You are on page 1of 8

AKK/SPKK-KSS/Pin.

2/2016

SKIM PELESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SLKK)


DAN SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANSAAN (SPKK)

BERKUATKUASA 02 JANUARI 2017


SKIM PELESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SLKK)

1. PENGENALAN

Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diserahkan secara rasminya


di bawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Sukan Negara Malaysia
(MSN) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 2015. Peralihan tugas ini telah
diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan pada 12 Februari 2015.

2. LATAR BELAKANG

Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan penubuhan AKK pada 19hb Julai 2012 di
Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara Malaysia bagi memantapkan fungsi Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaan yang telah wujud sejak tahun 1985.

3. OBJEKTIF
 Untuk mewujudkan satu sistem Pelesenan Kejurulatihan bagi mengklasifikasikan tahap
keupayaan jurulatih yang berkelayakan.
 Untuk menawarkan saluran dan peluang yang berterusan dalam latihan professional dan
pembangunan untuk jurulatih-jurulatih dalam Negara.
 Untuk menaik taraf dan mengekalkan mutu permainan sukan dalam Negara.
 Untuk melindungi kepentingan awam dalam sukan.
 Untuk menyediakan maklumat terkini jurulatih yang berlesen kepada orang ramai.

4. PERINGKAT BAGI MEMPEROLEHI SIJIL PENUH SPKK DAN LESEN

SLKK & SPKK 1


5. CARA-CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU LESEN A,B,C DAN SPKK I,II,III

i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web ISN


http://coachingacademy.isn.gov.my/ atau dapatkan di Akademi Kejurulatihan
Kebangsaan, ISN.

ii) Berkuatkuasa tahun 2016, pemohon yang mempunyai sijil Sains Sukan (tahun 2014
dan ke bawah) perlu memastikan keputusan 60% ke atas bagi melayakkan diri untuk
memohon lesen jurulatih. Sila sertakan salinan sijil sains sukan depan dan belakang
yang mengandungi keputusan peperiksaan.

iii) Peserta yang memohon Lesen C serta SPKK I perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesifik Kebangsaan Tahap I dan Sijil Kelulusan Sains
Sukan Tahap I AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap I AKK.

iv) Peserta yang memohon Lesen B serta SPKK II perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesifik Kebangsaan Tahap I dan II , Sijil Kelulusan Sains
Sukan Tahap I dan II AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap I dan II AKK dan kad
Lesen C yang aktif.

v) Peserta yang memohon Lesen A serta SPKK III perlu sertakan Sijil Kelulusan
Kejurulatihan Sukan Spesifik Kebangsaan Tahap I,II dan III , Sijil Kelulusan Sains
Sukan Tahap I,II dan III AKK atau Sijil Persamaan Taraf Tahap I,II dan III AKK dan
kad Lesen B yang aktif.

vi) WAJIB bagi jurulatih Sukan Akuatik yang memohon Lesen C,B & A dan SPKK I,II &
III : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang sah. (Optional kepada sukan
lain).

vii) Yuran keahlian bagi permohonan baru adalah RM 10.00. Lesen yang ingin dipos akan
dikenakan cas berkadar RM 10.00 bagi tujuan Pos Laju Malaysia.Tempoh keahlian
adalah selama 2 tahun. Sila kepilkan wang pos atas nama “INSTITUT SUKAN
NEGARA” atau tunai pada borang permohonan. Pemohon akan dibekalkan lesen
jurulatih dan buku log.

SLKK & SPKK 2


viii) Hantar borang yang lengkap beserta salinan sijil seperti perkara diatas ii hingga viii
kepada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Aras 3, Gimnasium 3, Institut Sukan
Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

6. CARA- CARA MEMPERBAHARUI KEAHLIAN (2 TAHUN SEKALI)

i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web ISN


di http://coachingacademy.isn.gov.my/ klik SLKK atau dapatkan di Akademi
Kejurulatihan Kebangsaan, ISN. (Borang Permohonan Baru Keahlian dan
Memperbaharui Keahlian adalah sama)

ii) Untuk memperbaharui keahlian, seseorang jurulatih harus membuktikan diri mereka
seorang yang aktif dengan menjalankan tugas dan menghadiri kursus CCE atau mana-
mana bengkel atau seminar yang berkaitan sains sukan seperti berikut:-

SYARAT UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN JURULATIH DAN STATUS AKTIF DI DALAM


BUKU LOG
JUMLAH
BENGKEL/
BENGKEL/
KEGIATAN BENGKEL SEMINAR SAINS
JENIS TEMPOH SEMINAR YANG
AKTIF SEBAGAI AKK / SUKAN
JURULATIH MASA PERLU DIHADIRI
SEORANG CCE DARIPADA
DALAM 2
JURULATIH ANJURAN LUAR
TAHUN
Disahkan oleh
MSN/ISN Dalam
Jurulatih Menyertai satu
BUKU LOG
JPM /JSM atau lebih
sebagai Aktif Sekurang-
dari bengkel/seminar
membawa atlet 1 2 Tahun kurangnya 2 atau
MSN / ISN yang dianjurkan
menghadiri lebih
oleh pihak-pihak
Kejohanan atau
tertentu
Pertandingan
sahaja.

