You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

UNIT KO-KURIKULUM
SK KOPOK
PASIR GUDANG, JOHOR

TAJUK PROJEK

: 2-BAY INDOOR CRICKET CAGE

LOKASI
TAPAK

: DATARAN MUAFAKAT

DISEDIAKAN
OLEH
TARIKH

: AZDI IZUAR BIN OTHMAN


GURU PENYELARAS KRIKET
: 5 FEBRUARI 2015

LATAR BELAKANG
0

Pasukan Kriket Sekolah Kebangsaan Kopok telah banyak mencatat


kejayaan demi kejayaan semenjak penubuhannya pada Januari 2006.
Sehingga tahun 2014, pasukan ini telah merangkul 8 kejuaraan
peringkat daerah untuk kategori Lelaki Bawah 12 Tahun, Naib Johan
Peringkat Negeri bagi kategori lelaki dan perempuan, 3 kejuaraan
peringkat kebangsaan dan beberapa lagi pingat dalam pelbagai
kategori umur termasuk peringkat bawah 15 tahun.
Kejayaan-kejayaan ini mustahil dicapai tanpa perancangan
latihan yang rapi, termasuk kerjasama erat Unit Ko-kurikulum dengan
pentadbiran sehingga selayaknya permainan ini menjadi permainan
untuk kebitaraan sekolah.
Namun demikian, dalam menggapai kejayaan, terdapat
beberapa masalah yang menyebabkan sesi latihan tidak dapat berjalan
lancar. Masalah utama yang dihadapi ialah keselamatan kepada muridmurid lain yang berkongsi kemudahan padang. Permainan kriket
menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit dan agak keras, dan
para pemain memukul dan membaling bola ini dengan laju ke serata
padang sewaktu sesi latihan. Jika terlalu ramai murid di padang, atau
kedudukan murid tersebut mengundang risiko buruk jika terkena bola
kriket, latihan terpaksa ditangguhkan. Begitu juga dengan masalah
cuaca. Peralatan permainan kriket tidak boleh terdedah kepada air
terutamanya air hujan kerana kelembapan boleh merosakkan alatan
terutamanya kayu pemukul yang diperbuat daripada kayu. Jika cuaca
hujan pada hari tersebut, latihan tidak dapat dijalankan.
Bagi menambah koleksi kejayaan dan melahirkan lebih ramai
pemain yang mampu bersaing sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,
pembangunan prasarana untuk latihan perlu diteruskan. Sangkar kriket
(cricket cage) merupakan satu daripada kemudahan yang seharusnya
menjadi pemangkin utama dalam proses pembangunan pemain. Projek
ini dilihat mampu melonjakkan kualiti pemain ke tahap yang lebih baik.
Ini kerana, sangkar kriket mempunyai jaring yang boleh menghalang
bola daripada mencederakan murid-murid lain. Selain daripada itu,
lokasinya yang terletak di Dataran Muafakat yang berbumbung
melindungi para pemain dan juga peralatan daripada faktor
kelembapan hujan.

MATLAMAT

Menyediakan prasarana yang


kemudahan pemain menjalani
keselamatan murid-murid lain.

sesuai
latihan

dan selesa untuk


tanpa mengganggu

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain seperti


hoki dan sofbol.
Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.
Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam permainan kriket.
Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran
penekanan terhadap aktiviti kokurikulum.

Malaysia

dalam

OBJEKTIF

Objektif khusus:

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan


prasarana.
Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SK Kopok.
Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan &
permainan
Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar, jurulatih dan
pegawai
Melahirkan bakat baru yang berkualiti
Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan
Negara.

PELAKSANAAN PROJEK
1. Lokasi
Di Dataran Muafakat.
Lokasi yang strategik Di kawasan berbumbung agar dapat
menjalani latihan tanpa gangguan cuaca, dan jauh dari tempat
permainan murid-murid di padang agar keselamatan terjamin.
Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan
prasarana kemudahan sukan bukan sahaja untuk permainan
kriket, malah permainan lain yang mementingkan keselamatan
orang-orang di sekeliling seperti hoki dan sofbol.

2. Proses Pembinaan

Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk


pembelian bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
Pembinaan melibatkan bahan asas seperti
jaring, tali,
penyangkut dan padang sintetik.
Dimensi keseluruhan 20m x 6m x 4m

3. Jangkamasa siap 2 hari


4. Sumber Kewangan
Jangkaan Sumber kewangan
- Unit Kokurikulum JPNP
- Sumbangan orang perseorangan

PENUTUP
Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini
akan menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan sangkar kriket
akan dapat menyelesaikan masalah keselamatan murid dan gangguan
cuaca dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan
diharapkan menjadi perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing
dalam apa jua kejohanan baik di peringkat daerah seterusnya ke
peringkat negeri dan kebangsaan, selaras penekanan yang diberikan
oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar
dalam Kokurikulum.

LAMPIRAN
1. Lampiran Bajet

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(AZDI IZUAR BIN OTHMAN)


Guru Penyelaras Permainan Kriket
SK Kopok

(EN. MOHAMMED SALLEH BIN


MIZAN)
Guru Besar
SK Kopok

Disemak oleh,
(EN. MOHD IBRAHIM BIN SUKARTI)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kopok

LAMPIRAN BAJET
BIL
1
2
3
4
5
6

ITEM

KUANTITI

RM

CATATAN

Jaring
Tali
Penyangkut
Padang sintetik
JUMLAH

You might also like