelajaran yang memerlukan laluan berbumbung.
4.2 Terdapat satu bahagian sudah mempunyai rangka binaan bertiang,namun kami memerlukan
dana tambahan bumbung.
4.3 Dua bahagian lagi belum mempunyai dana untuk menyediakan awning di laluan murid
berkeperluan khas ini.
4.4 Satu bahagian memohon untuk tambahan laluan berbumbung awning bagi menambah
keselesaan murid untuk mendapatkan perjalanan yang selamat dan bebas dari terkena
hujan.
4.5 Berikut merupakan gambar tapak cadangan pembinaan laluan berbumbung (awning) kelas
PPKI SK Bukit Jana.

Laluan dari Blok Baru PPKI ke Susur Gajah Utama Sekolah


Laluan dari blok C ke bangunan baru PPKI
Laluan tandas PPKI ke bangunan Blok C
5.0 SEBUT HARGA

Rujuk Lampiran

6.0. RUMUSAN

Pihak sekolah khususnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bukit Jana berharap
projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan laluan berbumbung ini dapat
menyelesaikan masalah pergerakan murid terutama apabila cuaca hujan juga memberi
manfaat kepada semua murid berkeperluan khas di sekolah ini. Hal ini merupakan satu
kemudahan kepada murid dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesihatan
murid yang kerap dilanda demam dan selsema kerana terkena hujan semasa di sekolah.

Disediakan oleh,

……………………………….
(ANISAH BINTI MOKHTAR)
Setiausaha Projek
Pembinaan Awning PPKI
SK Bukit Jana

Disemak oleh,

……………………………….
(NORLIZA BINTI HAJI ABDUL SHUKOR)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Bukit Jana

Disahkan oleh :

……………………………..
(KASMA BINTI MOHAMAD SAAID)
Guru Besar
SK Bukit Jana
Lampiran 1

You might also like