Disahkan oleh
Pihak Berkenaan Menyertai satu
Dalam BUKU atau lebih
Sekurang-
Jurulatih LOG sebagai Digalakkan bengkel/seminar
2 Tahun kurangnya 1 atau
Luar Aktif membawa Menyertai yang dianjurkan
lebih
atlet menghadiri oleh pihak-pihak
Kejohanan atau tertentu
Pertandingan

SLKK & SPKK 3


iii) Menghadiri kursus CCE merupakan satu elemen utama bagi setiap jurulatih yang ingin
memperbaharui Lesen dibawah AKK kerana ianya memerlukan jurulatih untuk
meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi menjamin dan mengawal
mutu kejurulatihan yang tinggi.
iv) Setiap Jurulatih Sepenuh Masa (JPM) atau Jurulatih Sambilan (JSM) yang telah
berdaftar adalah wajib untuk mengikuti kursus-kursus, persidangan, simposium,
bengkel, klinik di dalam negeri atau luar negara untuk mencapai himpunan bilangan
jam ataupun hari bagi tempoh pembelajaran Continuous Coaching Education (CCE)
Program yang membolehkan Jurulatih memperbaharui lesen setelah 2 tahun.

v) Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Rujuk kepada Buku Log).

vi) Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari Jabatan
Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja).

vii) Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00. Lesen yang ingin
dipos akan dikenakan cas berkadar RM 10.00 bagi tujuan Pos Laju Malaysia.

viii) Setelah mematuhi syarat-syarat di atas, jurulatih hendaklah menghantar borang


permohonan atau lesen yang telah tamat tempoh bersama dengan Buku Log Skim
Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan untuk memperbaharui keahlian sekurang-
kurangnya satu bulan (1) sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya.

7. KEISTIMEWAAN MEMPUNYAI LESEN JURULATIH AKK


i) Kepada semua jurulatih yang mempunyai Lesen Jurulatih SLKK boleh mendapat
diskaun yuran penyertaan bagi kursus sains sukan seperti berikut:-

YURAN PESERTA KURSUS


ii) J MEMPUNYAI PEMEGANG PEMEGANG KAD LESEN
BIL KURSUS LESEN SLKK
J KAD AHLI SLKK DAN SIJIL SPKK,
TIADA DAN SIJIL YAKEB DAN MEMPUNYAI KAD
u LESEN SPKK SAHAJA YAKEB
r RM 100 RM 100 RM 50 KAD YAKEB
1 Tahap I RM 50
u
l RM 150 LESEN C RM 100 LESEN C & KAD YAKEB
2 Tahap II
RM 100 RM 50
a RM 250 LESEN B RM 150 LESEN B & KAD YAKEB
3 Tahap III
t RM 200 RM 100

SLKK & SPKK 4


ih yang mempunyai Lesen Jurulatih SLKK layak mendapat diskaun bagi yuran
penyertaan program Continuous Coach Education (CCE) seperti berikut:-

PEMEGANG LESEN
C/B & A
NAMA PODIUM/JLN/JPM/JSM/
KEJURULATIHAN AKK, PESERTA
BIL KURSUS ISN/MSN/MS NEGERI JAM HARI
PELAJAR IPG/IPTA, LAIN-LAIN
JURULATIH BSKPM &
AHLI YAKEB
Basic Coach Percuma RM 100
1 RM 200 24 3
Education
Advance
Coach
2 Percuma RM 100 RM 200 24 3
Education

FOUNDATION AND APPLIED COACH EDUCATION (FACE)


Basic Sports
3 Percuma RM 100 RM 200 16 2
Massage
Sports Injuries
Assessment
4 Percuma RM 100 RM 200 16 2
and Basic
Treatment
Basic Sports
5 Percuma RM 50 RM 100 8 1
Nutrition

iii) Jurulatih yang mempunyai Lesen Jurulatih SLKK boleh mengakses perkhidmatan
Sports Library seperti berikut:-

PEMEGANG KELAYAKAN
LESEN
LESEN A - Layak memohon kad keahlian Sports Library.
- Layak mengakses Sistem Mediasphere & ISN Proxy Portal (REMOTEXS)

LESEN B & C - Boleh mengakses Sistem Mediasphere & ISN Proxy Portal (REMOTEXS)
sebagai bukan ahli Sports Library.

*Sila rujuk Prosedur Keahlian Sports Library untuk keterangan lanjut.

SLKK & SPKK 5


8. PENGURUSAN KEANGGOTAAN SEBAGAI AHLI AKK:
Keanggotaan keahlian seseorang jurulatih berdaftar di bawah AKK akan dilucutkan sekiranya:
i) Jika didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah.

ii) Hilang keupayaan untuk melatih atlet disebabkan oleh sakit fizikal (tidak berupaya
melatih atlet) dan sakit mental.

iii) Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang jurulatih dalam
tempoh dua tahun menjadi ahli jurulatih berdaftar di bawah AKK.

iv) Menerima surat pergantungan jawatan jurulatih atau tindakan tatatertib yang
dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

v) Gagal memperbaharui lesen sedia ada dalam tempoh 3 bulan setelah tamat
tempoh lesen tersebut tanpa alasan yang munasabah.

9. HAL-HAL LAIN

i) Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen


yang dikemukakan pemohon bagi tujuan memperbaharui lesen tersebut.
ii) Pihak AKK mempunyai hak untuk menarik balik atau menggantung Lesen jurulatih
sekiranya didapati melanggar peraturan, syarat-syarat atau membuat penyelewengan
di dalam Permohonan ini.
iii) Pihak AKK mempunyai hak untuk meluluskan permohonan Lesen beserta sijil SPKK
dan permohonan memperbaharui Lesen.
iv) Pihak AKK tidak bertanggungjawab terhadap Lesen/ Buku Log yang di hantar melalui
pos.

SLKK & SPKK 6


10. ALAMAT SURAT MENYURAT
Pengarah
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan,
Aras 3, Gimnasium 3,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

No. Tel : 012 - 221 7621 (Hanya panggilan sahaja pada waktu pejabat;
8 pg hingga 1 ptg, 2 ptg hingga 5 ptg)

Laman web : http://coachingacademy.isn.gov.my/ (klik SLKK)

Fax atau email tidak dilayan.

SLKK & SPKK 7

You might also like